BAB 5

23.7K 1.6K 372
                                    

KERETA yang dipandu oleh Danny membelok memasuki perkarangan sebuah rumah banglo dua tingkat.  Danny terus sahaja menuju ke garaj kereta. 

"Abang, kita kat rumah siapa ni?" Aifa yang duduk di sebelah pemandu menyoal pelik. 

"Daddy..." Ringkas Danny menjawab.  Enjin kereta dimatikan.  Tali pinggang keselamatan ditanggalkan.  "Jom keluar." Pintu kereta bahagian pemandu dibuka. 

"Abang..." Aifa memegang tangan Danny, menghalang lelaki itu daripada keluar.

"Kenapa sayang?" soal Danny.  Tidak jadi dia mahu keluar. 

"Aifa takut.  Macam mana kalau daddy..."

"NoDaddy tak marah.  Daddy tahu abang dah kahwin.  Dia okay.  Jangan takut.  Abang ada dengan Aifa.  Okay?" Danny ukir senyum. 

"Mak tiri abang?"

"Tak ada apalah.  Tak payah takut.  Dah, jom keluar.  Takmo takut-takut." Danny mencuit manja hidung Aifa.  Dia kemudiannya terus keluar daripada perut kereta. 

Aifa masih duduk di tempatnya.  Nafas dihela berat.   Perasaannya bercampur ketika itu.  Jantung usah dikata.  Lain macam kelajuan degupnya. 

"Sayang ,jom keluar."

Kepala Aifa tertoleh ke kiri apabila suara garau itu menyapa pendengarannya.  Danny yang sudah berdiri di sebelahnya itu dipandang.  Entah bila agaknya Danny membuka pintu kereta untuknya.  Tidak membuang masa, tali pinggang keselamatan ditanggalkan.  Beg tangannya yang diletak di atas dashboard dicapai dan disangkutkan ke bahu. 

"Okay ke ni? Hmm?  Macam takut je," ujar Danny, menatap lembut wajah isterinya.  Tangan kanan isterinya dicapai dan digenggam erat.  Sejuk. 

Aifa menarik nafas sedalamnya.  Lambat-lambat kepalanya diangguk.  Senyum diukir paksa.  "Aifa okay."

"Don't worry sayang.  Kita datang untuk dinner je dengan daddy.  Lepastu kita baliklah.  Okay?" Danny cuba menenangkan isterinya. 

"Yalah.  Jomlah.  Daddy tunggu abang lama nanti."

"Tunggu kita.  Daddy nak sangat jumpa menantu comel dia ni.  Tahu?" Spontan jari Danny mencuit puncak hidung Aifa membuat wanita itu tergelak.  "Jom." Dipimpin isterinya menuju ke pintu utama. 

Aifa hanya mengikut langkah suaminya.  Bibirnya terkumat-kamit beristighfar.  Tolonglah bertenang wahai hati.

Setibanya di pintu utama, Danny bertindak mengetuk daun pintu.  Tidak sampai seminit, pintu kayu itu dibuka daripada dalam.  Berdirinya susuk tubuh seseorang di muka pintu. 

"Danny..."

"Daddy..." Danny melepaskan seketika tangan Aifa.  Tangan Datuk Rizalman pula dicapai dan disalamnya hormat.  Kemudian, tubuh tua itu dipeluk kejap. 

"Danny sihat?" soal Datuk Rizalman setelah pelukan dileraikan.

"Alhamdulillah sihat.  Daddy sihat?"

"Sihat juga.  Ni, siapa?  Isteri Danny?" soal Datuk Rizalman, merujuk ke arah Aifa. 

Danny menoleh ke sebelah.  Bahu Aifa dirangkul lembut.  "Nilah isteri Danny.  Aifa Aireen."

Datuk Rizalman mengangguk kecil.  "Pandai kamu cari bini comel macam ni." Selorohnya selamba.

Danny ketawa kecil.  "Sayang, salam daddy."

Aifa akur mendengar arahan suaminya.  Dia menghampiri Datuk Rizalman.  Tangan bapa mertuanya itu disalam hormat.  "Assalamualaikum daddy," ucapnya lembut.

RAYFAL DANIEL : Mr Sweet Mafia (TERBIT PBAKL 2024)Where stories live. Discover now