02 E.L.P.🍁.M

22 5 9
                                    

SEORANG budak lelaki sedang menghampiri sekelompok remaja yang seusianya. Dia ingin sekali mempunyai teman dan bermain bersama mereka.

"Kau orang, aku nak main jugak..." Sapaan itu menyebabkan beberapa pasang mata tertumpu ke arahnya.

"Eh, budak misteri tulah. Jom lari!"

Wajah Ekram berubah mendung apabila kehadirannya tidak disukai oleh majoriti penduduk di situ. Dia memandang sebiji gasing yang berada dalam genggaman. Dia mengeluh sambil menatap dedaunan maple yang kering di lantai tanah.














"KAU dah gila ke, Ali? Itu Dark Houselah. Salah satu tempat yang kita tak boleh pergi apatah lagi masuk ke dalamnya. Dah ramai orang kampung kita hilang di sana."

Jef memujuk, "Alah, Maman. Time-time macam nilah kita bongkarkan misteri di sebalik Dark House tu."

"Ha'ahlah, Maman dan aku akan pastikan yang kita takkan lama dalam rumah tu. Percayalah."

Maman masih ragu-ragu dengan apa yang Ali dan Jef katakan.

"Tapi... kau orang tak takut ke kalau-kalau orang kampung kita tahu pasal benda ni? Habislah kita nanti..."

"Orang kampung takkan tahu kalau salah seorang daripada kita tak bocorkan rahsia." Ali menegaskan.

Dalam keterpaksaan, Maman bersetuju juga.
































PAGAR besi yang telah berkarat itu dipanjat oleh tiga sahabat.

"Jef, bagi aku tali." Jef segera menyuakan segulung tali kepada Ali.

Tiada seorang pun yang menyedari akan aktiviti mereka itu sedang diperhatikan oleh 'sesuatu'. Ia berada tidak jauh dari situ.

"Maman, cepatlah masuk." Jef bersuara.

"Err... aku takutlah. Aku rasa macam ada yang perhatikan kita sekarang ni," ujar Maman pula.

"Ah, itu cuma perasaan kau saja. Jomlah cepat."

Jef mengangguk beberapa kali tanda menyetujui akan kata-kata Ali. Sedangkan hati Maman masih berbelah bahagi. Kegusarannya semakin menebal. Seolah-seolah ia sebagai alamat bahawa mereka di ambang bahaya.

Tiba-tiba...

"Kau orang buat apa dekat sini?"

Ali, Jef dan Maman berpaling serentak.

"Argh, hantu!" Ketiga-tiga budak lelaki yang berumur 16 tahun itu lari lintang-pukang selepas melihat kewujudan Ekram, si budak gasing yang misteri.

















BEBERAPA hari kemudian...

"Makan sikit, Ali. Kamu dah tiga hari tak makan nasi." Aliya memujuk si anak untuk kesekian kalinya.

Ali menggeleng sebelum memalingkan tubuh menghadap tingkap kamar tidurnya.

"Ali, janganlah macam ni. Kamu mesti makan. Dua tiga suap pun jadilah."

Tiada tindak balas daripada remaja berkenaan. Hal itu menyebabkan sang ibu dirundung kerisauan yang menggunung.

Pinggan nasi ayam tadi dibawa keluar lalu diletakkan di atas meja makan. Kemudian, Aliya mencapai telefon pintarnya sebelum menghubungi seseorang.

Tut. Tut.

"Hello..." Pangilan bersambung.

"Kak Julia, kita jumpa sekejap di tempat biasa, sekarang. Ada benda yang saya nak beritahu. Hurm... saya juga akan ajak Kak Mun sekali."









E.L.P.🍁.M✔️Where stories live. Discover now