Bab Tiga

64 3 2
                                    

Seusai aku mengambil adik-adikku dari sekolah pada jam 2 petang, dengan wajah teruja mereka menyoalku tentang keputusan SPM.

              “Kak Long dapat berapa A? Berapa B, C, D, E?” Soal Durrani, adik bongsuku yang berusia 10 tahun.
“Amboi Durrani, dah pandai ya buat loyar buruk! Alhamdulillah Kak Long dapat 6A 3B.” Aku membalas sambil mengusik adikku.

                “Wah tahniah Kak Long! Lepas ni Kak Long nak sambung belajar ke?” Soal Danial, adik kelimaku yang berusia 11 tahun.

               "Mesti la Kak Long nak sambung belajar. Impian Kak Long daripada dulu, tapi mungkin Kak Long sambung belajar dekat-dekat sini je.”

                “Dekat-dekat sini je? Mana ada universiti kat sini.” Soal Durrani dengan wajah yang penuh tanda tanya.

                "Kamu berdua belum faham. Takpa nanti Kak Long terangkan. Dah jom makan. Nanti tolong Kak Long bawa makanan untuk ayah.” Aku mengakhiri perbualan kami pada tengahari itu.

  *********************
Setelah selesai makan tengahari, dua orang adik lelakiku bersiap-siap untuk pergi ke sekolah agama. Sesi persekolahan yang bermula pada jam 3.30 petang membuatkan adik-adikku perlu menyiapkan diri dalam kadar segera. Begitulah sesi persekolahan bagi sekolah agama di negeri Johor. Darjah 1 hinnga 3 memulakan sesi pada jam 2 petang dan berakhir jam 3.30 petang manakala bagi Darjah 4 hingga Darjah 6 sesi persekolahan pada jam 3.30 hingga 6.30 petang.

               Setelah adik-adikku pergi berjalan kaki ke sekolah agama, aku menuju ke bilik ayah bagi membincangkan tentang perihal diriku.

              “Ayah, Kak Long dah fikir masak-masak. Kak Long nak sambung belajar ke Tingkatan Enam.” Ujarku dengan nada yang penuh keyakinan.

              “Kak Long tak menyesal? Bukankah Kak Long nak sambung belajar ke Kolej Matrikulasi?” Ayah menyoalku.

             “Tiada sebab untuk Kak Long menyesal. Paling penting Kak Long dapat jaga ayah sehingga ayah sembuh sepenuhnya. Lagipun Kak Long dah banyak buat search tentang Tingkatan Enam. Banyak kelebihan yang Kak Long baru tahu. Antaranya Tingkatan Enam mempunyai kos pengajian yang rendah selain kawasan sekolah yang berdekatan dengan rumah.” Penuh bersemangat aku menerangkan kepada ayah.

             “Kalau macam tu, Kak Long dah buat permohonan untuk Tingkatan Enam?”

             “Tingkatan Enam tak perlu mohon ayah. Nama kita akan automatik ada dalam senarai. Itupun kalau permohonan kita tidak diterima ke Kolej Matrikulasi. Kalau diterima, nama kita tiada dalam senarai Tingkatan Enam, salah satu sahaja.”

             “Kak Long betul-betul dah fikir? Ayah tak nak disebabkan ayah sakit, Kak Long korbankan impian Kak Long. Ayah tahu Kak Long memang nak sambung bidang sains tulen di Kolej Matrikulasi.” Ayah menyoal sekali lagi.

               Aku terdiam seketika lalu menjawab pertanyaan ayah. “Betul ayah, Kak Long dah fikir masak-masak. Kak Long rela hati nak jaga ayah. Lagipun pada siapa Kak Long nak berbakti kalau bukan pada ayah? Ummi dah tiada. Adik-adik yang lain sekolah asrama.” Jawabku sambil menahan sebak.

                Aku lihat mata ayah juga sudah berkaca. Mungkin mengenangkan arwah ummi yang sudah hampir 8 tahun meninggalkan kami. Sehingga kini, ayah masih tidak mencari pengganti ummiku. Walau ayah dan ummi sudah tiada jodoh di dunia, aku berharap kedua ibu bapaku akan berjodoh di syurga.

              “Baiklah. Walau apapun keputusan Kak Long, ayah akan sokong. Ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ayah.”

               “Terima kasih ayah.” Balasku tersenyum sambil memeluk erat lengan ayah.

DIARI SI GADIS DESAWhere stories live. Discover now