"Tak ada masa, tak kuasa dan takkan buat." jawab Ann Di sambil mengambil susu panas itu dan meneguknya.

"Minum duduk. Nampak tak senonoh. Kau tu perempuan," tegur Sara sambil duduk di hadapan Ann Di. Ann Di merengus tapi tetap menuruti arahan itu. "Aku ada tugas untuk kau esok," beritahu Sara.

"Apa dia?"

"Kau akan menggunakan kecantikan dan keremajaan kau untuk menarik minat seorang lelaki yang akan menolong aku untuk misi ini," terang Sara.

"Siapa?"

"Aku pun tak tengok lagi. Esok kita akan pergi menyiasat bersama-sama. Oh ya, esok kita pergi membeli pakaian yang baru. Kau mesti menjadi gadis idaman  Hangzhao."

"Kenapa pulak?"

"Kerana dengan kecantikan kau, ramai yang akan cuba membeli kau dari aku,"jawab Sara.

"Aku tak setuju!"

"Aku takkan juallah. Kau ingat aku ni pedagang manusia ke?"balas Sara.

"Habis tu-"

"Strategilah. Kalau kau teliti untuk menang perang bukan hanya strategi perang. Tetapi kuasa wanita. Ramai pahlawan yang dikalahkan oleh kecantikan seorang wanita," terang Sara. Ann Di terdiam. 

"Dengan syarat aku takkan buat lebih dari melayan mereka minum atau menari untuk lelaki-lelaki terkutuk itu," kata Ann Di. "Aku geli, aku kan lelaki di jiwa."

"Mengaku pulak lelaki. Tadi kata kau tu gadis,"usik Sara.

"Aku gadis Ma Shang Wu. Hanya Ma Shang Wu," usik Ann Di sambil duduk di pangkuan Sara. Sara memandang Ann Di dan menolaknya ke lantai.

"Aduh!!!" jerit Ann Di.

"Ann Di xiaojie," jerit Xiao LIan terkejut melihat Andrew terduduk di lantai apabila dia masuk ke bilik itu. Dia pergi membantu Ann Di berdiri.

"Hah Xiao Lian. Nanti kau cari seorang pembantu Ann Di. Yang akan memastikan hidupnya seperti seorang gadis bangsawan. Bersih dan cantik!" sindir Sara melihat Ann Di yang masih mengurut punggungnya. Ann Di menjelirkan lidahnya tanda menyampah. Sara menyambutnya dengan aksi yang sama. "Ingat tu Xiao LIan."

"Baik Li Hua. Ann Di xiaojie, mari. kebetulan juru kecantikan ke mari membawa minyak wangian untuk mandian.  Kita akan mulakan dengan urutan satu badan, rawatan muka dan rambut," terang Xiao Lian sambil menarik Ann Di keluar dari bilik itu. Sara melambai Ann Di dan menyimpan ketawanya apabila melihat wajah Ann Di seperti  mahu membunuhnya.

"Pastikan bulu roma tu hilang!" usik Sara.

"Ma Shang Wu!" jerit Ann Di. Sara ketawa besar. Xiao LIan menarik Ann Di keluar dari bilik itu dengan pantas.

Pipit masuk ke bilik itu membawa maklumat baru.

"Kenapa muka kau macam tu?"tanya Sara. Pipit menghampiri Sara di meja. "Duduklah," jemput Sara sambil menuang teh kepada Pipit.

"Shu Daren sudah dalam perjalanan. Ada seseorang memberikan maklumat bahawa Li Yang Jian akan datang ke sini," beritahu Pipit sambil menerima teh itu. Sara menganggukkan kepalanya. 'Zhu Wu, terima kasih,'bisik hatinya. 

"Apa maklumat Yew Hong?"

"Yew Hong sebenarnya bukan nama sebenar," beritahu Pipit.

"Habis tu?"

"Yew Hong ialah Putera Zhu Ming Ming. Ibunya adalah seorang dayang istana."

"Takkan orang di sini tidak dapat menghidu Yew Hong ialah seorang penyamar," kata Sara. Pipit menggelengkan kepalanya.

"Pipit mengekorinya sampai jalan hutan dan Pipit terdengar perbualan dia dan sekumpulan orang berbaju hitam."

"Dan muka kau macam ni sebab kau rasa kita tak boleh menggunakan dia bukan?"tanya Sara untuk kepastian. Pipit mengangguk. Sara tersenyum. Dia mencubit pipi Pipit  dan itu mengejutkan Pipit. Dia mengusap pipinya yang terasa sakit. Sikit pun tiada kata-kata marah dari Pipit cuba mengaduh kesakitan. "Kepala kau tentu seperti mahu pecah apabila mengetahui maklumat ini bukan? Kau jangan risau. Kita tengok dulu macamana. Aku janji aku akan selesaikan masalah ini."

"Boleh Pipit tahu rancangan Cempaka?"

"Sudah tentu. Rancangan paling berkesan ialah rancangan yang paling mudah. Cempaka  nak cari seorang yang berjudi dan kalah dengan Pakcik Ketiga. Tapi untuk kali keempat orang yang menolong kita itu mesti menang sebab Cempaka nak dia bertaruh harta keluarga Mo."

Pipit memandang lelaki cantik di hadapannya dan tersenyum.

"Yang kau senyum ni pasal apa?"tanya Sara.

"Cempaka ialah lelaki paling cantik di Hangzhao ini," kata Pipit dan ketawa.

"Kau ketawakan aku, Pit?"tanya Sara tidak percaya. Belum pernah melihat PIpit ketawa sebegitu. "Kau Pit, aku suruh jadi perempuan baru tau, hah?"usik Sara dan Pipit berhenti ketawa serta-merta. "Tahu takut ek? Dahlah tu suruh dapur siapkan makan malam awal. Sebab aku nak tidur awal malam ini. Aku amanahkan kau menunggu Shu Daren di pintu gerbang. Boleh?"tanya Sara. Pipit berdiri dan mengangkat hormat. Sara menghela nafas panjang. 'Siapa lagi yang hendak aku upah ni?'tanya hatinya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora