"kau teruskan jelah, aku tak larat ni" Yoonji tercungap-cungap sambil mengesat peluh.
Entah mimpi apa tiba-tiba Jimin ajak dia jogging masa cuti semester macam ni.
"baru 2 round dah penat? Nampak sangat kau dah lama tak jogging" balas Jimin.
"takde masa la, kau pergi la jogging sorang. Aku tunggu sini" Yoonji duduk di kerusi.
Jimin mengangguk dan menyambung kembali jogging. Yoonji mengeluarkan telefon bimbitnya, sementara nak tunggu Jimin siap jogging baik dia layan FB dulu.
(30 minutes later)
"hish, mana dia ni? Dah nak dekat sejam kot aku tunggu, happy sangat dapat jogging sampai taknak balik ke apa" Yoonji bangun dan mula mencari kelibat Jimin.
Sedang terpusing-pusing mencari kelibat Jimin, Yoonji ternampak satu susuk tubuh yang amat dia kenal sedang terbaring di tepi tasik. Yoonji terus berlari sepantas mungkin.
"Jimin! Open your eyes! jangan takutkan aku lah!" Yoonji sambil menepuk pipi Jimin yang macam nyawa-nyawa ikan. Yoonji pandang kiri kanan, langsung takde orang untuk dia mintak tolong. Jimin membuka matanya.
"badan aku lemah, takde tenaga" jawab Jimin perlahan.
"kenapa tak sarapan tadi?"soal Yoonji
"aku..aku dah lama tak hisap darah. Aku nak biasakan diri hidup tanpa hisap darah"ujar Jimin dengan berkerut.
Yoonji terdiam sekejap, macamana dia nak tolong ni. Hospital terdekat pun takde, kalau tak dia boleh rembat darah kat sana.
"benda tu nature lah, kau tak boleh nak elak" ujar Yoonji sambil membantu Jimin untuk duduk.
Muka Jimin yang begitu pucat amat merisaukanya. Melihatkan Jimin yang macam separuh mati, Yoonji mengigit jarinya sehingga luka dan meletakkan ke dalam mulut Jimin. Jimin yang tiada pilihan terpaksa menghisap darah dari luka di jari Yoonji.
Yoonji berkerut menahan kesakitan apabila taring Jimin terkena jarinya. Selepas beberapa minit Jimin melepaskan gigitanya pada jari Yoonji
"feel better now?" soal Yoonji sambil mengelap sisa darah di bibir Jimin. Perlahan-lahan mata merah Jimin bertukar menjadi warna hazel semula.
"kau ok ke tak ni?" Yoonji menyoal sekali lagi selepas melihat Jimin memandangnya tak berkelip. Tanganya dilambaikan di hadapan Jimin. Masih tak berkelip jugak.
"Jimin!!" kali ni Yoonji menjerit. Baru Jimin tersedar.
"I'm ok!....I'm ok!" ujar Jimin kalut.
"eh, rambut kau bertukar jadi hitam la! tunjuk Yoonji, selama ni rambut Jimin berwarna blonde.
Jimin menyentuh rambutnya, dah jadi hitam? Maksudnya dia dah....
"tangan kau...tunggu sini!" Jimin bangun dan menuju ke arah deretan kedai di tepi jalan.
"ish, kenapa aku berdebar-debar ni? Takkan aku suka dia kot, impossible..impossible. Dia kawan baik aku, hanya bestfriend, hanya best...uwaaa aku dah jatuh cinta kat dialah! Macamana ni?!" kata Yoonji sambil berguling-guling di atas rumput.
"kenapa kau terguling-guling ni? Sakit sangat ke tangan kau?"Jimin muncul bersama plaster di tanganya.
"taklah" jawab Yoonji, nasib baik Jimin tak dengar apa dia cakap tadi.
"I'm Sorry Yoonji, sebab aku, kau cedera lagi. Kau tak perlu cederakan diri sampai macam ni" Jimin melekatkan plaster di jari Yoonji.
"aku tak sampai hati tengok kau separuh mati macam tu. Aku panik tadi, tak boleh nak fikir apa-apa" balas Yoonji
"sayang jugak kau kat aku kan?" sengih Jimin.
"adalah sikit"balas Yoonji kembali.
"bunyinya macam sayang banyak" Jimin tersengih nakal.
"Jangan perasanlah!" Yoonji menampar bahu Jimin.
"eh kenapa kau berpeluh-peluh ni?" soal Yoonji selepas melihat muka Jimin yang dibasahi peluh. Dari tadi dia perasan.
"entah, lepas hisap darah kau tadi. Badan aku rasa panas" Jimin mengesat peluhnya.
"eh darah aku bersih okey, takde penyakit!" tegas Yoonji.
Jimin ketawa
"yang tu aku taulah. Lagipun darah kau manis, lain dari yang lain" Jimin mengenyitkan matanya.
"eii gatal lah kau ni!!" marah Yoonji.
Jimin kata darah dia manis? manis sangat ke? Dia sendiri pun tak pernah try.
"kau ada niat nak hisap darah aku lagi ke?"soal Yoonji
"kalau kau nak bagi apa salahnya" usik Jimin.
Yoonji membulatkan matanya, ingat dia baik hati sangat nak derma darah banyak-banyak kat Jimin?
"dahla jom balik. Aku nak sambung tidur ni" Yoonji bangun dan diikuti Jimin.
"kau kenapa? Pening kepala ke?" soal Yoonji selepas melihat Jimin masih berdiri di belakangnya, rupanya dia jalan sorang-sorang.
"kalau aku cakap sesuatu, kau marah tak?" soal Jimin.
Muka Yoonji berkerut, lain macam betul soalan Jimin.
Okey next part is the last part🏋️♂️
BINABASA MO ANG
[C] Vampire's Mate [PARK JIMIN : 박 지민 ]
FanfictionDi sebalik penampilan nya yang innocent, tiada siapa yang menyangka dia ialah seorang Vampire Termasuk kawan baiknya sendiri, Kim Yoonji
![[C] Vampire's Mate [PARK JIMIN : 박 지민 ]](https://img.wattpad.com/cover/228245622-64-k204248.jpg)