"Aralyn... pandanglah aku," pinta Qarizh sekali lagi.

Mendengar permintaan Qarizh buat kali kedua, Aralyn akhirnya menjatuhkan tangannya dari muka lantas menghalakan pandangannya kepada penyelamatnya. Kali ini, air mata yang mengalir laju tidak lagi diseka. Biarlah Qarizh melihat muka buruknya menangis, dia sudah tidak kisah.

"Hahahaha." Ketawa kecil Qarizh akhirnya terhambur jua.

Betul, Aralyn sangat comel ketika menangis. Dengan wajah sembap tanpa sebarang make-up, pipi, hidung dan bibir memerah, Aralyn memanglah nampak macam Aralyn. Terbukti, gadis ini sangat cengeng.

"Berhenti menangis," arah Qarizh kepada Aralyn.

Isk. Isk.

"Berhenti," kata Qarizh lagi.

Alahai, susah ke nak berhenti menangis ni? Kalau air mata tu kering macam mana? Nanti kalau dah kahwin dengan Aralyn tak dapatlah dia nak tengok muka comel ketika menangis tu. Sekejap, kau sudah kenapa Qarizh Zahwan? Menyedari fikirannya semakin melalut, Qarizh memejam mata. Ternyata, aku sudah bengong dikerjakan oleh Aralyn Awliya!

"Qarizh? Eh, Qarizh. Kenapa ni? Kau sakit eh?" Risau, Aralyn terus bangun dari kerusi lalu menerpa ke arah Qarizh. Figura Qarizh yang tiba-tiba menutup mata dengan dahi berkerut sangat membimbangkannya!

Mendengar suara cemas Aralyn, Qarizh serta-merta membuka mata. Namun, kejutan menyinggah pada dadanya apabila figura Aralyn terzahir di ruangan mata. Astaghfirullahalazim... I cannotlah Aralyn ni! Dekat betul posisi Aralyn dengannya sekarang.

"Ehem." Qarizh berdehem membetulkan suaranya yang tiba-tiba saja berasa hilang. Tidak fasal-fasal, kulit mukanya pula terasa panas.

"Aku okey," jawab Qarizh lalu memandang ke arah lain. Alamak Aralyn, janganlah dekat sangat. Aku tak kuat nak tengok kau!

Menyedari gerak badan Qarizh yang nampak kekok dan tidak selesa, Aralyn melihat kepada posisi dirinya sendiri. Ya Allah, patutlah. Dekat sangat dia berdiri di tepi katil Qarizh ini rupa-rupanya. Serta-merta, pipinya terasa panas. Huarg, malunya. Sekali lagi, dia berasa ingin menangis!

Aralyn mengemam bibir lalu berundur lima langkah belakang. Malu, malu, malu! Papa, tolong Awliya.

Kreak...

Qarizh dan Aralyn serentak berpaling kepada si empunya diri yang masuk ke bilik Qarizh. Oh, Mek Nab dan Pak Moin rupanya. Fuh, penyelamat keadaan! Tanpa berlengah, Aralyn terus menyalami tangan Mek Nab dan bekas makanan yang berada dalam tangan wanita itu diambil lalu diletakkan di atas meja kopi di hadapan sofa.

"Wan dah okey?" sapa Pak Moin mesra.

Dia kini berada di tepi katil Qarizh. Sempat kondisi anak susuannya itu diperiksa ringkas dan setakat ini dia berpuas hati dengan hasilnya. Dengan penjagaan yang rapi, luka Qarizh akan cepat sembuh. Nasib kaulah nak, itulah lasak sangat. Sejak kecil sampailah besar panjang, ada-ada saja luka hinggap pada badan. Cuma kali ini, kecederaan agak teruk kerana menyelamatkan seorang perempuan. Hurm, menarik.

Pak Moin mengerling kepada Aralyn yang duduk di sofa bersama Mek Nab. Mesra saja isterinya itu menggembirakan Aralyn yang nampak pucat dan sedih. Memikirkan hal tersebut, Pak Moin lantas berpaling kepada Qarizh. Namun, sekali lagi hatinya berdetik yakin bahawa firasatnya sebelum ini tidak salah apabila melihatkan mata Qarizh tanpa sedar turut terpaku kepada Aralyn.

Pak Moin mengukir senyuman manis. Alahai, anakku. Jika suka cakaplah suka, berterus teranglah. Senanglah dia dan isterinya menghantar rombongan untuk meminang Aralyn Awliya.

"Wan..." tegur Pak Moin.

"Hm?" jawab Qarizh perlahan dengan matanya masih tertancap pada Aralyn.

Entah kenapa, dia tidak mampu untuk mengalihkan pandangannya daripada gadis tersebut. Terngiang-ngiang jelas saja di telinganya ayat Aralyn ketika menyepak Black tempoh hari. 'Kau nak cederakan Qarizh aku? Jangan harap!'. Qarizh aku? Bahagia saja berasa apabila teringatkan ayat itu.

"Kamu sukakan Awliya?" tebak Pak Moin.

Uhuk! Uhuk!

Terkejut punya fasal dengan soalan Pak Moin, tidak semena-mena Qarizh terbatuk-batuk. Malangnya, batukannya terlebih kuat dan tertekan kawasan luka. Apa lagi, terus termengaduh kesakitanlah jawabnya.

Argh!

"Oh, sorry sorry Wan." Merasa bersalah, Pak Moin meminta maaf. Aduhai anak, nampak sangat kamu itu sukakan Awliya tapi sengaja tidak mahu meluahkan!

Qarizh dengan muka berkerut menahan sakit hanya mampu tersenyum dengan muka memerah. Memerah kerana sakit satu hal, kerana disoal oleh Pak Moin satu hal. Apalah nasibnya hari ini, tidak habis-habis disakat.

"Abang buat apa dekat Zahwan tu?" tegur Mek Nab pula sambil berlenggang ke katil Qarizh. Terkejutlah juga dia apabila mendengar aduhan daripada Qarizh.

"Tak ada buat apa, cuma tanya Wan saja sama ada dia sukakan Awliya ke tak saja," bisik Pak Moin kepada Mek Nab.

"Ooo..." Mek Nab membulatkan mulutnya. Tidak semena-mena, satu idea nakal tercetus dari fikirannya lalu tanpa berlengah lagi, dia menarik nafas panjang.

"Awliya, Zahwan suka kamu!" jerit Mek Nab sekuat hati.

Prang!

Gelas yang berada dalam pegangan tangan Aralyn terlucut lalu terhempas berkecai ke lantai. Dengan pandangan blur, Aralyn perlahan-lahan memandang kepada Qarizh yang juga turut memandangnya dengan pandangan blur dan terkejut.

Qarizh sukakannya? Ini semua mustahil!

Qarizh sukakannya? Ini semua mustahil!

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Done!

Harap korang enjoylah. Huhu.

Komen & vote sangat2 membuatkan sy rasa dihargai.

HI, ENCIK PROFESSOR!Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon