Aaira yang pantang mendengar nama Luth terus menoleh ke arah kiri mereka.

Tak tahu apa yang merasuk dirinya dia mula bangun dan mendekati meja dua orang lelaki itu

"eh Aaira kau nak pergi mana" tak sempat Syafiqah menahan sahabatnya itu telah sampai di meja sebelah.

Luth dan Arshad mendongak sedikit ke atas untuk melihat figura yang berdiri betul betul di sisi meja mereka, rasanya makanan dan minuman yang mereka pesan semua telah sampai

"ehh doktor Aaira" tegur Arshad dulu manakala Luth sambung makan tanpa mempedulikan kehadiran Aaira di sebelahnya.

Aaira yang melihat Luth seperti tidak mengalu alukan kedatangannya agak sedikit kecewa.

Tapi ini Aaira Nasrin yang tidak mudah mengalah, dia kemudia terus menarik kerusi di sebelah Luth Haiyyan dan duduk,

Syafiqah yang melihat kejadian itu membulatkan mata melihat sikap selamba sahabatnya, walaupun dia dah masak dengan perangai Aaira tapi tak sangka pula wanita itu memulakan langkah segelojoh ini.

Syafiqah yang tidak betah melihat Aaira yang sibuk merenung Luth Haiyyan itu terus bangun dan mendekati mereka bertiga

"hai" Syafiqah menegur mereka

"ehh doktor Syafiqah, hi jemput lah duduk" Arshad yang peramah itu mempelawa Syafiqah duduk di sebelahnya, mana lagi nak duduk meja ini ada 4 buah kerusi sahaja, kerusi di hadapan Luth manakala di sebelah Luth, Aaira dah duduk jadi hanya tempat di sebelahnya sahaja yang kosong.

Syafiqah yang dipelawa itu mula melabuhkan punggung, tak macam Aaira orang tak jemput tiba tiba saja dah duduk

"datang sini bercuti ke doktor?" tanya Arshad kepada Syafiqah, nak tanya Aaira memang tak lah bila gadis manis itu sibuk merenung Luth Haiyyan.

Bukan Arshad tak tahu bahawa sahabatnya tidak berapa selesa ditenung sebegitu rupa, maklum lah Luth Haiyyan itu pemalu

"tak lah kitaorang datang sini sebab bertugas dekat hospital berdekatan kem" jawab Syafiqah

"ouhh ya, jadi awak berdua duduk dekat mana? Hospital ada sediakan hostel ke?" bagus Arshad ni, banyak mulut.

"hospital ada sediakan hostel tapi kami berdua tak duduk dekat sana sebab temankan kakak saudara Aaira" Arshad mula tangkap

"ya Allah saya lupa, tuan Hanif ada kursus, jadi awak berdua la yang temankan puan Afiya ya?" Syafiqah jatuhkan kepala

"kami berdua tak sangka dapat bertugas dekat sini, dapat tahu pun sehari sebelum nak ke sini kan Aaira" Syafiqah saja memasukkan Aaira dalam perbualan mereka,

tak sanggup lagi dia melihat Aaira seperti orang mabuk cinta, asyik melihat wajah Luth Haiyyan, bukan dia tidak nampak muka lelaki itu tidak selesa bila Aaira asyik merenungnya

"apa dia iqa, aku tak dengar tadi" Aaira memandang ke arah Syafiqah bila terdengar namanya disebut

"aku cakap kita dapat tahu nak bertugas dekat sini sehari sebelum kita gerak ke kem kan" Syafiqah terpaksa mengulang ayatnya semula

"ouhh haah kelam kabut juga lah kitaorang nak kemas barang, nasib baik sempat" Aaira mengiyakan kata kata Syafiqah

"berapa lama doktor Aaira dengan doktor Syafiqah dekat sini?" tanya Arshad manakala Luth dari tadi hanya mendiamkan diri,

dia nak tanya apa lagipun semua maklumat sudah di beritahu oleh mejar Hanif

"kitaorang stay sini 2 minggu. Captain Arshad tak payah lah panggil kami berdua doktor nampak janggal pula lagipun kita dekat luar" kata Aaira tidak selesa bila orang memanggil panggilan doktor kepada dirinya bila di luar hospital, nampak terlalu formal

"okay tapi saya pun nak awak berdua buang captain tu juga panggil Arshad je dah cukup" Arshad melihat ke arah Luth Haiyyan yang sudah selesai makan, lelaki ini memang tak banyak mulut bila dengan perempuan.

