"Gamer..." tegur Awraq sambil menyeka peluh.

Tercungap-cungap Awraq melepaskan lelah dek menghambat langkah larian Amirul atau dalam team Satria Hitam Junior, dia dikenali sebagai Gamer. Fuh Amirul, kau berlari bagaikan lipas kudung dalam mengejar nyawa Qarizh daripada pergi. Baguslah, dalam situasi genting sebegini akhirnya berguna juga permainan game yang kau hadap sebelum ini.

"The Slayer," panggil Amirul kepada Awraq dengan wajah serius.

"Apa?" jawab Awraq sepatah.

Dia nampak sahaja keadaan Qarizh sekarang namun dia takkan mampu menolong jika beginilah teruknya keadaan profesor tersebut. Orang yang cedera teruk tidak boleh sewenang-wenangnya diangkat dan dibawa ke hospital.

"Tolong aku." Amirul menentang tajam mata Awraq.

Awraq menarik nafas panjang lalu tanpa sepatah kata, dia mengangguk perlahan. Apa nak jadi, jadilah. Semoga berjaya, Amirul. Kaulah harapan kami sekarang. Pengarah kesihatan universiti nak marah ke apa ke, by hook or by crook nyawa Qarizh lagi penting!

"Cik Aralyn, ke tepi. Biar aku yang uruskan The King," arah Awraq kepada Aralyn yang masih seperti tadi, tersedu-sedan tetapi dalam masa yang sama tetap berusaha keras menghentikan pendarahan.

Aralyn tanpa menjawab terus bertukar tempat dengan Awraq yang mengambil alih menekan kuat tempat luka. Namun, darah yang keluar terlalu banyak dan tidak dapat lagi ditampung dengan sapu tangan kecil.

"Baju aku." Aralyn menanggalkan baju kotnya lalu menghulurkan kepada Awraq.

"Guna ini," arahnya.

Tanpa sepatah kata juga, Awraq terus menyambar baju kot Aralyn lalu menekan lagi tempat luka. Sesekali, Awraq mengajar Qarizh mengucap. Kalimah syahadah itu perkataan mulia, tanda keimanan seseorang kepada Allah SWT dan rasul-Nya Nabi Muhammad SAW. Kembalinya seseorang hamba kepada pangkuan-Nya perlulah dengan sempat mengucap dua kalimah syahadah dan itulah sebaik-baik pengakhiran hidup.

"Bertahanlah Qarizh..." bisik Aralyn.

Risau hatinya menggunung di saat ini melihatkan Qarizh bagaikan nyawa-nyawa ikan mencari oksigen. Ya Allah, kalaulah dia halal bagi Qarizh, mahu sahaja dia menggenggam erat tangan lelaki itu bagi menyalurkan kekuatan ketika ini. Sekali lagi, air matanya melebat kembali. Dia takut!

Tit... tit...

Telefon dari poket seluar Qarizh bergetar. Dengan tangan terketar-ketar, Aralyn menyambut panggilan daripada Sarah lalu membuka loud speaker setelah disuruh oleh Sarah. Keadaan yang bising bagaikan lalat menghurung di situ sangat tidak memungkinkan mereka untuk berbicara seperti biasa.

"Kak Aralyn, arahkan semua orang yang mengelilingi abang supaya beredar. Amirul akan membawa masuk ambulan klinik universiti dalam masa dua minit dari sekarang," arah Sarah di talian.

"Kau orang semua bersurai. Bersurai! Ke tepi semuanya!" Mendengar sahaja arahan daripada Sarah, Aralyn tanpa mematikan talian terus menjerit dan melaung keras seiring dengan tangannya menguak angin agar semua orang yang mengelilingi mereka bertiga bersurai dan membuka laluan.

Vrom!

Stret!

Tidak sampai dua minit, sebuah ambulan milik klinik universiti tiba-tiba masuk dan berhenti mengejut di dalam dewan. Figura Amirul yang keluar dari tempat pemandu mengundang mata-mata yang terkejut dengan kehadiran ambulan tersebut.

"Budak PBSM mana?" jerkah Amirul.

"Stretcher!" Keras nada Amirul.

Mendengar jerkahan berbaur sergahan daripada Presiden Majlis Perwakilan Pelajar mereka, beberapa orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dengan bantuan Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) terkocoh-kocoh menghulurkan bantuan. Geng-geng PBSM menghidupkan peralatan medikal di dalam ambulan manakala SISPA pula menurunkan strecher.

Dengan penuh berhati-hati tetapi cekap, mereka mengangkat Qarizh ke atas strecher beroda lalu membawanya masuk ke dalam ambulan. Iv drip, topeng oksigen, mesin elektrokardiograf semuanya dipasang sempurna oleh Awraq kepada Qarizh bagi menyokong hayat.

"Kau yakin boleh memandu, Gamer?" soal Awraq.

Amirul yang berada di tempat pemandu ambulan dipandang dengan dahi berkerut melalui cermin kecil yang memisahkan ruangan pesakit dan pemandu.

"Aku boleh," jawab Amirul. Tangannya yang sejuk menggenggam kemas stering, hatinya yang gementar dipaksa keras. Kau boleh lakukannya, Amirul. Kau adalah Gamer!

"Okey, aku akan pantau The King," balas Awraq. Kau boleh memandu, Gamer. Bukan salah kau pun budak perempuan itu mati.

Amirul menarik nafas panjang dan dalam lalu dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, Amirul terus menghalakan pemanduannya dengan kelajuan maksimum ke arah hospital KJP Healthcare sementara Awraq bertindak sebagai pemantau kondisi Qarizh.

Nasib baik saja namanya Dr. Awraq Nazran. Walaupun bergelar sebagai doktor veterinar yang bekerja di zoo, tetap sahaja dia belajar sedikit sebanyak anatomi badan manusia. Kau sangat bernasib baik, Profesor Dr. Qarizh Zahwan.

 Qarizh Zahwan

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Done.
Sorry hambar huhu.

Semalam, ada yang bertanya pada saya fasal Black yang tiada saraf sakit. Penyakit itu memang wujud Dan dikenali sebagai Congenital Insensitivity to Pain with Anhidrosis (CIPA) atau dalam bahasa Melayunya Ketidakpekaan Kongenital terhadap Kesakitan dengan Anhidrosis (CIPA).

Ia mempunyai dua ciri khas iaitu ketidakupayaan untuk merasakan kesakitan dan suhu, dan penurunan atau tidak berpeluh (anhidrosis). Keadaan ini juga dikenali sebagai sensori keturunan dan neuropati autonomi jenis IV. Tanda-tanda dan gejala CIPA muncul lebih awal, biasanya semasa kelahiran atau semasa bayi. Tetapi dengan perhatian perubatan yang teliti, individu yang mengalami penyakit ini dapat hidup sehingga dewasa.


 Semoga bermanfaat!

HI, ENCIK PROFESSOR!Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt