"Hah? Macam mana tu?"soal Puan Maria ingin tahu.

"Suruh dia duduk pandang dinding, lepastu suruhlah dia refleks kesalahan yang dia dah buat."jawab Nuha lalu menuang air di dalam jag.

"Mana kamu belajar buat macam tu?"soal Puan Maria pelik. Kuali yang sudah panas itu dimasukkan sedikit minyak sebelum dia mula menumis cili kisar.

"Nuha tengok The Return of Superman Special Triplets."jawabnya lalu dia mengambil alih tugas Puan Maria.

Setelah lima minit berlalu, dia naik ke tingkat atas untuk melihat anaknya. Dia masuk ke dalam bilik tidurnya dan terus di tuju ke arah anaknya yang duduk menghadap dinding itu.

"Narissa Irdina."panggilnya

Perlahan - lahan si kecil itu menoleh ke arahnya.

"Come here."katanya yang duduk di atas katil itu.

Narissa hanya patuh arahan ibunya. Dia berdiri di hadapan Nuha.

"Should you do that?"

"No."

"Then, what should you do now?"

"Say sorry to nenek and never do that again."

"Hmm. Hug me first."kata Nuha sambil mendepakan tangannya.

Narissa segera memeluk Nuha.

"Sowwy ma."

"Ya. Jangan buat lagi okey. Tak baik."kata Nuha.

"Okey ma."

"Dah turun minta maaf dekat nenek."

.......

"Kau biar betul?"soal Amirul terkejut.

Aliff mengangguk tanda mengiyakan.

"Habis tu macam mana? Kau bagi dia kerja dekat tempat kau ke?"

"Memang tak lah. Aku suruh dia kerja dekat tempat papa."jawab Aliff lalu menghirup kopi panas miliknya.

"Bagus - bagus. Jangan bagi muka dekat dia, ingat apa yang dia dah buat dekat family kau."kata Amirul.

"Siapa yang buat onar dengan family kau?"soal satu suara.

"Abang Muiz. Abang buat apa dekat sini?"soal Mirul pelik.

Tiba - tiba abang iparnya muncul. Siapa sahaja yang tidak terkejut.

"Abang datang nak minumlah, takkan nak cari awek pula."sindir Muiz.

Amirul dan Aliff tersengih.

"Jemput duduk bang."ajak Aliff.

"Tak payah ajak memang abang nak duduk pun, alang - alangkan adik - adik ipar abang ada sini. Apa salahnya suruh korang belanja abang ipar korang makan ke minum."katanya selamba.

"Oh ha, order lah biar Am, Aliff yang bayar."tutur Amirul.

Aliff yang tersengih terus sahaja diam.

"Apakah?"

"Tak salahkan belanja abang ipar."ujar Amirul seraya mengangkat keningnya seakan Ziana Zain.

"Haah tak salah pun. Tadi kemain kau nak sebut nama kau lepastu kau petik nama aku."omel Aliff sebelum dia memanggil pelayan di cafe itu.

......

"Apa?"jerit Puan Asmah.

"Yang mak nak jerit - jerit ni kenapa? Bingit lah telinga Nissa."marah Anisa di hujung talian.

"Berani dia tolak kau macam tu? Berlagak sangat abang sepupu kau tu."marah Puan Asmah.

"Entah dia tu. Dia suruh Nissa mintak kerja dekat office pak long."kata Anisa geram.

"Lepastu kau buat apa je?"soal Puan Asmah lagi.

"Buat malu Nisa je jerit panggil dia, tapi dia boleh buat tak tahu lepastu blah macam tu je. Malu Nisa. Nisa pergi terus dari situ."jawab si anak.

"Kau pergi ke pejabat pak long kau tu?"

"Pergi lah, tapi pak long takde. Dia keluar."

"Dah tu seka–"

"Dah lah mak. Penat lah."tutur Anisa lalu mematikan talian. Telefonnya di campak di atas katil.

"Erghh! Geramnya aku!"jerit dia sekuat hati.

"Hoi, Nisa! Kau apa hal?"jerit kawan serumahnya itu.

"Takde apa - apa lah."sahut dia dari dalam bilik.

"Jangan nak menjerit, aku nak tidur malam karang kerja."marah kawannya lagi.

"Ya lah! Kau tidur je lah!"tengking Anisa.












.....

Maaf lambat... Maaf hambar... Maaf jika banyak typo...

SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)Where stories live. Discover now