Akhirnya makanan yang dibungkus Aaira dan Syafiqah sampai, selepas membuat bayaran mereka meminta diri untuk pulang

"kitaorang balik dulu Arshad, Captain Luth kalau ada masa kita jumpa lagi" kata Aaira dia tersenyum ke arah Arshad Shah yang turut membalas senyumannya.

Nak senyum pada Captain Luth dari tadi lelaki itu hanya tunduk tak memandang ke arahnya, dia agak sedikit kecewa

"inshaallah, ada masa kita jumpa lagi" balas Arshad.

Lalu Aaira dan Syafiqah bergerak keluar dari kedai makan dan menuju ke kereta.

Belum sempat Aaira nak tekan butang pada kunci kereta, tiba tiba dia terasa seperti ada sesuatu yang menyucuk di bahagian pinggangnya

"kalau kau tak nak kena tikam baik kau bagi duit kau dekat kitaorang" bila dia cakap kitaorang tu Aaira terus memandang Syafiqah,

sahabatnya juga diperlakukan sama seperti dirinya tapi Syafiqah terus diacukan pisau ke lehernya oleh seseorang yang memakai topeng.

Aaira jadi takut

"cepat lah kau tunggu apa lagi keluarkan semua duit yang kau ada!" hampir menjerit lelaki itu tetapi ditahan takut orang di dalam kedai terdengar suara mereka

"macam mana aku nak amik duit aku kalau kau acukan pisau dekat pinggang aku" kata Aaira berani,

lelaki itu terus menjatuhkan pisau dari pinggang Aaira
















SEMENTARA itu Luth menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran

"dik nak bayar" kata Luth Haiyyan kepada penjaga kaunter itu

"meja nombor berapa bang?" soal gadis itu

"meja no 6" gadis itu terus mencari kertas pesanan makanan yang di order oleh Luth

"ouhh tadi ada dua orang gadis dah bayarkan untuk abang" gadis itu baru teringat,

dia sudah dapat mengagak siapa dua orang gadis itu mesti Aaira dan Syafiqah

"okay tak apa lah dik, terima kasih" dia terus berlalu ke meja

"jom balik, harini bukan aku yang belanja"

"aikk, habis siapa?" Arshad pelik takkan owner kedai ni belanja pula, tak mungkin lah mereka bukan kenal walaupun banyak kali mereka makan di sini

"mungkin Aaira atau Syafiqah yang bayar budak perempuan yang jaga kaunter tu cakap dah ada dua orang perempuan yang bayarkan makanan untuk kita" cerita Luth Haiyyan

"ouhh... aku rasa tu mesti Aaira sebab aku nampak tadi dia yang keluarkan purse dia dari handbag" Arshad tahu sebab dia duduk menghadap kaunter

"ehh jom la kejar diaorang aku nak cakap terima kasih, aku rasa sempat lagi ni" sambung Arshad dia kemudian berlari anak menuju keluar kedai makan itu.

matanya meliar liar mencari kelibat Aaira dan Syafiqah

"mana ehh takkan dah balik kot" Arshad garu kepala yang tidak gatal

"mungkin dah balik kot, yela kita keluar 5 minit lepas diaorang keluar" Luth siap melihat jam tangan di tangan kirinya.

Tiba tiba mereka mendengar teriakan seseorang "tolong!!!"

"ehh jom kita pergi tengok" kata Arshad, mereka berdua berlari ke arah bunyi jeritan tadi

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Onde histórias criam vida. Descubra agora