"Kamu jangan macam-macam Irfan...Akak bukan tak kenal perangai kamu. Kakak kamu tu kawan abaik akak..."

"Kak! Saya tahu la saya ni teruk,tapi saya ikhlas berkawan dengan Hartini dan saya tak pernah seikhlas ni selama ni...Puas hati?"

Maisara seakan terkaku mendengar apa yang dituturkan Irfan. Dengan pantas dia memberikan alamat rumah Hartini kepada Irfan dan Irfan menyambutnya dengan senyuman lebar...

....................................................................................................................................................

Hartini memotong sayur sawi dengan perlahan. Fikirannya melayang terbang entah kemana. Dia tahu hatinya masih lagi sakit, pedih...Ya Allah...Kuatkan semagat hambamu ini! Dia teringat bagaimana pertemuan tanpa disengajakan dengan jiran Adila pagi tadi akan membawa khabar duka buatnya..

Hartini membelek perlahan sayur yang ingin dibeli. Dia mahu masakkan makanan yang paling istemewa untuk keluarganya. Esok hari lahirnya, dan malam ini dia mahu meraikannya bersama ayah dan adik-adik tersayang. Acuan untuk kek juga telah dihafalnya, segalanya mahu dilakukan bersendirian tanpa bantuan kedua adiknya iaitu Hardina dan Haryani. Setiap tahun, dia akan lakukan perkara yang sama tanpa rasa jemu, kerana hari istemewanya itulah yang akan membuatkan perasaan kasih kepada arwah ibu semakin mendalam. Dia tahu, ibu bertarung nyawa untuk melahirkannya dan dia juga tahu sukarnya ibu untuk mendidiknya menjadi anak yang berguna. Kasih sayang arwah ibu walaupun hanya seketika akan dia simpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Dan, setiap tahun, pada hari istemewa itulah dia akan berjanji untuk menjadi anak dan kakak terbaik untuk adik-adiknya. Dia mahu memegang amanah arwah ibu sebaik mungkin, mahu menjadi hamba tuhan yang sebaiknya.....

" Tini, tak kerja hari ni?" Ada suara ramah menegurnya. Dia mengangkat muka dan tersenyum.

" Tini ambil cuti hari ni Mak Nab..."

Dia menjawab tenang. Begitulah setiap tahun, cuti akan disimpannya untuk hari istemewa itu.

" Banyak beli barang? Buat makan-makan ke?" Mak Nab mengusik.

" Tak adalah Mak Nab, masak biasa-biasa je...Dah lama rasanya Tini tak masak untuk adik-adik. Mak Nab beli gula banyak-banyak ni nak buat apa? Kan harga gula naik..." Hartini mengusik. Dia melihat wajah Mak Nab sedikit berubah.

" Eh, Tini tak tahu?"

Hartini menjungkitkan bahu. Tahu apa?

" Ish...Bukan ke Adila anak Senah tu kawan kamu?"

Mata Hartini bercahaya saat nama Adila meniti di bibir Mak Nab. Mak Nab merupakan jiran Adila dan merupakan kawan baik Ibu Adila.

" Adila balik Mak Nab? Saya dah lama tak jumpa dia...Hampir enam bulan. Biasanya kalau cuti semester macam ni, dia rajin datang rumah..." Ramah dia bercerita tentang kawan baiknya itu. Terasa rindu pula pada satu wajah comel dan sering membuatnya tersenyum.

" Adila dah balik seminggu, dia kan bertunang malam ni..."

What? Jantungnya seperti berhenti berdengup. Dia terkaku...Seakan tidak percaya!

" Adila nak bertunang? Malam ni? Betul ke Mak Nab...Bukan kakak dia?"

Dia cuba berlagak tenang tetapi tidak boleh. Apa yang disampaikan oleh Mak Nab begitu mengejutkannya dan dia tidak faham kenapa perkara penting sebegitu, Adila perlu berahsia dengannya?

" Eh, kamu ni...Tak kan la Mak Nab tersilap dengar pulak. Hari-hari Senah bercerita dengan Mak Nab, lagipun Adila kan dah abis belajar...Mak Nab rasa Adila sengaja nak beri kamu kejutan. Mungkin petang ni dia akan ke rumah kamu dan berterus terang tentang pertunangan dia dan Saiful"

Tuhan, Izinkan Aku MenyintainyaWhere stories live. Discover now