Gadis Pujaan Tengku - Bab 8

10.2K 387 2
                                    

Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung ke sofa yang empuk tiba-tiba pintu rumahku diketuk , terasa malas mahu bergerak penat sangat berjalan tapi tak enak buat tetamu tertunggu tunggu

Dengan lemah longlai aku buka pintu maka terpampang lah wajah tetamu tak diundang itu

Ye guys its Angah and along.

Tersengih sengih diaorang masuk kerumah ku

"Apahal korang ni " Kataku lalu kedapur

Nak ambil air kat abang abangku yang terchenta.

"Dengar citer along..ada orang tu nak kawen" Kata angah dengan kuat sengaja nak bagi aku dengar

" Yeke..bolehla buat sekali dengan Along nanti " Sambung Along

" Sapa nak kawen..Angah ke?" Aku pura pura taktahu

"Angah apanyaa..kau laa" Angah menepuk bahuku hampir sahaja dulang yang aku bawa cawan itu terjatuh

Aku mencebik,

"So, Angah dah tahu ke" Tanyaku dengan lemah

"Bukan Angah je yang tahu Along pun dah tahu Si Razeen sendiri cakap kat kita orang yang dia lamar Pia ,So Pia setuju tak" Along tenung mukaku minta jawapan

Aku mengeluh " Entah laa"

"Pia terima je la Razeen tu..dia baik tau angah tahu dia boleh jaga kau" Angah memujukku

"Kalau nak tahu buat solat istikharah minta jawapan" Bang Yin entah dari mana muncul sejak bila dia datang aku pun taktahu

"Eh bila Bang Yin sampai" Lantas aku salam tanda hormat

"Baru je masa kau kat dapur tadi pergi toilet kejap" Bang Yin duduk di sisiku

"Dengar tak cakap Abang Yin kau tu , solat istikarah minta jawapan" Along menyampuk

Aku mengangguk.

"Kalau macamtu dah nak masuk maghrib ni Pia naik atas dulu eh nak mandi nak solat , Along nanti pergi beli lauk eh Pia malas nak masak japgi Pia masak nasi" Kataku lalu beredar kebilik.

Seusai sahaja solat maghrib dan isyak kami makan malam

Selepas itu kami semua menonton movie korea , Midnight runner lakonan park seo jun.

"Pia kami tido sini je la malam ni malas pula nak bawa kereta malam malam gini" Angah bersuara tiba tiba

"Laa habistu takpa ka Tengku Razeen tu sorang sorang" Aku pula bersuara tiba tiba

"Razeen takda dia balik rumah family dia" Mata angah masih di televisyen

"Boleh kan Pia ala kira boleh la tu tengok Along dah sampai kemana taktau la" Kata Bang Yin apabila lihat Along sudah buat tidur

"Yelahh , tu ha nak tido bilik sana tu" Aku tunjuk bilik kosong disebelah bilikku

"Takpa kita orang lelaki tidur mana mana pon boleh " Bang Yin mengangguk beberapa kali menyokong kata kata Angah

"Ikutlah kalau ada nyamuk pandai pandai hidup eh.. dah la Pia nak tido" Aku beredar ke bilik.

Aku tak dapat teruskan tidurku kerana tergiang giang dengan kata kata Bang Yin.

"Kalau nak tahu buat solat istikharah minta jawapan"

Lantas aku ambil wuduk dan solat istikharah untuk meminta petunjuk tentang lamaran Tengku Razeen siang tadi.

***

Pagi pagi lagi rumah sewa aku ni riuh dengan suara abang abang ku

Mana taknya dengan kedatangan Tengku Razeen untuk mendengar jawapan dariku dan bersaksikan abang abangku aku terima lamaran itu.

Aku pula rasa nak piat-piat ja telinga Angah sebab pandai pandai bagitahu Tengku Razeen aku nak bagi jawapan pagi ini

Mamat tu pun apa lagi semangatlah dia pagi pagi lagi terpacak depan pintu.

Dengan Pantasnya Along menelefon Ummi dan Abah dikampung untuk berkongsi berita gembira ini

Kata Along, Ummi dan Abah gembira sangat sampaikan Ummi terjerit kuat sewaktu Along bagitahu yang aku setuju nak kahwin dengan Tengku Razeen.

Tengah hari itu pula Datin Ilya datang ke butik ku untuk mengucapkan terima kasih kerana sudi jadi menantu dia.

Sejurus itu Datin Ilya beritahu mahu menghantar rombongan meminang dikampung dan sekalikan majlis pertunangan aku dengan Tengku Razeen

Jawapan aku hanya satu sahaja

"Datin bincanglah dengan Ummi Pia , Pia ikut je"

************************************

Gadis Pujaan Tengku(Complete✅)Where stories live. Discover now