"... tunggu dia dah muncul baru sebut balik" sambung Taehyung buatkan Sujeong tersenyum nakal

****

Taehyung singgah di rumah Dahyun untuk bermain dengan anak buahnya. Dahyun hanya memerhati dengan senyuman lembut. Kadang-kadang dia turut tertawa tatkala Taehyung membuat jenaka pada anak-anaknya.

"Oppa" Dahyun memanggil buatkan Taehyung segera berpaling dengan sekali sahutan

Dahyun tersenyum kepada Taehyung sebelum memulakan percakapannya "Ni lah Oppa yang hyun kenal dulu. Ceria selalu, masuk air. Dahyun rindu oppa 6 tahun yang dulu. Akhirnya, dia muncul balik."

Taehyung terkaku dengan kata-kata Dahyun. Tak pernah dia terfikirkan tentang perubahan perasaannya.

"Taehyung 6 tahun dulu ada dekat depan Hyun sekarang. Jangan risau, oppa takkan hilang lagi"dia mengukir senyuman lembut pada adiknya

"Maksudnya betul sangkaan Hyun 5 tahun lepas. Oppa perlukan keluarga, sebabtu Hyun berusaha nak carikan oppa pasangan, tapi.... " Ayatnya terhenti lalu riaksi wajahnya berubah kecewa mengenangkan kisah lama

"Tak apa lah Dahyun. Nanti ada la tu jodoh oppa" jawab Taehyung yang sudah pun reda dengan takdir "Oppa masih tunggu dia ke? Itu sebab oppa tak cari lain kan?" soalan Dahyun hanya dibalas dengan senyuman pasrah Taehyung

***

Api ditutup setelah terbau aroma nasi goreng yang dimasaknya. "Nasi goreng...." fikiran Jisoo menerawang ke 5 tahun lepas dimana dia memasak Nasi goreng untuk keluarga Taehyung atau lebih tepat, untuk Jinyoung. Rindu...

Kini dia perlu segera menghantar nasi goreng tersebut pada kawan-kawannya. Setelah siap memakai kasut, dia mula melangkah sambil membawa bekas nasi goreng

Lisa pesan kepadanya agar cepat kerana dia sudahpun menunggu di taman. Langkahnya yang laju menyebabkan dia terlanggar bahu seorang lelaki

"Mianhae! Saya nak cepat, saya minta maaf sangat-sa---"
Bekas yang dipegang Jisoo jatuh ke tanah

***

"melampau betul kelembapan Jisoo ni" Lisa melirik jam ditangan. Geram akibat ketidak hadiran Jisoo. "Dia cakap dia on the way, 5 minit lagi sampai la tu" Pujuk Nayeon sambil melanggar bahu Lisa dengan bahunya

"Entah-entah, dia kemalangan" sampuk Sana buatkan mereka semua terkejut

"Aku nak pergi cari dia" Pantas Lisa bangun dari duduknya dan berlari pergi. Chaeyoung memukul bahu Sana "Kenapa kau cakap macamtu?" marahnya

"Aku.. Aku cakap.. Je"Sana menggaru kepalanya. Nayeon yang bengang dengan Sana memalingkan pandangannya pada anak Chaeyoung dan anak Sana yang sedang berada jauh dari tempat mereka.

Masing-masing sedang berbual dengan lelaki dewasa
" Chaeyoung, Sana.. Anak korang bercakap dengan siapa tu? " Nayeon menunding kedua-dua jari telunjuknya pada anak mereka berdua yang berada di berlainan arah

Sana dan Chaeyoung cuak "Mark ai.. Anak aku nak kena culik!" Sana berlari mendapatkan anaknya, Sasha manakala Chaeyoung berlari mendapatkan Youngchae

"Tinggal la aku seorang di sini" Nayeon hanya memerhati mereka mengejar anak masing-masing. Kesian tak ada anak.

"Saya kan ada"

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now