"sudah kamu berdua, sama je macam budak budak. Umur kamu tu Aarif lagi dya tahun nak masuk awal tiga puluh an Aaira pula dah masuk pertengahan dua puluh an, tapi bergaduh tak sudah sudah" kalini dato Harith menegur mereka dua beradik,

terdiam mereka berdua sebaik sahaja dato Harith bersuara.

"Aaira dengar baik baik apa papa nak cakap dan papa tak akan ulang banyak kali" suara dato Harith sama seperti tadi tak tegas tak lembut.

Aaira terus menegakkan badan tanda dia bersedia mendengar apa yang bakal keluar dari mulut papanya.

Dato Harith menarik nafas panjang kemudian memandang mama, mama pula memandang Aarif, Aaira pula memandang mereka bertiga pelik, dalam hatinya siap cakap

'ada pertandingan siapa tenung siapa ke?' dia hanya diam menunggu papanya bersuara

"sebenarnya tadi masa makan tengah hari papa dan abang kamu balik makan tiba tiba ada beberapa orang datang ke rumah..." Aaira pula rasa geram sebab dia tahu papanya saja buat dia ternanti nanti

"apa dia papa, cakap biar habis, saja je nak buat Aaira suspen" Aaira berterus terang, tak sanggup lagi melihat papanya diam sambil memandangnya dengan kening ternaik

"ada orang masuk meminang kamu" sambung dato Harith, terbeliak mata Aaira bila dengar apa yang papanya kata sebentar tadi

"APAA!!" dek kerana terperanjat Aaira menjerit

"habistu papa terima ke?" tanya Aaira, dia sudah mula mengigil, takut jawapan papa bakal mengecewakan dirinyaa

"papa kata bagi kamu kenal kenal dulu dengan lelaki tu, jadi hujung minggu ni kamu ada date dengan dia, suka ke tak kamu kena pergi" tegas dato Harith

Aaira sudah mengeluh "Aaira kena terima juga ke dia pa?" lemah suaranya

"terpulang tapi papa nak kamu jumpa dulu dan kenal, baru kamu boleh buat keputusan" jawab dato Harith, dia tak pernah memaksa anak anaknya untuk menerima jodoh secara paksa

"papa dah jumpa lelaki tu?" Aaira mahu tahu papanya sudah berjumpa atau belum dengan lelaki yang pandai pandai masuk meminang tanpa  pengetahuannya

"tak tapi kami bertiga sempat tengok gambar dia, kacak orangnya rugi kalau Aaira tak terima dia" Datin Haisya menjawab bagi pihak dato Harith

'kacak macam mana pun Aaira tetap nak captain Luth, maaa' jerit Aaira dalam hati

"kenal la dulu dik, abang yakin adik mesti suka dengan lelaki ni" Aarif pula bersuara.

Bila 1 lawan 3 nampaknya memang Aaira terpaksa akur untuk berjumpa dengan lelaki yang dia tidak kenal hujung minggu ini












"HA, jumpa lelaki tuu!?" jerit Syafiqah.

Selepas kejadian tak jadi tidur di rumah Syafiqah semalam, harini dia minta izin papa dan mamanya untuk tidur di rumah Syafiqah.

Nasib baik papa dan mamanya setuju, boleh la dia bergossip dengan Syafiqah apa yang berlaku semalam

"hmm...aku kalau boleh tak nak jumpa lelaki tu tapi papa, mama dengan abang aku yang beria ria pujuk suruh pergi" Aaira mengeluh perlahan

"why not kau cuba jumpa dulu lagipun family kau tak paksa untuk kau terima that guy, so chill" Syafiqah cuba menenangkan sahabatnya

"apa kata kau teman aku" Aaira sudah mula membuat muka kesian

"tak boleh la Aaira, kau lupa ke kan aku ada dinner dengan family besar akudan  aku kena datang awal tolong apa yang patut" Aaira dah mula nak nangis, dia takut nak jumpa lelaki itu seorang diri, dia memerlukan seseorang

"ni semua salah Luth, kenapa dia tak contact aku, at least kalau dia telefon aku luahkan perasaan dia, aku boleh bagi alasan dekat family aku yang aku ada orang lain, tak payah aku nak jumpa stranger tu" Aaira salahkan Luth pula.

Syafiqah yang mendengar bersimpati terhadap sahabatnya, kesian menunggu orang yang hanya memberi harapan kemudian hilang tanpa berita

"sabar Aaira, inshaallah ada jalan penyelesaian untuk semua kekusutan kau ni" Syafiqah mengusap bahu Aaira













"KAU kalau ada apa apa call je aku, dengan pantas aku sampai dekat tempat kau jumpa lelaki tu kalau dia buat hal dengan kau" kata Syafiqah melalui talian ketika itu Aaira sedang memandu sambil memakai wireless earphone

"aku takut la Iqa, kenapa aku nervous pula ni" luah Aaira

"itu normal lah sebab kau nak kenal dengan orang baru, perasaan tu mesti hadir" kata Syafiqah

"tapi aku bukan nak kenal dia sangat, aku masih tunggu Luth" dia berharap lelaki itu tak datang, ada hal kecemasan atau hal lain

"iyaa aku tahu, kau ni yang penting bila kau jumpa dia jangan gagap jangan mengigil kau tu bukannya boleh kawal kau punya nervous" pesan Syafiqah

"tapi kalau aku pengsan macam mana?" mula dah Aaira fikir yang bukan bukan

"woi! jangan nak merepek sangat lah perempuan" hampir saja Syafiqah menengking Aaira tapi dia sabar, tahu kawannya terlalu berdebar

"okay lah Iqa, aku dah sampai. Nanti apa apa aku call kau" kata Aaira selepas mendapat tempat letak kereta

"baik baik tau babe, bye"

"bye" kemudian Aaira menamatkan panggilan dan mencabut earphonenya lalu diletakkan semula ke dalam bekas.

Sebelum itu, Aaira membaca bismillah, baru lah dia keluar dari kereta dan masuk ke dalam restoran yang telah diberitahu oleh mama sebelum dia pergi tadi.

Sebaik sahaja dia masuk, Aaira terus mencari meja yang agak tersembunyi sikit, mama kata orang tu dah pernah tengok muka dia jadi boleh la dia duduk mana mana.

Kalau lelaki itu tak jumpa dia lagi bagus

"haihh mana mamat ni mama kata dia lambat dalam 5 minit je, ni dah nak dekat 20 minit, batang hidung dia pun aku tak nampak" kata Aaira seolah olah dia kenal orang itu, dalam Aaira sibuk sibuk menunduk membalas whatsapp dari Syafiqah, ada seseorang memberi salam dari tepi meja

"assalamualaikum maaf lambat, saya ada urusan tadi" kata lelaki itu

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now