GPT(RAYA VERSION)-1

8K 272 15
                                    

Bermulalah kisah 1 ramadan dimana Nurin Syafiah dan Tengku Razeen menjalani ibadah puasanya bersama Izzia,Uzzam dan Izzah...

"Abang bangun sahur" Syafiah gerak gerakkan badan Tengku Razeen yang sedap diulit mimpi

"Hmm" Balas Tengku Razeen pendek

"Ish bangunlah,Penatlah asyik kejut je dari tadi tak bangun bangun..Tak sempat sahur padan muka" Bebel Syafiah, Maka Tengku Razeen terpisat pisat bangun

Bila mem besar sudah bising haruslah bangun kalau tidak esok sendiri yang lapar

Tengku Razeen memeluk bahu Nurin Syafiah kepalanya dilentokkan

"Bawa abang" Matanya pejam kembali

"Bapak budak ni pun..Mengada" Syafiah memeluk pinggang Tengku Razeen lalu membawa suaminya turun keruang makan

"Nah makan, Pia masak biasa biasa sahaja tak larat nak masak mewah mewah"Ujar Syafiah sambil menyedok nasi kepinggan Tengku Razeen

"Takpa makan telur dengan kicap pun dah sedap asalkan isteri Abang masak"

"Pia takdelah kejam sangat nak hidang kat suami telur dengan kicap, Paling tak larat sekali pun beli je petang semalam"

"Beli buat apa,Abang nak rasa air tangan sayang bukan makcik kedai" Seloroh Tengku Razen, Syafiah mencebik

Demand lebih.

"Abang anak kita dua dua tu dah masuk 5 tahun, Apa kata ajar diaorang puasa" Cadang Syafiah

"Sayang dulu start belajar puasa umur berapa?"Tanya Tengku Razeen sambil menghabiskan sisa baki dipinggan

"Em..Darjah 1?"

"Dahtu kenapa nak ajar anak anak puasa diaorangkan kecil lagi ajarlah cara Ummi"

"Orang beri cadangan je,Bukan suruh terus kalau diaorang tak larat Pia tak paksa"Ujar Syafiah tak puas hati

Orang kata lain dia kata lain.

"Yelah yelah ikutlah,Bila nak start ajar diaorang?" Tengku Razeen akur,Kang tak pasal pasal berbalah pasal hal kecil ini sahaja

Dia bukan apa, cuma kasihankan anak anak sahaja berlapar lagipun mereka masih  budak

"Esok" Balas Syafiah acuh tak acuh

"Baiklah sayang, Tapi ingat kalau diaorang tak tahan sangat bagi je buka jangan paksa diaorang nanti sampai kesudah diaorang tak nak puasa"Pesan Tengku Razeen lalu mengucup dahi Syafiah

Taklama kemudian Tengku Razeen berlalu kebilik

"Tengok tu ikut sedap dia je makan pastu tinggal, yang aku ni lah kemas sorang sorang gamaknya kalau aku takde nanti..." Lantas Syafiah menepuk mulutnya sendiri

"Heish, apeni takbaik cakap bukan bukan" Lantas Syafiah mengucap panjang, Kata kata itukan satu doa.

Dia nak ke Tengku Razeen jadi duda anak dua dan yang datang kepadanya semua perawan perawan untuk ngorat suaminya

Lepastu jadilah satu novel "Duda pujaan Perawan"

Selepas siap siap kemas meja makan dan dapur Syafiah berlalu keruang tamu, Sungguh memang kalau dia dah terjaga susah untuk tidur lagipun Syafiah jarang tidur selepas sahur Tengku Razeen aje yang
tu

Syafiah scroll Instagram hingga azan subuh berkumandang.

Seusai kejut Tengku Razeen untuk bangun subuh dan sediakan baju kerjanya

Susu buat Izzah dibancuh kerana sebentar tadi anak kecilnya itu merengek mahu susu

"Sayang kenapa tie abang warna merah?bukankah kot coklat dipadankan warna hitam?" Tanya Tengku Razeen tak puas hati,Syafiah tahan gelak

Bukan apa dah macam...Pfttt...

MR.BEAN!

"Sayang, i asking you"

"Okok sorry..my bad..Tapi kan maaflah kalau Pia cakap abang macam Mr.Bean AHAHAH tie merah kot coklat" Syafiah sambung ketawanya sambil memegang perut yang sudah besar

Tawa Syafiah berhenti apabila melihat muka cemberut Tengku Razeen sambil bercekak pinggang

"Not funny" Ujar Tengku Razeen lalu kembali ketingkat atas

Glp,Ada orang sudaa merajukkk

Setelah siap beri susu kepada Izzah, Syafiah  mengatur diri ke bilik untuk melihat Tengku Razeen

Terkejut bukan kepalang melihat Tengku Razeen kembali baring kekatil dengan pakaian kerja

"Abang..Kenapa tak pergi kerja lagi"

"Takda mood" Jawab Tengku Razeen ringkas, masih terasa hati dengan perihal tadi

"Ala sorry la..Abang sayang Pia pengarang jantung hati limpa usus segala bagai" Syafiah buat muka cute

Meskipun Tengku Razeen tidak melihat tapi dia dapat bayangkan riak muka Syafiah memujuknya, Dia tahan diri untuk terhambur gelak

"Abang!"

"Abanggg!"

"Tengku Razeen!"

"Tengku Mohammad Razeen bin Dato Tengku Manaff!" Jerit Syafiah, geram bila dipanggil tetapi tak menyahut

"Ya Allah bapak budak ni..Heish tak tahu lah orang dok pujuk tak mahu pula jangan kata Pia derhaka yer kalau Pia tak layan ha nak merajuk sangat kan merajuk lah Pia banyak lagi kerja nak buat" Syafiah sudah hilang sabar, Bukannya dia tak pujuk tapi tuan diri yang mengada

Patutlah anak anak kuat merajuk ikut bapak rupanya

Syafiah membawa diri ke ruang dobi untuk basuh baju, Jangan risau kandungannya sudah kuat sudah boleh buat kerja.

Pada waktu tengah hari dia sudah keletihan. Uzzam, Izzia dan Izzah dia biarkan mereka bermain dalam salah satu bilik untuk permainan

Kepalanya sakit, badannya tidak bermaya .Inikah ujian puasa sewaktu mengandung?

Tiba tiba dia dapat satu pesanan ringkas dari Tengku Razeen

Hubby💓: Kalau tak larat puasa buka je, jangan paksa diri

Syafiah tersenyum sendiri, Sweet lah Tengku Razeen ni macam tahu tahu je isterinya dah zero energy.

Hm nampak gayanya kena lupakan je lah hasrat nak puasa penuh, hari pertama pun dah terciduk apatah lagi 28 hari lagi

bismillahirrahmanirrahim, Allahumma lakasumtu....

*******************************************
✅Maafkan saya if ada kesalahan
✅Silalah tekan butang vote
✅Comment dialu alukan
Acane GPT versi raya ni? Best ke idok..kalau best cer komen if tak saya akan unpublish raya version ni

Gadis Pujaan Tengku(Complete✅)Where stories live. Discover now