BAB 7

519 21 2
                                    

Daun kering yang bertaburan dihalaman rumah Opah Zaiton. Penyapu lidi yang digantung bawah rumah kampung yang agak usang itu, diambil oleh Opah Zaiton.
Sememangnya dia tidak pandai duduk diam ada sahaja perkara yang hendak dibuat walaupun keadaannya tidak berapa sihat.

Sewaktu menyapu dedaun kering, terlihat sebuah teksi msuk ke lorong rumahnya Opah Zaiton.
" Siapa pulak yang datang ni.." bisik Opah Zaiton yang terhenti seketika dari menyapu.

Lara dan Datin Zana keluar dari teksi..tidak lupa juga dengan beg beg pakaian mereka.
Datin Zana hanya mampu menitiskan air mata melihat ibunya yang masih lagi hidup.

Opah Zaiton terkedu melihat anaknya yang turun dari teksi membawa beg pakaian. Penyapu lidi yang dipegangnya terlepas.airmata terus berjurai tidak mampu berkata apa.Selama 22 tahun tidak pulang..hanya seorang ibu yang dapat merasakan bagai rindunya dia kepada anaknya

" Makk...ni Zana mak.." tegur Datin Zana kepada ibunya sambil menangis.
Datin Zana terus memeluk kaki ibunya.
"Mak....Zana mintak ampun makk..Zana bnyak buat dosa dengan mak..Zana banyak salah..Zana tak pernah balik jenguk mak" raung wanita 50 an itu..

Opah Zaiton menangis teresak esak..menarik tangan anaknya untuk bangun,dia terus memeluk satu satunya anak perempuannya.
" Mak rinduu sangat dengan kamu.." itu perkataan yang keluar dari mulut Opah Zaiton.

Lara hanya melihat sahaja drama airmata itu,dia mengibas ngibas rambutnya seakan akan panas berada di kampung.

" Mak Zana mintak maaf sangat..Zana pun rindu dengan mak" ujar Datin Zana lagi.

"Mak dah maafkan kamu nak..mak tak pernah bencikan kamu" balas Opah Zaiton.

Airmatanya yang masih mengalir melihat, seorang gadis cantik berambut perang berada disebelah anaknya Datin Zana.

" Ini siapa?" Soal Opah Zaiton kepada Datin Zana.

Lara hanya melihat Opahnya dari bawah sehingga keatas " euwww..macamni ke orang kampung pakai baju" bisik Lara dalam hatinya.

Datin Zana menarik Lara untuk bersalaman dengan Opahnya.
" Mak..ni satu satunya cucu perempuan mak" beritahu Datin Zana.

Opah Zaiton terus datang memeluk Lara,namun pelukan itu nampaknya seperti tidak selesa bagi Lara.Dia cepat cepat melepaskan pelukan itu, dan kembali membetulkan rambut cantiknya itu.

" Lara..salam opahh nak" suruh Datin Zana.
Lara bersalaman tetapi hanya dihujung tangan..dia cepat cepat mengabus tangannya.
" Euww gelinyaa nak salam orang tua macamni" bisik hati Lara.

Mereka berdua terus diajak masuk ke dalam rumah.Opah Zainon menanyakan kemana pergi nya Dato' Hisyam..Datin Zana menceritakan satu persatu hal yang terjadi..dan Datin Zana meminta izin kepada ibunya untuk tinggal di kampung buat sementara waktu.

      Mata Lara melihat sekeliling bilik yang ditunjukkan oleh Opahnya itu,
" Euwww...bilik apani..dengan dinding nya papan semua..Dahla tak cantik..panas pulak tuu" Lara merungut.
Lara menepuk bantal yang ada diatas katil bujang itu." Ishh Dahla bantal pun keras..macam mana aku nak tidur ni..mesti banyak nyamuk.."

Mamanya yang sedang berbual dengan Opahnya itu dipanggil.
" Mamaaa!!!!!!...bilik apa ni..dah tak cantik lepastu panassss laaa!!!" Marah Lara.

" Lara..kita kena tinggal sini buat sementara waktu..jangan la bising nanti kecik pulak hati opah kamu tu" bisik Datin Zana pada anaknya.

" Mama...Lara tak selesa la tinggal macmni..panas tau tak..kipas pun takde..macam mana Lara nk tinggal dekat sini!!!" Bisik Lara.

PENAWAR HATI LARA ❤️✅Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon