Bab 85~|The Hidden Secret|

1.5K 142 14
                                    


"Arean, Alexa." Lucy mengejut dua beradik itu dengan lembut. Seperti yang diperkatakan malam tadi, mereka akan ke kubur Iezzi dan melihat keadaan di sana.

Mereka terus teleport ke kawasan perkuburan diraja.

Riak wajah masing-masing berubah sayu apabila berdiri di hadapan kubur Iezzi.

"Sudah! Jangan nak berlengah lagi. Kita kena lakukannya dengan cepat sebelum ada yang nampak," kata Drake yang sengaja mahu menghapuskan suasana sayu itu.

Lucy akur lalu menggunakan kuasanya untuk menggali semula kubur itu.

Apabila semua tanah sudah berjaya dialihkan, keranda Iezzi kelihatan.

Mereka saling berbalas pandangan.

Keranda itu terbuka dan ternyata, ia kosong. Jasad Iezzi langsung tidak ada di dalam itu.

Teresa lemah kaki Alexa melihat keranda kosong itu.

Arean segera menyokong Alexa.

"Nampaknya tekaan kita semua betul. Mereka dah bertindak sebelum kita sedar."

Kubur Iezzi kembali dikambus. Mereka berempat kembali balik ke bilik Arean.

"Kau rasa ni semua angkara kumpulan tu ke? Agak-agak betul ke semua serangan ni berlaku disebabkan mama?" Arean bertanya penuh keliru. Dia juga tidak mampu menerima kenyataan yang jasad Iezzi dipergunakan untuk menghancurkan dunia.

"Semua ni disebabkan Scarlet." Alexa tiba-tiba menyebut sebaris nama yang tidak pernah mereka dengar selama ini.

"Siapa Scarlet, Alexa?" Lucy bertanya curiga.

"Permaisuri Shadow. Dalam erti kata lain, nenek moyang kami berdua."

"Macam mana kau tahu nama dia?" Drake pula bertanya.

"Selepas kematian mama, aku selalu mimpi tentang seorang wanita bernama Scarlet. Sejak dari tu, aku mula selidik siapa Scarlet ni dan aku terjumpa nama dia dalam buku salah silah keturunan kami."

"Apa masalah kau? Kenapa nak rahsiakan semua ni? Kau memang suka menyusahkan kami ke?" Drake kelihatan marah dengan tindakan Alexa yang banyak merahsiakan sesuatu yang penting dari pengetahuan dia mahupun Lucy.

"Aku tak yakin sebenarnya. Tapi lepas apa yang aku tengok tadi, aku yakin semua ni angkara dia."

"Kau tahu tujuan dia buat semua ni?" Lucy bertanya lagi.

Alexa menggeleng.

"Aku tak tahu apa yang dia nak. Yang aku tahu, dia cuma nak semua keturunannya yang perempuan. Ia termasuklah aku."

Semua memandang Alexa terkejut.

"Memang patutlah dia nak semua keturunannya yang perempuan. Puak Shadow sebenarnya diperintah oleh seorang wanita dan dia merupakan permaisuri dalam puak tu. Sebelum mangkat, dia akan memilih seorang pengganti perempuan dan selalunya ia bukan dari dalam keturunannya sendiri.

Sebab setahu aku, apabila permaisuri mengahwini seseorang, mereka tak akan pernah ada anak perempuan. Keturunan mereka pun sama. Sebab tu keturunan Dragna dan Scarlet tak pernah ada perempuan. Semuanya lelaki sampailah kelahiran Iezzi menjadi kelahiran perempuan yang pertama dalam keturunan Permaisuri Puak Shadow."

Lucy bercerita mengikut apa yang pernah dibacanya melalu pencarian yang pernah dilakukannya semasa Rogue dan Lilith masih hidup.

"Dalam erti kata lain, sebelum Scarlet ni mati, dia tahu yang keturunannya akan melahirkan anak perempuan, jadi dia sumpah keturunannya agar menjadi pengganti takhtanya supaya dia dapat mengambil alih dunia. Macam tu?"

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now