•••

TEPAT pada waktu yang dijanjikan bersama Amanda. Daniel sudah siap menunggu wanita itu di lobi hotel. Sengaja dia turun awal. Selain dari teruja nak keluar dengan wanita itu dia juga tak mahu bertembung dengan Tengku Harith kerana lelaki itu juga ingin keluar malam ni. Nak diteman, Tengku Harith lebih memilih untuk pergi bersendirian.

"Hello handsome!" Sapa seseorang dari arah belakang bersama tangannya dibawa dari bahu Daniel turun ke dada lelaki itu yang berlapik kemeja. Siapa lagi kalau bukan Amanda Vierra.

Daniel mendongakkan kepalanya, tersenyum bibirnya melihat wajah cantik Amanda. Sekelip mata Amanda menyatukan bibirnya dengan bibir hangat Daniel.

"Kita nak pergi mana?" Soalnya saat kucupan terlerai.

"Somewhere you will definitely love." sambil menjawab dia bangkit. Tubuhnya dipusingkan menghadap Amanda. Kini, terhias jelas figura seorang Amanda dari atas sehingga ke bawah.

"You look stuning," pujinya jujur. Ye, dia terpaku dengan kecantikkan Amanda malam ini. Cantik luar biasa.

"Thank you." lengan Daniel dicapai dan mereka beriringan keluar dari lobi hotel dan masuk ke dalam kereta.

Amanda mengeluarkan telefon bimbitnya, ada satu mesej dari Hans bertanyakan waktu jam kepulangannya esok dan juga jangan lupa membawa pulang cenderamata untuknya dengan ugutan tidak membenarkan Amanda masuk ke dalam rumah jika pulang dengan tangan kosong.

Amanda ketawa kecil. Soal Hans, awal-awal lagi dia sudah membelikan hadiah istimewa untuk lelaki itu. Jangan risau.

"Happynya"

"Yup! Ada orang tuntut hadiah dari Paris" mendengar jawapan Amanda, Daniel mengerutkan kening.

"Siapa?"

"Abang I."

Kerutan diwajah Daniel pudar. Hatinya yang tadi sedikit tak senang melihat senyuman Amanda saat tersenyum memandang telefon kembali senang. Baru faham. Dia cemburu ke? Ah, gila!

Kurang 30 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di tempat yang Daniel maksudkan, Seine River. Sungai ketiga terpanjang yang menjadi kebanggan negara Perancis dengan bentangan jaraknya sejauh 485 batu dari Dijon ke Selat Inggeris.

Fakta menarik tentang sungai ini ialah selain daripada membekalkan sekitar separuh air untuk digunakan di Paris. Ia juga menjadi subjek banyak lukisan impresionis terkenal, termasuk Monet's Bathers di La Grenouillere dan Renoir's Seine River di Asnieres.

Banyak yang diceritakan Daniel siang tadi namun hanya itu yang dia ingat. Ternyata, sungai itu lebih cantik waktu malam dengan hanya lampu-lampu malap yang menerangi.

"Shall we, milady" sambil itu, tangannya dihulurkan kepada Amanda.

Tanpa banyak bicara, tangan lelaki itu dicapai dan mereka beriringan masuk ke dalam kapal krus mewah itu.

Tiba di bahagian restoran, Amanda memandang kagum setiap dekorasi interior dan suasana yang sangat indah ditambah lagi dengan alunan musik yang romantis membuatkan suasana itu semakin terasa.

Sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia menaiki kapal cruise. Kalau nak harapkan hidupnya sebelum wujud Hans memang tiada peluang dia nak merasa tapi bila hidupnya sudah menjadi sedikit selesa, dia pula tak terfikir untuk menaiki kapal mewah ini.

SeductionWhere stories live. Discover now