(Kisah Benar)
Kisahnya bermula seperti ini. Ada seorang remaja yang bernama Gaman. Gaman berumur 13 tahun dan merupakan seorang anak yang manja. Hal ini kerana walaupun Si Gaman sudah berumur 13 tahun, namun Si Gaman masih tidur di bilik ibubapanya. Si Gaman juga seorang yang berdikari dan berani mencuba sesuatu yang baharu. Sejak kebelakangan ini, Si Gaman banyak berfikir tentang mendapat biliknya sendiri seperti kakaknya.
Di hari yang seterusnya, Si Gaman menyatakan hasrat kepada ibubapanya bahawa dia hendak memiliki biliknya sendiri yang seperti kakaknya itu. Ibunya berpendapat bahawa cadangan itu merupakan cadangan yang matang sekali kerana Si Gaman sudah berumur 13 tahun yang baru sahaja hendak melangkah ke alam remaja. Bilik bersebelahan dengan bilik kakaknya adalah bilik abangnya. Tetapi bilik itu tidak digunakan lagi oleh abangnya yang berkerja jauh dari rumah. Si Gaman berasa sangat teruja lalu memindahkan semua barangnya ke bilik tersebut.
Si Gaman berasa sangat gembira selepas beberapa hari tidur di biliknya itu kerana Si Gaman berpendapat bahawa dia sudah menjadi seorang remaja yang mempunyai bilik sendiri. Pada suatu malam, Si Gaman tidur dengan nyenyak sekali. Tiba - tiba Si Gaman terbangun dari tidurnya kerana terdengar bunyi yang pelik. Gaman yang masih tidur-tidur ayam itu segera menutup telinganya untuk menghalang bunyi tersebut dari menggangu tidurnya. Hari pertama terdengar bunyi tersebut, Si Gaman tidak menghiraukan bunyi tersebut dan hanya menganggapnya sebagai mimpi. Beberapa hari selepas kejadian itu, Si Gaman tidak mendengar bunyi itu.
Minggu berikutnya, malam pun menjelma, diiringi dengan bunyi-bunyian yang nyaring didengari. Sejuk yang membuatkan tubuh dan jiwa menggeletar kerana lokasi tempat tinggal Si Gaman di kawasan yang berbukit-bukau. Tepat pada jam 1 pagi, Si Gaman terdengar lagi bunyi pelik tersebut. Pada kali ini, bunyi tersebut membuatkan Si Gaman benar-benar terbangun dari tidur yang lena itu. Si Gaman amat terkejut apabila terdengar bunyi itu. Bunyi tersebut bagaikan mahkluk yang sedang mengeserkan kukunya disekeliling biliknya dari arah luar. Kedengaran bunyi tersebut lama-kelamaan menjadi semakin kuat. Si Gaman segera menutup tubuhnya dengan selimut dan berdoa mengikut kepercayaannya. Sedang Si Gaman berdoa, bunyi pelik itu tidak kedengaran lagi. Hari berganti hari, bunyi tersebut kedengaran dengan nyaring sekali pada jam 3 hingga 4 pagi.
Suatu ketika pada tengah malam, Si Gaman dengan perasaan takutnya itu merasakan seperti ada seseorang atau mahluk yang sedang berteriak dengan kuat sekali di telinga Si Gaman membuatkan Si Gaman terasa seperti benar-benar diganggu oleh kuasa-kuasa jahat. Suara tersebut seperti orang yang berteriakan dengan lantang sekali. Perkara ini membuatkan Si Gaman trauma dan tidak tenang apabila menjelang waktu malam.
Oleh disebabkan itu, Si Gaman bercadang untuk memberitahu ibubapanya mengenai hal tersebut. Tetapi ibubapa kelihatan seperti tidak merisaukan keadaannya. Setelah Si Gaman menceritakan segala yang dialaminya dari mula hingga akhir, akhirnya ibunya memberitahu Si Gaman satu penjelasan yang mengubah persepsi Si Gaman mengenai bunyi pelik itu. Ibunya mengatakan bahawa bunyi tersebut adalah bunyi dari perbuatan ayam. Ayam tersebut sedang mengeramkan telurnya berdekatan dengan bilik Si Gaman. Maka, ternyatalah bahawa selama ini yang didengari oleh Si Gaman itu rupa - rupanya bunyi yang dihasilkan daripada perbuatan ayam tersebut. Si Gaman menghembus nafas lega dan segala kerisauannya hilang dengan serta-merta. Ternyatalah bahawa cara pemikiran kita terhadap sesuatu perkara amat mempengaruhi sikap dan juga perasaan kita.
Konklusinya, berakhirlah cerita ini dengan karakter utamanya, Si Gaman, tidak lagi takut akan bunyi pelik itu. Namun begitu, adakah anda tidak tertanya-tanya apakah bunyi yang berteriakan di telinga Si Gaman sama dengan bunyi ayam yang sedang mengeram??
Ps/ Terima Kasih kerana sudi membaca cerita ini hehe
ESTÁS LEYENDO
BUNYI PELIK
TerrorHai guys, cerita ini merupakan kisah benar yang saya alami sendiri dimana saya terdengar bunyi yang menyeramkan selama beberapa hari. Suatu masa saya tidak dapat menahan ketakutan yang dialami lalu memberitahu ibubapa saya. Cerita ini diakhiri denga...
