Inho menopang dagunya di meja. Dia duduk termenung memikirkan nasibnya.
Suatu helaan nafas panjang ditarik. Inho berteleku sendirian.
'Haih... Apa aku nak buat ni. Mana lagi aku nak cari kerja nie. Dah merata tempat aku mintak, tapi satupun tak dapat. Apa, Muka aku ni macam tak boleh buat kerja ker, ' getus hatinya.
Dikenang kembali saat-saat dia mencari kerja sebelum ini.
Dia memasuki sebuah kedai baju. Saat menerpa sebuah kedai, dia menyoal seseorang.
"Maaf cik, kat sini ada kerja kosong tak?"
Wanita itu menelitinya dari atas hingga ke bawah.
"Erk, encik nak kerja sini ker? "
Inho mengangguk yakin.
"Maaf encik, kami hanya menerima pekerja wanita. "
"Yeke?"
Inho berubah riak wajah suram.
Inho beredar dari situ. Wanita itu sekadar memandang simpati.
Sempat juga dia berbisik, "jangan gi tukar jantina sudahlah dik sebab sini kerja perempuan jek."
Ok Tak lawak. Haha.
Inho tidak mengalah, dia terus mencari kerja. Kali ini dia menyinggah pula di sebuah kedai Farmasi.
"Maaf encik. Tolong terima hakikat." Wanita di kaunter itu memujuk.
Pemilik kedai itu jelaskan dia hanya mencari keahlian dalam bidang perubatan. Tetapi Inho bukan graduan course tersebut.
Akhirnya datang Security Guard yang memujuk Inho.
Inho berlalu lagi dengan perasaan hampa. Dalam hati mengomel lemah. 'Haih... Asal la tak ada sorang nak aku?'
'Apa yang kurang aku ni? Rupa ada dah. Hensem pun hensem, badan pun sado, personaliti aku pun menarik.' Haha.
Dia meneliti tubuhnya, lalu tetiba datang seekor lalat hinggap di bajunya.
Kemudian barulah Inho sedar. Dia memang tidak layak mendapat kerja pun.
Dengan berbaju putih lengan pendek dilitupi jaket kulit hitam bersama seluarnya yang koyak rabak, dah macam nak pergi ujibakat pula. Siapa pula akan menyangka bahawa dia adalah budak lepasan universiti. Siap berselipar lagi, gayanya amat santai sahaja.
Inho pulang ke rumah setelah misi hari keduanya mencari kerja tiada berjaya.
Krik... Krik...Krik...
Dia akhirnya terlelap di meja itu.
Bersambung...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.