Aairamemandang pelik ke arah sahabatnya

"kenapa?" Aaira menyoal

"aku nak pulangkan cable phone yang aku pinjam dekat Arshad 2 hari lepas" kata Syafiqah

"ouhh...ok, kejap lagi kita singgah" Aaira kemudian mendekati kak Afiya

"kak, Aaira balik dulu tau kirim salam dekat abang Hanif nanti bila dia dah balik, kalau ada masa Aaira datang bawa Syafiqah dengan mama tau" Aaira kemudian mencium tangan Afiya dan memeluk wanita yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri dengan erat.

Afiya mengalirkan air mata dan membalas pelukan Aaira, selalunya dia tak menangis tapi kali ini dia terlebih sensitif mungkin kerana mengandung.

Selepas itu Syafiqah pula datang mendekati Afiya untuk bersalam, tapi kenapa dia rasa macam nak minta maaf masa pagi raya

"akak Iqa nak ucap terima kasih dekat akak sudi terima Iqa sebagai tetamu dalam rumah akak bagi Iqa makan free, tumpang tidur free, terima kasih tau kak" ucap Syafiqah

"apa cakap macam tu, akak dah anggap Iqa macam adik akak sendiri,macam mana akak sayang Aaira macam tu lah juga akak sayang Iqa. Nanti senang senang datang tau ikut Aaira balik sini" seperti apa yang Aaira buat Syafiqah juga turut memeluk Afiya,

tapi dia tak menangis cuma rasa sebak nak berpisah dengan orang sebaik kak Afiya, untung abang Hanif dapat kak Afiya sebagai isteri.

Sudah lah cantik, baik, peramah pula tu

"bye kak, assalamualaikum" lambai Aaira dan Syafiqah.

Afiya membalas lambaian mereka "waalaikumusalam, hati hati bawa kereta"

"dah sampai ni, turun lah" arah Aaira bila keretanya berhenti betul betul di hadapan pejabat tentera kem ini

"alaaa kau taknak teman aku ke, jom lah aku segan nak masuk sorang" ajak Syafiqah

"aku malas lah, lagipun kalau kita berdua turun, nak kena cari parking pula, kau jela turun" dia memang malas nak keluar dan dia tak nak terserempak dengan captain Luth Haiyyan

"please, kau tak sayang aku ke" Syafiqah mula merengek macam budak budak.

Aaira yang malas nak dengar rengekan Syafiqah, terus bersetuju

"yela yela kita cari parking dulu" Aaira menurunkan handbreak kereta dan mencari parking

"assalamualaikum" Syafiqah memberi salam kepada petugas yang menjaga di bahagian meja penyambut tetamu

"waalaikumsalam, ya boleh saya bantu?" tanya petugas itu

"saya nak cari captain Arshad Shah, dia ada tak?" jawab Syafiqah

"ouhh... dia ada, sekejap ya saya call dia" petugas itu baru sahaja nak mengambil ganggang telefon untuk menelefon Arshad tapi Arshad dah muncul dulu

"Syafiqah" panggil Arshad yang berjalan ke arah mereka bersama Luth Haiyyan.

Bila Aaira nampak je Luth terus dia menyorok di belakang Syafiqah dan cepat cepat dia mengeluarkan telefon, buat buat busy

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now