Orang kata, cubit peha kiri peha kanan turut terasa sakit. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Apa yang pasti, bosnya yang seorang ini sedang berduka lara sekarang.

"Baik baik jalan, Cik," ucap Mona lalu memimpin tangan Aralyn ke kereta.

"Thanks, Mona." Aralyn memandang lama kepada Mona sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.

"Urusan pejabat, Cik jangan risau. Mona Edora akan sentiasa membantu Cik," kata Mona dengan senyuman semangat diberikan kepada Aralyn.

Aralyn menghadiahkan seulas senyuman buat pembantunya itu. Terima kasih, Mona. Kau memang baik. Aku bersyukur dipertemukan dengan orang sebaik engkau. Lalu, tanpa membuang masa lagi Aralyn mengisyaratkan kepada Jacky agar terus ke hospital.

********


Pagi ini, Qarizh sudah sedar sepenuhnya namun masih amat lemah. Sekejap pejam sekejap celik, kadang-kadang terlena terus sehinggalah doktor ataupun jururawat mengejutnya untuk membuat pemeriksaan dan memberi ubat.

Mahu duduk mengiring dia tidak mampu, sudahnya hanya mampu berbaring sahaja sambil mata terkebil-kebil memandang siling. Kau betul-betul tak guna, Black!

Gara-gara tikaman Black, kondisinya seakan-akan lumpuh. Nasibnya amat baik apabila tikaman tersebut tidak mencederakan organnya. Jika terkena, alamatnya lama lagilah dia terpaksa berkampung di dalam wad ini. Hish, dia tidak sukalah dengan bau wad!

Kreak...

"Morning, The King," sapa seseorang di sebalik pintu. Sengaja pula bermain 'cak-cak'.

Qarizh melepaskan tawa yang tersimpan dalam hati. Aduhai, Boss. Sempat lagi ya kau bermain macam budak-budak tidak cukup umur ini? Sedarlah, diri itu sudah tua dan sudah mahu berkahwin pun. Itu cik polis tidak marah ke bila tengok sisi keanak-anakan encik tunangnya ini?

"The fallen hero..." leret si dia lagi lalu memunculkan diri dengan melangkah masuk ke dalam bilik.

"Assalamualaikum, The King," sapanya sambil tersengih. Kerusi yang berada di sebelah katil terus diheret lantas diduduknya tanpa dipelawa.

"Waalaikumussalam," jawab Qarizh perlahan.

"Kau pun fallen hero juga Rayyan Razien. Sibuk saja mengata orang," perli Qarizh perlahan seraya tersenyum.

Janganlah Rayyan buat hal kat sini, dia tidak sanggup gelak kuat-kuat. Jika luka jahitannya terbuka pula macam mana? Tidak sangguplah merasa badannya dijahit sekali lagi. Rayyan tidak apalah, mamat itu bagaikan sudah tidak lut dengan jarum dan segala peralatan hospital. Alah bisa tegal biasa, orang kata.

Rayyan yang berpakaian pesakit sepertinya ditenung dalam. Kawannya yang seorang ini mendapat kecederaan semasa berlawan dengan Father dari kumpulan mafia Death. Ditembak, itu lebih tepat. Demi menyelamatkan cinta hatinya iaitu Hana Mikayla, Rayyan bertindak menjadikan dirinya sendiri sebagai benteng pertahanan gadis tersebut.

Sudah sebulan sebenarnya insiden itu berlaku, namun Rayyan tetap tidak dibenarkan keluar dari hospital. Tiga bulan, itu tempoh minimum yang ditetapkan oleh doktor agar mereka dapat memantau lagi kondisi Rayyan ini. Lagipun, Rayyan merupakan penerima organ dan tisu iaitu jantung dan kornea mata.

Disebabkan itu, keadaan Rayyan mestilah dipantau dengan lebih ketat. Ini kerana, entah di mana silapnya jejaka itu akan mengalami kesakitan yang maha dahsyat pada jantungnya setiap kali terpandangkan seseorang atau sesuatu yang berkaitan dengan penderma organ tersebut.

Dalam insiden penggempuran markas mafia Death sebulan lalu, keadaan Rayyan sangat tidak stabil dan hampir saja kehilangan nyawa jika tidak sempat diselamatkan. Pada malam itu juga, setelah ditembak dia mengetahui pula bahawa orang yang disangka pembunuh penderma organ tersebut sebenarnya bukan pembunuh yang sebenar.

"Hahaha. Bertabahlah kita..." gelak Rayyan.

"Gegirl kau, mana?" tanya Rayyan sambil menjongketkan kening.

Sengaja dia mahu memanaskan suasana. Hei, The King ini jarang dapat diusik. Sekala sekala mengusik hero sejuk beku ini, apa salahnya kan? Seperti yang dijangka, muka Qarizh serta-merta berubah merah. Alolo... comel pula melihat reaksi wajah seorang Qarizh Zahwan ini. Berdekah-dekah Rayyan ketawakan Qarizh di dalam hati.

"Kau diamlah Boss," marah Qarizh.

"Kahkahkah. Malu la tu," sakat Rayyan lagi.

Seronoklah dia melihat muka malu kawannya ini. Bukan ke hari itu bukan main lagi The King mengatakan 'Aku tidak suka perempuan cengeng'. Sekali, terus terjatuh cinta pada partner sendiri Cik Aralyn Awliya yang memang cengengnya ya Rabbi, kalah Hananya!

Fuh, nasib baik juga The King ini sedang sakit sekarang, jika tidak mahunya anak panah recurve bow kesayangan si pembidik sejuk beku ini melekat pada dadanya. Sakitlah woi!

Melihatkan Rayyan galak mengusiknya, Qarizh cuba bersabar. Kau bernasib baiklah Rayyan sebab aku tidak boleh bangun lagi sekarang. Tunggulah aku sihat sikit, dengan kau sekali aku bahan. Dasar Rayyan Razien... Qarizh akhirnya hanya mampu melemparkan keluhan. Sabar sajalah apabila berdepan dengan kawannya yang seorang ini.

Kreak...

Bunyi pintu yang ditolak dari luar serta-merta menghentikan tingkah Rayyan dan Qarizh. Kedua-duanya serentak menghalakan pandangan mereka ke arah empunya diri yang memasuki bilik Qarizh tanpa dipelawa. Perlahan-lahan, Rayyan menarik senyuman sinis lalu dengan nada berbisik, sekali lagi dia mengusik Qarizh.

"Cik Tunang Abang Sayang dah datanglah. Bye, aku chow dulu," kata Rayyan sebelum gelakan besar dihadiahkan buat Qarizh yang sudah memerah mukanya.

Rayyan Razien, kau memang tak guna!

Rayyan Razien, kau memang tak guna!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Done!

Harap korang enjoy. Mana-mana yang merindui Rayyan Razien, harap kerinduan terubat.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now