"betullah cakap kau, Sir Baek memang asyik pandang kau je dalam kelas tadi. Aku rasa something la dengan dia tu" kata Yoonji apabila mereka berdua sedang makan di kafe.
"see, aku dah cakap, Handsome sangat ke aku ni?"soal Jimin. Yoonji mencebik, perasan betul Jimin ni.
"oh please lah! Jangan perasan boleh tak?" kata Yoonji.
Mereka sama-sama ketawa
"eh kita dah lambatlah, mesti diorang semua ah berkumpul ni" kata Jimin sambil melihat jam di tanganya.
Harini kelasnya ada meeting tergempar, meeting nak pilih tema untuk majlis Annual Dinner yang akan datang.
"A'aa lah. Jom!" Yoonji dan Jimin terus bangun
****
Yoonji melangkah dengan laju, mesti Jimin dah tunggu. Di pertengahan jalan, dia disekat Seul Ki atau lebih dikenali sebagai 'buaya karat'
"kejaplah, nak pergi mana laju-laju macam ni?"tegur Seul Ki sambil berdiri di depan Yoonji.
Yoonji mengetap bibirnya, masa dia nak cepat ni lah buaya karat ni datang mengganggu.
"boleh ke tepi tak? Aku nak cepat ni!"marah Yoonji
"wow, garangnya. Macam ni lagi aku suka" Seul Ki memegang tangan Yoonji.
Dah lama dia syok kat Yoonji namun Yoonji tak pernah melayanya. Dengan pantas Yoonji menepis.
"jangan ganggu aku boleh tak? Sebelum aku tumbuk kau, baik kau blah" arah Yoonji.
Seul Ki ketawa mendengar kata-kata Yoonji. Tangan Yoonji dipegangnya
'Dushh!'- Seul Ki jatuh terduduk sambil memegang bibirnya yang berdarah.
"itulah namanya tumbukan wanita. Sedap tak? Itu baru sikit, aku boleh tumbuk sampai tercabut semua gigi kau tau" Yoonji tersenyum sinis sambil bercekak pinggang.
Baru je dia mengangkat tangan ingin menumbuk Seul Ki sekali lagi,
'Prettt!!'- bunyi wisel-
"alamak! Guard datang. Cabut!" Yoonji terus angkat kaki. Seul Ki juga terus bangun dan angkat kaki. Bahaya kalau kena tangkap dengan guard. Boleh kena tatatertib nanti.
***
"fuh, penatnya!" kata Yoonji sambil duduk di hadapan Jimin. mereka dah janji nak study sama-sama.
"kenapa ni?" soal Jimin
"aku tumbuk Seul Ki tadi, siapa suruh berani pegang-pegang tangan aku. Lepastu guard pula nampak, aku cabutlah!" ujar Yoonji
"dia pegang kau? Dia ganggu kau lagi?" soal Jimin.
Dah banyak kali Seul Ki asyik menganggu Yoonji
"dahla. Lupakan hal tadi, kita nak start dari mana ni?" soal Yoonji sambil membuka buku
"kenapa kau tengok aku macam tu?" soal Yoonji apabila Jimin melihatnya tak berkelip
"hidung..hidung kau berdarah" tunjuk Jimin.
Yoonji memegang hidungnya, ada darah. Ni mesti sebab dia berlari tengah cuaca panas tadi
"sikit je ni. Eh kenapa dengan kau ni?" soal Yoonji apabila melihat Jimin menjauhinya.
"aku..aku tak boleh nampak darah, nanti aku hilang kawalan. Cepat pergi dari sini!"arah Jimin.
Yoonji masih blur.
"cepat Yoonji! Nanti aku cederakan kau. Lari!" Jimin memegang kepalanya. Dia dah tak boleh nak kawal dirinya lagi.
"Jimin, are you okay?" soal Yoonji selepas melihat Jimin yang tiba-tiba diam.
Jimin mengangkat mukanya, matanya bertukar merah dan sepasang taring mula tumbuh.
Yoonji menelan liur, seram tengok Jimin yang sedang tersengih ke arahnya. Sepantas kilat Jimin menerkam ke arah Yoonji
"Jimin! Ni akulah, Yoonji! wake up!" jerit Yoonji sambil menolak dada Jimin. Sikit lagi taring Jimin nak kena lehernya. Dahla pondok bacaan yang dia ada sekarang takde orang lalu lalang. Memang takde orang akan menolongnya.
"Jimin! Kawal diri kau!" jerit Yoonji. Taring Jimin hampir-hampir mengenai lehernya, Jimin masih tak mempedulikan kata-kata Hyuna.
'Dushh!- Jimin berundur beberapa langkah ke belakang akibat ditendang Yoonji.
Yoonji menggosok bahunya yang sedikit pedih akibat dicengkam Jimin. Jimin yang melihat Yoonji yang sedang leka menggosok bahu terus meluru ke arah Yoonji
"Arghh!!"
Please leave your comment & vote guys 😘
ŞİMDİ OKUDUĞUN
[C] Vampire's Mate [PARK JIMIN : 박 지민 ]
Hayran KurguDi sebalik penampilan nya yang innocent, tiada siapa yang menyangka dia ialah seorang Vampire Termasuk kawan baiknya sendiri, Kim Yoonji
![[C] Vampire's Mate [PARK JIMIN : 박 지민 ]](https://img.wattpad.com/cover/228245622-64-k204248.jpg)