dia nak cakap yang dia tak kisah pasal harta, pasal pangkat tapi dia tak nak lelaki itu rasa tak selesa bila tahu dia berada di sini dan mendengar luahan tersebut,  nanti mesti Luth malu bila dia meluahkan perasaan pada ibunya yang turut didengari oleh Syafiqah dan Aaira sendiri

"kamu cintakan dia?" soalan ini juga amat dia nantikan, lepas tamat sahaja panggilan, dia nak peluk peluk puan Haliza.

Luth terdiam lama, patut ke dia menjawab soalan itu

"Luth? kamu dengar tak soalan ibu?" panggil puan Haliza di talian

"ya ibu Luth dengar, Luth......." mereka bertiga yang di talian, berdebar menanti jawapan Luth

"Luth mengaku Luth cintakan dia" puan Haliza sudah tersenyum sambil memandang Aaira.

Syafiqah sudah menepuk nepuk bahu sahabatnya perlahan, akhirnya Aaira sendiri telah mendegar pengakuan daripada Luth Haiyyan

"jangan fikirkan sangat tentang kekurangan diri kamu Luth, apa kata kamu lupakan semua tu lagipun ibu tahu, Aaira tu baik orangnya. Bila dia dah meluahkan perasaan, mesti dia nak hubungan yang lebih serius" puan Haliza memeberi semangat kepada anaknya

"tapi ibu Luth dah tolak Aaira, mesti dia dah tak nak dekat Luth" Aaira nak cakap yang dia nak Luth Haiyyan tiada lelaki lain yang dia mahu selain Luth

"hati perempuan ni tak mudah berubah Luth, apa kata kamu pula cuba luahkan perasaan kamu pada dia, ibu yakin dia mesti tengah tunggu kamu" puan Haliza tersenyum pada Aaira semasa dia bercakap dengan anaknya.

Sungguh puan Haliza ini ahli nujum ke? Boleh membaca apa yang ada dalam fikirannya

"inshaallah Luth cuba, nanti ibu bagi nombor Aaira pada Luth" Aaira rasa nak melompat sekarang tapi dia tahan, tak kan dia nak terkinja kinja depan puan Haliza

"nanti ibu whatsapp kamu nombor Aaira, jangan tak contact pula, takut kamu lambat nanti melepas pula" saja puan Haliza menambah nambah untuk menakutkan Luth

"inshaallah ibu kalau ada jodoh tak ke mana" balas Luth tenang

"ya lah kalau macam tu ibu tutup dulu nanti sampaikan salam ibu pada Arshad, nanti kalau balik bawa la dia sekali" kata puan Haliza, kerana orang tua Arshad berada jauh di London. sejak Luth kenal Arshad, kerap anaknya membawa pulang sahabatnya untuk merasa suasana kampung.

Maklum saja, Arshad ni lahir di London, balik ke Malayasia sebab malas nak duduk dekat negara orang lama lama

"ya nanti Luth bawa Arshad sekali ya ibu, assalamualaikum" selepas menjawab salam Luth, puan Haliza menutup panggilan.

Puan Haliza memandang Aaira sambil tersenyum

"macam mana Aaira dah dengar kan semua jawapan dari Luth, puas hati tak?" Aaira tersenyum sambil mengangguk

"terima kasih makcik sebab buat semua ni, Aaira tak sangka pula makcik buat rancangan macam ni" luah Aaira jujur

"makcik sanggup buat apa saja asalkan Aaira dengan Luth bersatu" puan Haliza menepuk bahu Aaira perlahan
















Keesokan paginya

"MANA boleh, Iqa dengan Aaira kan tetamu makcik, takkan makcik nak biarkan kamu berdua pula buat sarapan" puan Haliza cuba menghalang niat murni Aaira dan Syafiqah yang menawarkan diri untuk membuat sarapan pagi

"tak apa makcik duduk je dekat ruang tamu tengok tv ke buka facebook ke nanti sarapan dah siap Iqa panggil makcik, bukan selalu tau makcik kitaorang datang sini, time ni lah makcik boleh rasa air tangan Aaira dengan Iqa" Syafiqah membawa puan Haliza ke ruang tamu untuk berehat manakala Aaira sedang sibuk mengupas bawang untuk memasak bihun goreng.

Selesai mengupas bawang, Aaira mengambil lesung batu yang ada di tepi sinki, dia mula menumbuk bawang putih dan bawang merah yang telah siap di kupas.

Syafiqah juga mula masuk ke dapur selepas menghantar puan Haliza untuk duduk di ruang tamu

"aku nak buat apa ni?" tanya Syafiqah, al maklum lah dia tak nak tolong Aaira masak bihun goreng, nak bagi puan Haliza rasa air tangan bakal menantunya

"kau tolong jerang air, amik kettle tu" Aaira menunjukan pemanas air yang berada di kabinet batu sebelah kiri mereka.

Aaira mula memanaskan kuali dan memasukkan minyak kemudian dia mula menumiskan bawang yang telah ditumbuk sehingga lumat tadi.

Akhirnya siap juga bihun goreng dari chef Aaira dan air teh tarik buatan chef Syafiqah.

Aaira memangil puan Haliza untuk makan sementara Syafiqah menyediakan pinggan dan cawan untuk mereka bersarapan

"wah, siap ada hirisan telur atas bihun" puji puan Haliza semasa dia menapak ke meja makan dan ternampak bihun goreng yang telah siap dihidang

"Aaira saja letak hirisan telur nak biar bihun ni nampak menarik" balas Aaira sambil tersengih

"dah jom kita makan makcik" ajak Syafiqah setelah dia selesai meletakkan garpu pada pinggan mereka semua

"sedapnya Aaira masak" puji puan Haliza apabila dia menyuap bihun ke dalam mulut

"Aaira campak campak je ni makcik, tak sangka sedap" Aaira dah kembang semangkuk bila mendengar pujian dari puan Haliza.

Syafiqah pula hanya mampu menjeling Aaira yang tersengih sengih macam orang tak siuman bila dapat pujian daripada bakal ibu mertuanya.

Belum lagi dia dengar Luth yang memuji, kalau dia dengar confirm senyum sampai nak terkoyak bibir

"lepas sarapan ni jom makcik bawa kamu berdua jalan jalan keliling bandar melaka ni lagipun Aaira dengan Iqa baru pertama kali kan datang sini?" tanya puan Haliza

"haah makcik baru first time, bagus juga kalau makcik nak bawa kitaorang jalan jalan lagipun bukan kitaorang tahu sangat jalan jalan dekat sini walaupun ada google map" jawab Aaira

"kalau macam tu lepas sarapan, kita siap siap" Aaira dan Syafiqah balas dengan anggukan, mereka sambung makan sambil berbual kosong.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now