HARI mereka bermula seperti biasa tapi sebelum pergi kerja tadi abang Aaira, siapa lagi kalau bukan Aarif ada menelefonnya bertanyakan khabar.

Itu okay lagi tapi dia siap kena sakat dengan abangnya yang biul itu.

Kata abangnya pagi tadi "untung lah orang tu dekat dengan buah hati dia"

"ehh mestilah itu orang kata namanya jodoh" Aaira membalas tenang

"eh eh eh tapikan bukan orang tu bertepuk sebelah tangan je ke HAHAHAHAH..." Aarif gelak besar, saja nak menyakitkan hati Aaira

" eeee kurang asam punya abang tunggu lah bila Aaira dah start misi pikat captain Aaira tu abang tengok lah macam mana dia angaukan adik abang yang cantik ni tiap tiap hari" kata Aaira yakin dan cuba memberi semangat kepada dirinya sendiri

"elehh kita tengok jela nanti ye cik adik sayang" kata Aarif sambil ketawa lebih kuat.

Di sebabkan sakit hati, Aaira terus end call.

bila teringat balik kejadian tadi hatinya makin bertambah sakit, siap lah Aarif nanti bila dia balik rumah, dia kerja kerja kan abangnya itu bukan nak bagi moral support dia downkan kita lagi

"doktor Aaira tolong!" jerit nurse Jue yang sedang menolak seorang pesakit di atas katil bersama dengan 2 lagi nurse

"kenapa ni?" Aaira menyoal dalam keadaan cemas,

dia kemudian bersama sama menolak katil pesakit itu ke bilik kecemasan

"pakcik ni accident, dia dulu salah seorang pegawai tentera tapi dah bersara. Rumah dia berdekatan dengan kem. Kepala pakcik ni cedera teruk terhentak dekat atas jalan raya masa dia kemalangan" terang nurse Jue

"kenapa tak hantar dekat hospital kem?" soal Aaira padahal pakcik ini bekas tentera kot

"mula mula mereka hantar dekat hospital kem tapi hospital sana tak cukup peralatan jadi mereka tolak pesakit ke sini" Aaira jatuhkan kepala tanda faham

"okay kita bawa pesakit masuk dekat bilik pembedahan" mereka menuju ke bilik pembedahan.

1 jam mereka di dalam bilik pembedahan, mencuba sebaik yang mungkin untuk menyelamatkan pakcik ini kerana bahagian kepalanya banyak kehilangan darah,

dia jadi takut kalau kalau tak sempat nak selamatkan pakcik ini, namun dia cuba sedaya upaya selebihnya dia serahkan pada allah.

Alhamdullilah, pembedahan ke atas pakcik itu berjaya, dia mengabarkan berita ini kepada waris tentang keadaan pesakit yang sudah stabil.

Dia nampak bertapa gembiranya isteri pakcik itu selepas mendapat perkhabaran darinya, anaknya juga turut menangis dan memeluk ibunya














PETANG itu Aaira dan Syafiqah pulang awal dari hospital, Syafiqah mengajak Aaira jogging di dalam kem.

Sambil itu boleh cuci cuci mata tengok abang abang tentera bujang berjogging kata Syafiqah ya bukan Aaira.

Hampir 2 round juga mereka berjogging kali kedua memang tuah Aaira kerana mereka terserempak dengan Luth Haiyyan juga sedang berjogging seorang diri.

Mereka bertembung tapi Luth Haiyyan tak perasan Aaira sebab matanya sibuk memandang bawah 'memang betul pemalu ni kalau terlanggar orang tak ke naya sebab tak pandang depan' kutuk Aaira dalam hati.

Aaira yang tak puas hati berpatah balik mengejar Luth Haiyyan tanpa sempat Syafiqah melarang,

dia membuat keputusan untuk sambung berjogging dan membiarkan Aaira mengejar Luth.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now