BAB 6

22.8K 1.6K 334
                                    

"LISA!"

Lisa yang sedang duduk di meja kaunter sambil bermain telefon bimbit itu menoleh.  Bibir yang tercalit lipstick merah jambu itu mengukir senyum.  "Hai mama.  Tak keluar ke hari ni?"

"Malas.  Awal balik.  Kelas dah habis?" soal Datin Rozi seraya mengambil tempat di hadapan anak gadisnya itu. 

Lisa kerut dahi sedikit.  Masa yang tertera pada skrin telefonnya dilihat.  "Awal?  Biasa je.  Kan Lisa memang balik pukul dua gitu.  Mana ada awal," ujarnya.

Datin Rozi angguk kecil.  Gelas kosong di tengah meja kaunter itu dicapai lalu dituang jus oren ke dalamnya.  "Mama ada benda nak cakap dengan Lisa," ujarnya setelah setengah gelas jus oren diminumnya. 

"Apa dia?"

"Sebelum tu, mama nak tanya.  Lisa sayang mama kan?"

Terjongket kening Lisa apabila soalan itu diajukan.  "Mestilah sayang.  Mama kan, mama Lisa.  Takkan tak sayang pula."

"Kalau macam tu, ikut apa yang mama cakap ni.  Boleh?" Datin Rozi ukir senyum penuh makna. 

"Apa dia?" soal Lisa ingin tahu.  Telefon bimbitnya disimpan ke dalam poket seluar jeans yang dipakai.  Dia menumpukan perhatian kepada Datin Rozi.

"Mama nak Lisa rampas Danny daripada bini dia."

"HuhWhat?  Rampas abang Danny?" soal Lisa.  Dia tidak tersalah dengar ke? 

Datin Rozi mengangguk.  "Pisahkan diorang."

"But whyDiorang okay, sepadan.  Kenapa Lisa nak kena pisahkan diorang?" soal Lisa.  Pelik dengan arahan yang diberikan oleh mamanya.

"Mama nak Danny tu derita.  Mama tak suka tengok dia bahagia," jelas Datin Rozi.  Ya, sejak dulu lagi dia tidak suka melihat anak tirinya itu bahagia.  Kematian Razia, iaitu mama kandung Danny yang juga merupakan sahabat baiknya, bukanlah kerana kanser yang dihidapi wanita itu.  Tetapi dia yang telah mengupah doktor yang merawat Razia untuk menyuntik sesuatu ke dalam tubuh wanita itu.  Dan laporan kematian juga dipalsukan.  Tujuan dia melakukan sebegitu adalah kerana mahu merampas Datuk Rizalman.  Dia tak nak bermadu, jadi dia membuat keputusan untuk membunuh wanita itu.  Easy right?  Dan kematian adik Danny, Rafael Danish juga adalah rancangannya.  Dia sudah merancang segalanya daripada awal lagi.  Cuma Danny sahaja yang agak sukar untuk dia hapuskan. 

"No.  Lisa tak nak.  Lisa tak sejahat tu nak meruntuhkan rumah tangga orang lain," bidas Lisa.  Dia turun daripada kerusi yang menjadi alas punggungnya itu.  Tidak betah mahu berlama di dapur itu.

"Lisa kena ikut cakap mama!  I'm your mom!" tegas Datin Rozi.  Wajahnya mula menyinga.

"Lisa tak nak!  Jangan paksa Lisa buat benda yang Lisa tak nak!" bentak Lisa. 

Datin Rozi semakin berang apabila anak gadisnya itu tidak mahu mengikut arahan daripadanya.  Dia turut bangun daripada kerusi.  "Derhaka sekarang ni kan?"

"Derhaka apa mama?  Mama suruh Lisa buat sesuatu untuk runtuhkan rumahtangga abang Danny!  Mama rasa Lisa patut ikut ke arahan mama tu?  No!" Tegas Lisa. 

"Kau tak dengar arahan aku, kau anak derhaka!" Tempelak Datin Rozi. 

Lisa ketawa sinis.  "Arahan mama bukanlah arahan yang patut Lisa patuh.  Lisa memang bodoh hal agama.  Tapi Lisa tahu pasal ni.  Lisa cuma perlu ikut setiap arahan mama jika ianya tidak bercanggah dengan hukum!"

"Kau nak mengajar aku?  Huh?" Datin Rozi bergerak menghampiri Lisa. 

"Mama nak buat apa ni?" Lisa berundur sedikit ke belakang. 

RAYFAL DANIEL : Mr Sweet Mafia (TERBIT PBAKL 2024)Where stories live. Discover now