"Prof..." panggil satu suara.

Qarizh melirikkan matanya ke arah si empunya suara. Oh, si Amirul sudah datang rupanya. Jadi, rupa-rupanya kaulah yang mengacau momen indah aku dan Aralyn. Nasib baik kau, kalau Rayyan memang aku panah sampai keluar Galaksi Bima Sakti!

"Amirul..." sahut Qarizh perlahan.

Amirul, si budak cengeng kuasa dua sekali gus merangkap sebagai penyelamatnya kali ini. Menurut Dr. Wahab yang merawatnya, Amirul yang mendermakan darah kepadanya di saat tiba-tiba dia berada dalam keadaan kritikal.

Kerana keunikan darahnya, hanya Amirul sahaja yang dapat menyelamatkan nyawanya. Terima kasih, Gamer. Nampaknya, aku dan kau memang ditakdirkan untuk menjadi saudara sedarah. Blood brotherhood, mungkin.

Awraq yang berada di samping Amirul juga dilirik perlahan. Jejaka The Slayer itu tersenyum nipis kepadanya. Aduhai, bagusnya kamu ini anak. Kau memang anak buah aku yang paling taat dan mengambil berat ya, Awraq.

Adwan apa khabar? Ingin saja dia bertanyakan khabar Adwan si Master yang teruk dikerjakan oleh Spade, namun pertanyaannya itu tidak terluah dek Amirul terlebih dahulu memeluknya kejap bagai tidak mahu melepaskannya sampai bila-bila.

"Amirul..." Qarizh akhirnya membiarkan sahaja perbuatan budak tersebut. Asal jangan tertekan luka aku, sudah! Sakit woo...

"Isk. Isk. Prof... Miyul minta maaf.  Huargh... Miyul akan jadi berani. Miyul tak nak gayat dah..." Tersedu-sedu Amirul menangis di atas dada bidang Qarizh.

'Miyul?' Qarizh pandang Awraq, meminta penjelasan.

'Sorry King, aku beritahu dia.' Serba salah, Awraq bertutur tanpa suara. Sempat kedua-dua tangannya ditelangkupkan dan dibawa ke hidung, persis meminta ampun.

Haih. Qarizh melepaskan keluhan berat. Apa boleh buat, si Amirul The Gamer akhirnya tahu juga siapakah dirinya yang sebenar. Tidak apalah, paling tidak kau dan aku sudah tidak berhutang apa-apa lagi, Amirul.

"Sudahlah Amirul, berhenti menangis. Kau ni, tak malu ke besar-besar masih menangis. Kalau kau tu perempuan macam Aralyn tak apalah," bisik Qarizh kepada Amirul.

Sengaja dia tidak bercakap kuat, malulah dia dengan Aralyn yang membulat saja matanya melihatkan adegan Amirul memeluknya. Jangan Aralyn ingat dia gay, sudahlah. Kempunanlah dia nak kahwin dengan Aralyn nanti!

"Er... aku minta diri dululah." Perlahan-lahan, Aralyn bangun dari kerusi lalu bersedia untuk menapak keluar. Tidak betah dia berlama-lama di situ, lagipun Amirul dan kawan Qarizh sudah datang.

"Sekejap..." panggil Qarizh.

"Em?" Aralyn memberhentikan langkah.

Sempat saja dia melihat kembali wajah Qarizh. Erm, nampak macam agak okey berbanding semalam. Takut dia melihatkan wajah pucat tidak berdarah jejaka tersebut. Hari ini, legalah sedikit hatinya melihat Qarizh sudah boleh tersenyum.

"Dalam tu." Qarizh menunjuk ke arah almari.

Mengikut arahan, tanpa banyak soal Aralyn bergerak ke arah almari yang ditunjukkan. Pintu almari dibuka dengan perlahan lalu segenap ruang diperhatikan. Apa sebenarnya yang Qarizh mahukan?

"Kau nak apa?" soal Aralyn lalu berpaling semula kepada Qarizh.

Hai Amirul, untunglah kau dapat peluk Qarizh. Geram pula dia menengok si Amirul menempel  bagaikan lintah rindukan darah saja gayanya. Aku sedikit cemburu, tahu? Huh, Aralyn Awliya. Kau sudah sewel ya dikerjakan oleh Qarizh Zahwan?

"Kotak kecil," beritahu Qarizh.

Mendengar jawapan Qarizh, Aralyn kembali memusatkan perhatiannya kepada isi almari. Kemas saja isi almari yang digantung dengan sepasang pakaian dan beberapa jenis barangan Qarizh. Dan itu dia... semuanya barangan berjenama. High taste betul kau, Qarizh.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now