"Uhm kau taknak balik ke?" Soal Roselle setelah terasa agak lama mereka tak lepas dari berpelukan. Jungkook menjauhkan diri dan tanpa memandang Roselle terus sahaja dia bergerak ke motornya dihidupkan enjin.

"Goodnight. Bye." Sempat Jungkook mengerling Roselle sekilas sebelum bergerak meninggalkan Roselle yang sedari tadi asyik tersengih memandangnya. Bibirnya mengukir senyuman. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah semula untuk tidur memandangkan hari boleh di katakan sudah lewat malam. Rasanya dia ada semangat nak ke sekolah esok.

—🌹—

"Morning." Roselle mengangkat kepala, memandang ke kanannya sambil mengukir senyuman manis buat Jungkook yang sedang bersandar di dinding. Dah dua hari sejak kejadian malamtu, nampaknya Jungkook betul-betul berusaha untuk luangkan masa mereka seperti dulu buatkan Roselle berat hati untuk berjauhan.

"Morning. Awal kau datang harini?" Jungkook tersengih sebelum melangkah ke tempat Youjin. Punggungnya dilabuhkan di kerusi gadis itu sebelum bertongkat dagu memandang Roselle.

"Terbangun awal. Lagipun aku tahu, setiap pagi kau mesti lonely sebab Youjin suka teman Taehyung jaga pagar sekolah." Roselle mengangguk tak menafikan. Sememangnya dia dan Youjin datang ke sekolah awal sama-sama. Tapi bila dah awal dia bersendirian sebab Youjin teman si presiden jaga pagar setiap pagi.

"Harini teman aku pergi bookshop boleh? Nak beli buku latihan. Yang haritu dah habis buat." Roselle mengangguk setuju. Dia sendiri ada juga nak tambah koleksi buku latihan. Maklumlah tahun ni tahun senior diorang. Kena lah kerja keras sikit.

"Semalam Naomi ada confess dekat aku." Suara Jungkook yang agak perlahan buatkan Roselle kurang jelas. Namun riak wajah lelaki itu agak muram bila dia nyatakan ayat tersebut.

"Apa dia?"

"Uhm takde apalah."

"Haa haa, kau tahu kan aku tak suka kalau orang nak bercerita tapi tak jadi ni? Apa dia tadi tu? Aku terdengar Naomi apa tah?" Soal Roselle kini memberi sepenuh perhatian pada Jungkook. Telefonnya disimpan ke dalam poket blazer sekolah.

"Naomi, dia ada terus terang dengan aku. Dia cakap dia sukakan aku." Roselle mengangguk perlahan walaupun hati terasa kecewa.

"Lepastu?"

"Aku tak terima." Jungkook menunduk buatkan Roselle mengangkat kening.

"Aku suka orang lain. Tapi aku tak seronok la sebab Naomi mesti kecewa dengan aku. Lepasni mesti dia taknak dekat dengan aku lagi. Harini pun aku rasa dia tak datang." Walaupun panjang Jungkook membebel, namun Roselle lebih fokus pada ayat pertama yang lelaki itu ungkapkan.

Jungkook suka orang lain?

Adakah bermaksud selama Jungkook berkawan dengannya, lelaki itu dah pun punyai crush tanpa pengetahuannya?

"Ish termenung pula." Roselle tersentak saat lututnya dilaga oleh lutut Jungkook. Matanya memandang raut wajah lelaki yang diminatinya. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang berada di dalam hati Jungkook? Kalau Naomi yang baginya sempurna pun ditolak apatah lagi dia?

Atau..

Lelaki itu masih menaruh harapan pada gadis yang dia selalu nampak di ruangan komen video Jungkook? Adakah lelaki itu masih berharap pada kekasih lamanya?

"Roselle."

"Ya ya?" Kepalanya digeleng perlahan.

"Kau dengar tak aku cakap ni?"

"Apa?"

"Jom pergi kafe." Jungkook bangkit dari kerusi Youjin dan tangan Roselle ditarik. Mereka berdua keluar dari kelas dan berjalan bersama untuk ke kafe sekolah. Disebabkan hari masih awal dan Jungkook pula belum sarapan, ada baiknya dia makan dulu.

Sedang mereka berdua berjalan, tak sedar pula yang tangan dia sedari tadi memegang pergelangan tangan Roselle. Wajah gadis itu dikerling dengan hujung mata. Nampaknya Roselle pun macam tak sedar. Asyik termenung ja dia ni.

Disebabkan tiada penolakan Jungkook tak melepaskan malah mengemaskan pegangan tangannya pada pergelangan tangan Roselle. Sebelah lagi tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Walaupun perbuatan mereka berdua menarik perhatian pelajar lain, Jungkook langsung tak kisah.

Apa kau ingat senang ke nak pegang tangan pun?

[ To be continue ]

[ To be continue ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now