"maaf encik, ni hospital kalau ada apa apa masalah sila bincang di luar" tutur Aaira sopan

"kau jangan masuk campur, ni hal suami isteri!" jerkahan sang suami buatkan Aaira naik bengang, dah kenapa dia pula yang kena tengking

"memang betul, ini hal suami isteri tapi kalau dah satu tingkat ni boleh dengar encik rasa hal suami isteri ke? Ini hospital, ramai pesakit yang memerlukan ketenangan untuk berehat" Aaira menahan suara daripada memarahai lelaki di hadapannya

"kau diam lah!" lagi sekali lelaki itu menjerit sehingga menarik perhatian orang ramai yang sudah menjadi penonton sejak dari tadi tapi tak ada seorang pun yang datang bantu Aaira.

Ini lah orang zaman sekarang menjadi penonton tanpa berbuat apa apa, bila dah jadi sesuatu yang buruk baru lah gelabah nak tolong.

Bila lelaki itu mula menarik tudung si isteri dan hampir menyeretnya, Aaira tak boleh diamkan diri.

Tumbukan di lepas pada lengan si lelaku buatkan gengaman pada tudung si isteri terlepas, Aaira pantas menarik wanita itu di belakangnya

"woi doktor, kau ni memang dah melampau" hampir sahaja dia naik tangan untuk menampar Aaira, namun di halang oleh seseorang

"bawa bersabar, encik tak boleh sesuka hati nak cederakan kakitangan hospital " datang Hafiz entah dari mana menenangkan keadaan, kalau dia lambat sesaat agaknya Aaira sudah menerima tamparan lelaki ini

"doktor dekat hospital ni memang suka masuk campur hal rumah tangga orang, jaga hal sendiri la doktor" Hafiz tayang wajah menyampah

"isteri aku ni tak pandai jaga anak, anak seorang saja. Itu pun dah terlantar sebab jatuh dari basikal. Menyesal aku kahwin dengan perempuan ni" istighfar Aaira mendengar, mana sifat belas lelaki ini.

"encik ingat tugas jaga anak tu hanya tugas isteri je ke, suami? Hanya tahu buat anak, macam tu" Aaira membidas tajam.

Geram mendengar jawapan Aaira yang boleh di kategorikan sebagai biadap, dia cuba mendekati Aaira namun dihalang oleh Hafiz

"kalau encik berniat nak apa apa kan kawan saya, saya tak teragak agak untuk suruh nurse telefon polis atas kesalahan menganggu ketenteraman awam" Hafiz  berani mengugut bila di buat perbandingan saiz badan lelaki itu dengannya, jelas nampak yang dia lebih tegap.

Terhenti pergerakan lelaki itu bila mendengar perkataan polis

"pengawal keselamatan akan iring encik ke luar, tentang anak biar isteri encik yang jaga" sambung Hafiz lagi, tak lama kemudian datang 2 orang pengawal keselamatan mengiring lelaki itu keluar dari kawasan hospital

"Aaira kau okay kan?" soal Hafiz

"aku okay je" jawab Aaira sambil tersenyum

"puan okay tak?" tanya Hafiz pada wanita yang ditengking oleh suaminya tadi.

Wanita itu hanya balas dengan anggukkan dan senyuman kecil

"kalau tak ada apa apa, aku pergi check pesakit" kemudian dia melihat Hafiz berlalu pergi begitu juga yang melihat drama tak berbayar tadi, semuanya beransur pergi

"terima kasih sebab tolong saya" Aaira memandang empunya suara, rupanya wanita yang telah dimarahi oleh suaminya tadi mengucapkan terima kasih

"sama sama, suami puan tak berhak nak marah. Benda ni jadi di luar kuasa kita, siapa kita nak menidakkan ketentuan allah" matang sungguh bicara Aaira

"iya, maafkan saya sebab dah susahkan doktor" rupa dan tutur wanita ini sangat lemah lembut, buatkan Aaira kesian melihatnya.

Macam mana wanita yang secantik dan selembut ini boleh dapat suami yang kasar macam tu, dia memang anti dengan lelaki yang berani meninggikan suara pada wanita apatah lagi lelaki yang naik tangan, memang dia takkan duduk diam bila melihat kaum hawa sepertinya teraniaya

"tak susah, saya yang tampilkan diri secara rela untuk bantu puan" Aaira tersenyum manis.

Wanita itu kagum melihat Aaira kerana berani melontarkan suara membela orang awam sepertinya

"saya pergi dulu ya puan, nak periksa pesakit, kalau ada apa apa masalah boleh berhubung dengan doktor atau nurse berdekatan, saya minta diri" Aaira sempat bersalam dengan wanita itu sebelum dia beredar menuju ke wad
















"SAMPAI macam tu sekali suami dia marah isteri dia?! kalau aku ada dekat situ memang aku lanyak suami dia cukup cukup" geram sungguh Syafiqah bila mendengar cerita Aaira tentang kejadian di hospital tadi.

Nasib dia dekat tingkat lain tadi kalau dia ada sekali, dah lama lelaki itu dapat sebiji dua penumbuk dari dia

"aku pun tahan je sebab fikir etika kerja, kita kena hormat waris pesakit kalau tak dah lama dia makan kasut aku tadi" jawab Aaira geram.

Ketika ini mereka berada di sebuah cafe, lepas maghrib tadi Syafiqah whatsaap dia ajak keluar, malas nak masak katanya.

Ingin sekali Aaira membebel, kalau dah tahu malas masak kenapa duduk rumah sorang, duduk lah dengan keluarga tapi dia pendam kerana dia tahu Syafiqah seorang wanita yang berdikari

"kau tak rindu captain kau?" terpacul soalan mengenai Luth Haiyyan buatkan Aaira termenung

"buat apa rindu orang yang tak nak dekat kita" lemah Aaira menjawab

"aaik takkan mudah sangat Aaira Nasrin mengalah" sakat Syafiqah

"bukan mengalah cuma nak rehat sekejap daripada Luth Haiyyan, bagi aku cool down, sekarang bila kau sebut nama dia, hati aku dah tak melonjak macam selalu" jujur, selalu bila sesiapa saja sebut nama Luth, dia akan teruja tapi selepas kejadian Luth menolaknya, hatinya terluka tak berdarah

"rawat hati kau dulu Aaira, inshaallah aku dengan Arshad akan tolong kau" Aaira terharu bila Syafiqah sentiasa ada dengannya tak kira susah mahupun senang.

Ini yang buat dia lagi sayang pada wanita bernama Syafiqah Hani

"thanks Iqa, terharu pula aku" kata Aaira sebak

"eh, kau jangan nak melalak kat sini pula, tak kuasa aku nak pujuk kau, kita dekat cafe. Simpan tangisan palsu kau tu" gurau Syafiqah

"kau ni potong mood betul la, aku baru nak feeling sedih" terus tak jadi dia nak buat drama air mata

"dah cepat habiskan makanan kau, cepat habis cepat kita balik cepat lah aku tidur, esok kerja" bebel Syafiqah.

Aaira buat pekak seolah olah tak dengar bebelan sahabatnya, dia terus menyuap chicken grill yang di pesan sehingga licin

"dah apa lagi, pergi lah bayar aku dah habis makan" arah Aaira, tadi sibuk membebel lepastu termenung

"ala... bukan kau belanja ke?" Syafiqah buat muka sedih

"ah tak ada, kau yang ajak makan, kau yang bayar" Aaira menggerakkan hari telunjuk ke kiri dan ke kanan

"ish.. yela" akhirnya Syafiqah akur, dia bangun dan berjalan ke kaunter untuk membayar makanan mereka berdua

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora