SYAH dan Aaron berlari ke dalam sebuah kebun kecil di hujung Kampung Paya Bakau. Mereka sedang mengejar akan sesuatu.
"Di sana!"
"Shh. Jangan menjerit, Aaron. Nanti dia lari."
Sebatang lastik disasarkan ke arah seekor binatang kecil yang berkaki empat serta berwarna coklat.
"Pastikan kau lastik tu biarlah tepat."
Syah menggulingkan bebola mata seketika tatkala Aaron berkata sedemikian sebelum melepaskan sebiji guli dari lastiknya.
Malangnya, ia tersasar. Arnab itu masuk ke dalam lubang di bawah pohon maple.
"Aish. Kau ni, Syah. Tengok tu, kan tak dapat. Arnab tu pun dah lari dah."
"Eh, eh kau ni. Kau senyap sikit boleh tak?"
Syah memerhati kawasan kebun berkenaan. Dia mengamati pepohonan yang terdapat di situ. Ia sememangnya pokok maple. Tidak syak lagi. Tapi siapa pula yang tanam?
"Wei, Syah. Kau tengok ni apa yang aku jumpa."
Kedua sahabat itu telah menemukan sebuah pintu masuk di bawah sebuah pohon kering. Mereka berpandangan seketika.
"Kita masuk dalam ni, nak?" ajak Syah spontan. Namun, Aaron menolak mentah-mentah.
"Ah, tak naklah aku. Entah-entah ada ular besar dalam tu. Bikin naya kita saja."
"Alah, kau ni. Mengaku sajalah yang kau tu... penakut. Okeylah, aku nak masuk. Kau jangan tinggalkan aku pulak."
Aaron mengangguk sahaja.
Syah bersusah payah menyelinap masuk ke dalam lubang berkenaan. Manakala Aaron pula, meninjau keadaan di sekeliling mereka.
Tidak jauh dari situ, ada sebuah bunyi aneh yang datangnya dari arah semak samun di hadapan.
Aaron sudah kecut perut.
"Syah, ada baiknya kita keluar dari tempat ni. Aku rasa tak sedap hatilah."
Si kawan yang baru sahaja menjejakkan kaki ke permukaan ruangan asing tersebut menyahut pula, "Sekejaplah, Aaron. Aku baru masuk ke sini. Takkan dah nak balik?"
Duk! Bunyi seakan-akan benda berat yang terjatuh telah mengakibatkan Syah dihurung ketakutan. Apatah lagi muncul sebuah bayangan hitam di hadapannya.
"Aaron, tolong aku!"
Tatkala Aaron baru sahaja ingin menarik Syah keluar, anak muda itu ditangkap dek sesuatu.
Tanpa membuang masa, Aaron membuka langkah seribu. Akan tetapi apabila dia 'tembus' ke tengah jalan raya, ia mengakibatkan tubuhnya dilanggar dengan sebuah kereta.
"MACAM mana keadaan budak tu, doktor?" soal Ben yang tampak kerisauan.
"Hmm... tubuhnya masih lemah. Dia juga kehilangan banyak darah. Mujurlah tengkorak kepalanya tidak pecah disebabkan pelanggaran itu."
"Maafkan saya, doktor. Tapi saya betul-betul tak sangka yang dia nak berlari di tengah-tengah jalan macam tu."
"Tak mengapalah, Encik Ben. Tapi encik kena hubungi keluarga si mangsa dengan segera," pesan Doktor Kent seketika sebelum keluar dari ruang berkenaan.
Ben duduk di kerusi yang disediakan di situ sambil berfikir akan hal yang berlaku sejam yang lalu.
'Kenapa kau boleh ada di situ, budak? Kalau kuingat-ingat semula, muka kau ketakutan. Siapa yang kejar kau?' monolog Ben seketika sebelum mendail sebuah nombor.
YOU ARE READING
E.L.P.🍁.M✔️
Short Story🚫FIKTIF BELAKA🚫 🚫TAK ADA SERAMNYA. PERCAYALAH🚫 🚫JANGAN TAKSUB SANGAT. ALLAH MAHA BERKUASA🚫 🍁🍁🍁🍁🍁 Jangan suka-suka menceroboh masuk ke dalam kebun orang. Takut jadi macam Aaron dan Syah. "Syah, ada baiknya kita keluar dari tempat ni. Aku r...
