PART 10

493 35 18
                                        

"Jimin..Jimin bangun"Yoonji menepuk perlahan pipi Jimin yang sedang tidur. Jimin membuka matanya.

"Yoonji! Macamana kau tau aku kat sini?"soal Jimin.

"aku nampak Sir Baek keluar dari sini tadi, aku syak something. So, aku masuklah, tak sangka kau ada dalam ni"  ujar Yoonji sambil membuka ikatan kaki Jimin.

"well..well, tengok siapa yang datang"

satu suara sinis menegur. Yoonji berpaling ke belakangnya.

"who are you actually?" soal Yoonji.

"nama aku Baek Hanki, aku merupakan seorang Vampire Hunter. Tugas aku, hapuskan orang belakang kau tu" ujar Hanki.

Vampire Hunter? Patutlah selama ni Hanki bersikap pelik, asyik pandang semacam bila dia bersama Jimin.

"No! Aku takkan benarkan kau apa-apakan dia!"Yoonji mendepangkan tanganya.

"Yoonji, selamatkan diri kau dulu" ujar Jimin.

"hello Yoonji, sedarlah sikit! Dia bukan manusia biasa macam kita tau. Dia boleh bunuh kau tau tak!" marah Hanki.

"no, dia baik lah! Dia takkan apa-apakan aku!"Yooji mempertahankan Jimin.

"ooo tak apa-apakan kau? Parut kat lengan kau tu apa?" soal Hanki.

Yoonji terdiam.

"aku perlu bunuh dia, dia tu bangsa pembunuh tau tak? Korang jangan ingat aku tak tau pasal Seulki, walaupun Jimin terbunuh Seulki sebab nak mempertahankan kau, tindakan dia tetap tak boleh diterima"  ujar Hanki.

Yoonji tersenyum sinis.

"Oo kau nak cakap dia bangsa pembunuh, habis tu kau apa? Dah berapa ramai Vampire kau bunuh? Bukan tu bermaksud kau pun sama macam mereka? bangsa pembunuh. kalau macam tu kau pun patut dibunuh" balas Yoonji dengan berani.

Giliran Hanki pula terdiam.

"tak semua Vampire tu jahat, Jimin tak pernah cederakan manusia. Seulki tu mangsa pertama dia, tu pun tanpa disengajakan. Tolonglah lepaskan dia" rayu Yoonji.

"no! Aku tak boleh lepaskan dia. Ini tugas aku, ke tepi!" arah Hanki. Yoonji tetap tak berganjak.


"Yoonji, baik kau ke tepi. Nanti kau cedera"arah Jimin. Yoonji buat-buat tak dengar.


"ke tepi atau kau pun terima nasib yang sama macam dia. Jangan cabar aku" ugut Hanki sambil memegang pedangnya.

Yoonji sedikit pun tak takut melihat arus elektrik yang mengalir dari pedang tersebut.

"ok, kau yang paksa aku" Hanki menghunuskan pedangnya ke badan Yoonji. Tak sampai beberapa saat Yoonji jatuh tergolek.

"Yoonji!!" jerit Jimin.

Hanki ketawa dan menghalakan pedang ke arah Jimin.

"kau memang tak guna!!"Jimin mula mengamuk. Matanya bertukar merah dan taringnya dah muncul, tali yang mengikat badanya tertanggal.

"finally, showing your true colour huh?" Hanki menyoal sinis. Dengan pantas Jimin menerkam ke arah Hanki dan mereka mula bergelut. Jimin jatuh tergolek apabila ditendang Hanki, belum sempat dia bangun, satu tusukan pedang mengenai dadanya menyebabkan dia jatuh kembali.

Pandanganya mula gelap.

"I'm Sorry" ujar Hanki perlahan.

******
"macamana ni? sekarang dua-dua dah hilang"kata En Kim.

"rasanya lebih baik kami berterus-terang" ujar En Park.

"terus terang pasal apa?"soal Pn Kim pula.

"sebenarnya Jimin bukan manusia normal macam Yoonji. Dia seorang Vampire" ujar En Park. Rasa bersalah terhadap Eomma dan Appa Hyuna kerana tidak menceritakan perkara sebenar. En dan Pn Kim berpandangan sesama sendiri.

"Vampire? selama ni kami tengok dia normal je" ujar Pn Kim.

"half Vampire. Dia cuma akan bertukar menjadi Vampire bila nampak darah dan terlampau marah" terang Pn Park.

"yeobo, Yoonji mesti dalam bahaya sekarang. Kita kena cari dia" Pn Kim memegang tangan suaminya.

"kita nak cari kat mana?"soal En Kim. Dia pun tak tau nak mula dari mana.

"kalau jadi apa-apa, kami akan bertanggungjawab sepenuhnya" ujar En Park.

[C] Vampire's Mate [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now