Gadis Pujaan Tengku - Bab 6

10.8K 399 12
                                    

Malam itu aku menolong Ummi menyiapkan makanan untuk makan malam

Pelbagai juadah dihidang dengan makanan kampung seperti Ayam masak lemak , pajeri nanas , kerabu jantung pisang + pucuk paku dan ikan keli bakar + air asam

Kecur air liur ku tak sabarnyee nak makan

Seusai juadah dihidang Ummi meminta aku panggil insan bernama lelaki di ruang tamu.

"Maafkan Ummi ya Razeen semua makanan kampung ja" Lalu ummi menyedokkan nasi kepada Tengku Razeen dan Abah

Yang lain cedok sendiri!

"Takpe ummi makanan kampung pun sedap la cenggini ha" Kata Tengku Razeen sambil menayangkan ibu jari sambil mulut menguyah.

"Ummi, Razeen ni bagi kayu dan batu pun dia makan tau" Angah berseloroh

"Ish apa benda la batu ngan kayu takbaik silap hari bulan hang yang kena sumbat batu ngan kayu ngan ummi" Ummi membela Tengku Razeen.

Kami semua tergelak melihat Angah muncungkan mulut.

Tak semena,

"Hah Pia ummi teringin nak menantu " Ummi membuka dulang paku

Aku yang tengah syok makan lantas terbantut selera ku.

"Ummi dont start it , pliss la Ummi Pia bagi chance kat along angah bang yin dulu la lagipun takda calon lagi ...dah pia nak makan ni " Wajah ku masam mencuka

"Ju , anak tu nak makan kan jangan potong selera dia " Abah menegur Ummi

"Hah cakap pasal calon ni hah Razeen ada " Meyampuk Along sambil menepuk nepuk bahu Tengku Razeen

"No way ,Along just shut up and eat !" Aku ketap gigi.

"Kalau Razeen memang angah setuju" Tanpa pedulikan amarah ku Angah menambah.

Abang Yin mengangguk turut menyokong

"Kalau macam tu Razeen setuju ka " Abah pula menyampuk

Tengku Razeen tersenyum malu.

"Eleh malu malu pula kau zin" Angah menumbuk bahu Tengku Razeen

Pia yang hampir meletus tu terus saja bangun dan basuh pinggan lantas lari tanpa suara ke bilik

Semua yang berada didapur terus terdiam

Sengaja buat aku sakit hati!

Didalam bilik

"Apasal diaorang semua ni?Suka sangat jodohkan aku dengan Razeen .Ey aku tak suka laa"Kehulu kehilir Syafiah berjalan bagai tak keruan.

Akibat malas nak fikirkan kejadian tadi terus aku menekan application instagram sambil meniarap atas katil.

Online lagi bagus!

"Ramai pula follow aku kalini " gumam ku dalam hati.

m.hxykal is following you.

mek.wac is following you.

yayaeo is following you.

Aku slide-slide ke atas

Tiba-tiba,

m.razeen09 is following you.

Dahi aku berkerut,razeen?

Lantas aku tekan nama itu.

Time to jadi stalker!

Walaupun gambarnya kira-kira dalam 25 posts gitu tapi like dia banyak juga .

Gadis Pujaan Tengku(Complete✅)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant