Dorm Asrama (Full)

547 31 5
                                    

Malam itu, tidak seperti malam yang lain. Tidurnya tidak nyenyak. Rasa tidak selesa muncul. Berguling ke kiri, berguling ke kanan. Masih tidak mengantuk.

Dia membuka mata. Namanya Amy. Bukan Amy search tapi Amy find. Dia baru sedar yang dia berada di dorm asrama, bukan di atas katil rumah.

Kesedaran itu berlaku kerana terdengar suara kawannya menyanyi dalam tidur. Bukan nyanyian biasa, nyanyian itu ialah dengkur yang sangat menjengkelkan.

Dia tahu itu dengkur Bob (Bukan nama sebenar). Memang bukan nama sebenar pun, itu nama panggilannya. Dia tidak tahu mengapa lelaki berisi selalu dipanggil Bob. Dia juga mahu dipanggil Bob. (Budak otak baik)

Di dalam dorm asrama itu terdapat banyak katil kerana ada ramai pelajar di dalamnya. Sekelilingnya gelap gelita bukan kerana pihak sekolah tidak membayar bil elektrik tetapi kerana dah malam, waktu tidur memang lah gelap. Hurmm.

Tertanya-tanya di dalam hati. "Kenapa aku tak boleh tidur ni?" Tiba-tiba bunyi dengkur Bob semakin agresif. Dia membuka mata dan mengeluh. Ikut hati ingin sahaja dia memijak wajah Bob supaya tidak menyanyi lagi.

Dia ingin menutup matanya semula. Tapi belum sempat matanya ditutup. Dia terdengar bunyi seperti tingkap biliknya diketuk.

Matanya terarah ke tingkap, ada bayang-bayang muncul dari luar tingkap bilik. Dia cuba menginterpretasi bayang-bayang itu. Dia sedikit tersentak kerana ianya seperti seorang nenek tua yang berbongkok.

Dari hujung bayang-bayang itu berjalan berbongkok seperti memegang tongkat. Dari hujung ke hujung dia berjalan perlahan-lahan. Jantungnya berdegup kencang melihat perkara itu.

Dia berharap yang ada kawannya yang lain juga menyaksikan perkara ini. Selepas bayang-bayang itu melepasi hujung tingkap. Bayang-bayang itu hilang. Hatinya rasa lega tapi masih tertanya. "Mana bayang-bayang tu pergi?"

"Cucu cari nenek ke?" Suara perempuan tua muncul di sebelahnya. Amy tersentak memandang ke arah itu. Terlihat seorang wanita tua yang wajahnya agak menyeramkan. Memakai selendang di kepala. Rambutnya putih. Matanya terbeliak dan Bertongkat.

Nafas Amy semakin laju. Dia sudah ketakutan. Dadanya turun naik seperti ingin meletup. "Apa nenek nak?"

Ketawa kecil nenek tua itu dengan nada yang menyeramkan apabila Amy bersuara. Lalu dia meminta sesuatu. "Cucu boleh tolong nenek?"

Amy menelan air liur. "Tolong apa nek?"

"Tolong ambilkan barang nenek yang ada dekat bawah katil cucu."

Amy sebenarnya sudah ketakutan tahap dewa. Dia hanya berharap selepas membantunya, nenek tua ini akan berlalu pergi.

Dia menghela nafas dan memberanikan diri perlahan-lahan menurunkan kepala ke bawah katil ingin mengambil barang nenek tua itu. Apabila sampai matanya di bawah katil, dia tersentak kerana ada kepala nenek tua itu di bawah katil sedang tersenyum dengan mata terbeliak ke arahnya. Hanya kepala.

Lalu pantas dia menaikkan kepalanya semula memandang ke arah nenek itu semula. Kelihatan nenek tua itu sudah tidak berkepala. Penuh darah keluar dipangkal kepalanya terpancut-pancut tersembur ke arahnya. Amy menjerit ketakutan seperti orang hilang arah.

Semua yang ada di dalam dorm itu terjaga dari tidur. Mereka mendapatkan Amy yang sedang menjerit. Kelihatan Amy sudah dirasuk. Ustaz Alam yang menjaga ketenteraman asrama muncul menjadi hero. Dia membantu mengeluarkan jin itu dari badan Amy.

Selepas dari peristiwa ini, dorm asrama itu sudah tidak lagi selamat. Semua yang menghuni dorm asrama itu akan diganggu sehingga menjadi stress dan mengalami masalah mental. Kelibat nenek tua itu, masih berlegar-legar di dalam dorm asrama.

ASRAMA (SERAM)Kde žijí příběhy. Začni objevovat