"Shu Wu JI? Xiao Lian?Pipit? Jiaofu?"Sara menyebut satu persatu insan yang bermakna dalam hidupnya. "You know, aku akan akan membawa Pipit sahaja kerana Pipit sudah macam adik aku."

"Shu Wu Ji?"tanya Ann Di 

"'He will be alright. Dia sudah berada di tempat yang sepatutnya."

"Kau baru 6 hari berkahwin kot?"bisik Ann Di. Sara ketawa kecil.

"Aku akan tulis surat cerai mengikut tradisi di sini. Dan kita akan berjumpa Pak Syeikh dan aku akan minta nasihat dia," beritahu Sara. 

"Baiklah, mari kita rancang betul-betul percutian kita."

"Tapi aku hanya seorang yang aku akan beritahu segalanya," ucap Sara.

"Jiaofu!" kata Ann Di dan Sara serentak.

"Untuk kes Mo LI Hua, aku rasa duit yang aku menang itu, akan aku beri kepada bapa Mo LI Hua. Duit itu cukup untuk menyara mereka hidup dan membina perniagaan mereka semula."

"Duit untuk perjalanan kita, aku rasa cukup sebab Jiaofu memberi aku duit yang sangat banyak,"beritahu Sara. "Ok, kita plan macam ni. First, kita mesti ke tempat bapa Mo LI Hua. Kedua kita akan melawat Pak Syeikh. Ketiga, kita akan merantau dan melihat era ini. We go travel," kata Sara bersemangat. Dalam hatinya menyebut tiga  nama yang akan menjadi satu masalah besar. Shu Wu JI, LI Yang Jian dan juga Nalan Aisin. Mereka ini pegawai maharaja yang mempunyai kuasa yang sangat luas. Ke dalam lubang cacing pun Ann Di, Pipit dan dia bersembunyi, tidak mustahil mereka akan dapat mencarinya. Hanya satu cara sahaja. Mereka mesti belayar ke tempat yang sangat jauh. Tiba-tiba Pipit mengetuk pintu bilik. Sara sudah mempunyai jawapannya. Mereka akan pulang ke Melaka.

"Wu ge..."panggil Pipit memberi hormat. Sara tersenyum manis melihat PIpit di situ. PIpit  terasa ganjil melihat Sara begitu. "Wu ge..."panggil PIpit sekali lagi.

"Wu ge, Wu ge..kau apahal?"usik Sara melihat PIpit berdiri di situ. Ann Di menyimpan ketawa melihat reaksi PIpit.

"Pengintip itu Zhu Wu telah mengesahkan memang orang upahan Nalan Aisin," beritahu Pipit. Sara mengisyaratkan PIpit supaya duduk bersama dia dan Ann Di.

"Berapa lama sudah kau di tanah China ini?"tanya Sara.

"tak kurang 5 tahun Cempaka," lembut suara PIpit menjawab soalan Sara. 

"Aku rindu kepada Melaka, kita balik nak?"ajak Sara.Terbeliak mata Pipit mendengarkan cadangan Sara.

"Betulkah ini Cempaka?"tanya Pipit tidak percaya. Sara mengangguk. Pipit berdiri dan berlutut di hadapannya.

"Pit, kenapa ni?"tanya Sara.

"Pipit membawa hati ke sini kerana rindukan Cempaka. Pipit hormat dan sayangkan Cempaka seperti keluarga Pipit. Dan Cempaka sudah pulang ke mari, jika PIpit pulang ke Melaka bersama Cempaka, Pipit mati tersenyum Cempaka," kata PIpit kegembiraan. Sara melihat Ann Di.

"Ini pertama kali aku mendengar kau bercakap sebanyak  ini," tegur Sara ketawa. "JIaofu akan berangkat juga tak lama lagi. Dia masih menanti di sini kerana aku di sini. Baik kita buat macam ni," sambung Sara."Aku akan arahkan Ren JI untuk menghantar wang kemenangan itu kepada keluarga Mo LI Hua. Kedua, er kedua..." Beria-ia  Ann Di dan Pipit memasang telinga. "Err-"

"Hoi, yang kau ni punya panjang  err..."sergah Ann Di. PIpit menahan ketawanya. Hatinya merasa begitu gembira mendengarkan Cempaka mahu pulang ke Melaka. Hatinya tiba-tiba begitu rindukan Tanah Melaka, adik-beradiknya. 

"Hah! Aku tak sabar nak balik!" tempik Sara. "Malam ini kita terus balik ke Nanjing tanpa Shu Wu JI, faham? Jangan beritahu Xiao LIan pun. Aku akan titipkan surat kebebasan hamba abdi untuk Xiao Lian dan tinggalkan sedikit duit. Aku  mahu mengadap Jiaofu dan meminta izinnya untuk pulang."

"Kau nekad," tanya Ann Di. Sara melihat Pipit dan airmatanya mengalir.

"Ya, aku  nak balik. Kalau tak ke zaman kita tapi tanah yang dipijak adalah tanah yang sama," jawab Sara mengesat matanya. Pipit juga cuba menahan airmatanya dari jatuh. Mereka akan pulang. "Kita makan tengahari dan kita akan bertolak bila hari teduh. Pit, kau jangan beritahu sesiapa pun terutama Zhu Wu dan Shu Wu JI. Ok?"arah Sara. PIpit mengangguk. "Oh, ya kita bertolak dengan dua persalinan sahaja dan aku rasa dengan duit kertas yang ada pada aku, tak perlu kita bawa luggage yang besar,"sambung Sara lagi.

"Ann Di kunyang," panggil Xiao Lian mesra semasa masuk ke bilik itu. "Pit, kau pun ada di sini?"tanya Xiao LIan ceria. PIpit mengangguk. "Macam gembira saja semua, beritahulah Xiao LIan." pinta Xiao Lian meletakkan buah-buahan yang telah dipotongnya ke meja.

"Li Hua, nak carikan calon suami untuk Xiao Lian," usik Sara. Wajah Xiao Lian berubah dan dia hilang kata-kata.

"LI Hua! Ini tak kelakar," kata Xiao Lian merajuk.

"Xiao Lian, kau sebaya aku. Aku dah kawin dua kali. Kau?"usik Sara lagi. Xiao Lian menekup telinganya dan berlari keluar. Sara tersenyum.

"Pit, bawa Ren JI ke sini tanpa mengundang syak ok?"pinta Sara berbisik.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें