GPT(RAYA VERSION*Last)

8.3K 311 19
                                    

Sambungan..

Aku garu kepala yang tak gatal, macam mana nak pujuk lelaki merajuk?

Sejak masuk kebilik tadi Tengku Razeen tak nak cakap dengan aku walaupun aku cuba nak terang kat dia macam mana aku boleh terlepas ke Eon.

"Abang.."

"Dah tidur, abang mengantuk" Tengku Razeen memotong ayatku

"Dengar lahhh" Sebak sahaja suaraku, air mata aku tahan

Perlahan-lahan Tengku Razeen bangun dari pembaringan lalu duduk mengadap aku

"Tadi Pia jumpa abang abang Pia kat sana alang alang diaorang ajak lepak sekali. Pia nak minta maaf sebab tak bagitahu bateri phone habis and Pia ingatkan diaorang dah gtau abang" Jelasku panjang lebar

"Ingatkan..ingatkan..Apa yang la cuai sangat susah sangat ke pinjam phone diaorang nak minta call abang bagi tahu!"

Lantas Air mataku mengalir deras, kecik hati kena marah sampai begitu" Nak tegur..Tegur la elok elok jangan la tengking Pia!"

Tengku Razeen meruap muka, Yeh dia tak sengaja!

"Look sayang..I'm sorry abang tahu abang dah melebih"

Lantas Syafiah peluk badan sasa Tengku Razeen, mukanya diterbenamkan pada dada bidang milik Tengku Razeen

"I'm sorry too maaf zahir dan batinnn and i miss youuu"

Dan mereka berpelukan sampai tertidurr.

* * *

Esok 1 syawal. Aku, Tengku Razeen dan Ummi bersiap siap untuk ke market untuk mencari barang basah untuk esok

Anak-anak aku?Biar je kat rumah bukan aku sengaja tinggal Kak ipar aku ha suruh buat kawan dengan anak diaorang

"Sayang..Kenapa kita tak pergi Pasaraya je, kan situ ada jual" Bisik Tengku Razeen

Aku menghela nafas, Haih la anak orang kaya ni

"Iyer memang la ada jual tapi kat sana takde barang fresh macam ni" Ujarku sambil mengangkat kunyit hidup

"Ayam pun sama?"

Aku mengangguk laju"Ayam diaorang pun fresh baru sembelih tau.."

"Okay.."

Mengalah la tu sebab ada Ummi kat sebelah kalau takda ummi sah dia kritik lagi aku ni.

"Barang kat sini Zinn memang depa tanam sendiri..baja sendiri..Cuba kat pasaraya tu kita bukan tau dari mana depa dapat" Sampuk Ummi tiba tiba, sah Ummi dengar apa yang si Razeen ni cakap

"Heheheh yelah Ummi, Razeen tanya je..Pia ni ha banyak pulak dia cakap"

Aku memandang muka suami aku dengan muka hairan, Aik aku pulak kena?

Tengku Razeen hanya tayang gigi. Thehehe

Usai siap beli barang kami segera balik, yelah takkan nak tinggal anak lama lama

Keluar sahaja kereta anak anakku menerpa kearah Daddynya

"Eh..eh..no! Daddy bau ayam!" Jerit Tengku Razeen

"Haah laa, eyekk busukk lah..Daddy nii" Ujar Izzia sambil menutup hidung, jadi sengau habis suaranya

Kami semua ketawa lihat kegedikan dua beranak ini, eleh Bini dengan Mak nye ini orang kampung ja tau dengan ayam pun geli

* * *
Bunga api kedengaran, pelita dihalaman rumah sudah siap dinyalakan

Mengikut kalendar islam maghrib tadi sudah masuk 1 syawal,

Maka esok seluruh umat islam menyambut hari raya Aidilfitri

"Kenapa baju Izzia tak sama dengan daddy?" Tanya Izzia buat muka sedih

Aku tak terkata apa, dalam hati ada terbit rasa cemburu dengan suami sendiri sebab anak anak lebih mahukan bapaknya

Tahun ni tema baju Family aku Hijau tua dan nude. Orang lelaki berwarna nude manakala perempuan hijau-nude

"Izzia..Baju izzia kan sama dengan mummy..Baju daddy lain sikit jaa" Pujuk Tengku Razeen

"Tak nak! Nak sama dengan Daddy juga!" Jerit Izzia

"Apa yang mengada sangat ni Izzia Qasrina! Fine, tak nak sama dengan mummy sudah malam ni kita keluar cari baju lain carikan sama macam daddy" Aku lepaskan ketidakpuas hatian lalu keluar dari bilik bersama Izzam

"See mummy dah merajuk dah"

"Yelah..Sorry" kendur sahaja suaranya akui kesilapan

"Not to daddy but mummy. Penat tau mummy beli baju kat kita" Sampuk Uzzam

Tengku Razeen hanya tersenyum dengar kaata-kata Uzzam walaupun dibelakang takbir Syafiah hanya beli online dan duitnya sahaja yang penat.

Tengku Razeen bersyukur dikurniakan anak anak yang bijak dan isteri yang saling melengkapi hidupnya
Tengku Razeen berharap jodohnya bersama Nurin Syafiah kekal hingga syurga

Pasal Izzia dan isterinya?

Dah settle dah Izzia pergi pujuk dan manja manja dengan mummy dia sampai naik menyampah

"Izzia janji izzia akan dengar cakap mummy and much love love kat mummy"

lepastu mummy hasut Izzia suruh daddy bagi duit raya lebih kat mummy heheh

Apa apa pun..

Benarlah berdasarkan tajuk cerita,

Nurin Syafiah gadis Pujaan Tengku Razeen


T.A.M.A.T

(Sorry sebab lama tunggu pengakhiran version ini walaupun raya dah lepas😂. Tapi saya tetap terharu dengan korang semua sebab sudi tunggu update♥️)

Gadis Pujaan Tengku(Complete✅)Where stories live. Discover now