BAB 3

32.3K 1.7K 303
                                    

"SAYANG..."

Aifa yang sedang mencuci pinggan mangkuk kotor itu menoleh sedikit.  Bibir terus mengukir senyum melihat si suami yang sedang memeluk pinggangnya itu.  "Kenapa abang?" soalnya lembut. 

"Sayang okay?" soal Danny.  Dagunya dilabuhkan di bahu Aifa.  Dicium sekilas pipi isterinya itu.

"Okay.  Aifa okay.  Kenapa?  Aifa nampak macam tak okay ke?"

"Perut sakit lagi?" soal Danny prihatin.  Perut isterinya diusap lembut dengan tapak tangan.  "Sakit lagi tak?"

"Tak.  Dah okay dah.  Sakit sikit je.  Kan Aifa dah sapu minyak angin tadi.  Dah tak sakit.  Janganlah risau sangat," ujar Aifa.  Pipi si suami dikucup sekilas. 

"Jangan sakit-sakit lagi tau.  Abang takut.  Abang risau." Lirih Danny bersuara.  

Aifa tersenyum tipis.  "Aifa okay.  Janganlah risau.  Abang tak pergi kerja ke?  Ni dah lebih pukul dua.  Nanti lambat masuk pejabat." Dia cuba mengubah topik perbualan.  Pinggan yang sudah dicuci bersih itu disusun di atas rak yang tersedia.  Dia kemudiannya membilas tangan di bawah aliran air paip lalu dilap pada kain bersih yang tergantung di tepi tingkap dapur. 

"Tak.  Kerja abang dah siap tadi.  Tak ada apa yang penting dah.  Sebab tu abang balik awal.  Kenapa?  Tak suka abang ada kat rumah?" soal Danny.  Tubuh Aifa dipusingkan menghadapnya.  Tangan yang tadinya memeluk pinggang isterinya beralih tugas dengan mengepung tubuh kecil wanita itu. 

Aifa tergelak kecil.  "Aifa tak cakap pun tak suka abang ada kat rumah.  Aifa ingatkan je.  Suka fikir buruk tau.  Cubalah husnudzon sikit."  Hidung Danny ditariknya lembut. 

Danny tersengih.  Hidungnya dilagakan dengan hidung Aifa.  "Nanti petang kita keluar ya?"

"Pergi mana?" soal Aifa.  Kedua tangannya dilingkarkan ke leher Danny.  Ibunya sudah masuk ke bilik, jadi tiada sesiapa akan melihat dia bermanja dengan suaminya itu.

"Pergi ke istana cinta kita," jawab Danny selamba.  Sebelah matanya dikenyit. 

Mengecil mata Aifa mendengar jawapan suaminya.  "Mana ada istana cinta.  Terlebih tengok cerita dongeng ke?" soalnya.

Danny tergelak besar.  Bibir Aifa dicium sekilas.  "Yalah.  Nak sweet pun tak boleh.  Nak ajak Aifa pergi shopping lah.  Kan dah lama abang tak bawak isteri abang ni jalan-jalan.  Sian dia duduk rumah je," jelasnya.

"Ibu?"

"Kita bawalah ibu sekali.  Bukan susah pun."

Aifa mengangguk kecil.  "Abang..." Dada suaminya diusap lembut.

Dahi Danny berkerut dengan tingkah isterinya itu.  Lagi-lagi mendengar suara wanita itu yang meleret.  Tangan Aifa yang sedang mengusap dadanya dipandang sekilas sebelum dia kembali memandang ke wajah wanita itu.  "Kenapa ni?  Mahu baby ke?" soalnya selamba.

Pudar senyuman di bibir Aifa apabila mendengar soalan tersebut.  Dada suaminya terus ditampar.  "Bukanlah.  Ke situ pulak dia fikir."

"Habistu manja lain macam je.  Ingatkan nak ajak abang buat baby," balas Danny bersama sengihan nakal.

Mencerlung mata Aifa memandang suaminya itu.  Pinggang Danny dicubit kuat.

"Aduh sayang, sakitlah." Danny mengusap lembut pinggang yang menjadi mangsa cubitan isterinya. 

"Mafia kan?  Takkan kena cubit dah sakit.  Hahaha!" ujar Aifa selamba.  Dia terus meloloskan diri daripada kepungan Danny dan melangkah meninggalkan suaminya. 

RAYFAL DANIEL : Mr Sweet Mafia (TERBIT PBAKL 2024)Where stories live. Discover now