50|Happen 𝗘𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴

121 25 15
                                    


Flashback

Tzuyu melarikan diri dari Got7 kerana dia kerap diganggu setan-setan itu. Laju dia berlari dalam ketakutan walaupun kakinya sakit akibat sering diikat Got7. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang sehingga terjatuh ke tanah

"Auch. Aduhai.. Muka lawa tapi buta. Sayangnya...." tegur lelaki yang baru dia langgar tadi sebelum berganjak pergi.

Tzuyu hairan melihat orang ramai di situ, depan bangunan SM. Mereka berkerumun sedang melihat seuatu seperti 'persembahan kecil'

Tzuyu melepasi orang ramai itu semata-mata untuk melihat gerangan yang sedang menyanyikan lagu 'Sunday Morning' dari Maroon 5.

Suaranya sangat mendalam. Walaupun sebutan inggerisnya tak terlalu betul, namun itu bukan alasan untuk Tzuyu tidak menyukai nyanyiannya. Suaranya buatkan Tzuyu jatuh cinta.

Dia tetiba teringatkan ayahnya yang selalu menyanyi di tepi jalan tapi itu perkara 5 tahun lepas sebelum perniagaan ayahnya maju. Dia sangat rindukan keluarganya. Tapi apakan daya? Dia masih tak ada Jodoh.

Tzuyu renung wajah penyanyi tu dengan lama. Perlahan-lahan matanya turun memandang gitar yang dipegangnya.

'Kim Taehyung' (Kelab Mencari Jodoh 016 xxxx xxx xx)

Tzuyu segera mengeluarkan telefonnya dan simpan nombor itu. Dia sambung menikmati persembahan Taehyung sambil tersenyum gembira

Tiba-tiba Mark merasuknya. Mark mengawal badannya untuk bawa balik ke rumah. Sampai sahaja di rumah, Got7 sudahpun menunggu di depan pintu. Tzuyu terus cuak setelah Mark keluar dari badannya "Dia pergi tengok lelaki menyanyi tepi jalan" Mark mengadu pada Got7

Jaebum menyilangkan tangan di dada "Jadi, kau jatuh cinta tak?" soal Jaebum tegas. Tzuyu menggeleng laju-laju. Badannya menggeletar kerana takut di dera lagi

Jackson menghampiri Tzuyu. Tangannya mengusap lembut rambut Tzuyu "Bagus Tzuyu, kalau aku tahu kau jatuh cinta,...." Jackson tetiba menarik rambut Tzuyu dengan kasar "Arghh arhh sakit" Jeritnya

"Bawa dia masuk. Ikat dia"Arah Youngjae. Jaebum memberi pandangan maut pada Youngjae" Kau pula bagi arahan. Kan aku yang Ketua"ucapnya geram "Kau lambat sangat" jawab Youngjae selamba sebelum masuk ke dalam rumah

Yugyeom menarik rambut Tzuyu sehingga ke dalam rumah. Tzuyu tak henti menjerit sakit. Badannya diikat dan di campak ke atas katil lalu Jaebum mengunci pintu biliknya.

Tzuyu tak dapat bergerak. Dia hanya mampu menangis. Jujur dia sangat bencikan ex dia sekarang ni,Jungkook. Semua wajah ahli keluarganya terbayang di fikirannya. Rindu  yang teramat.

'Dia jodoh kau. Dia jodoh kau. Kau hampir dekat. Dia jodoh kau. Dia jodoh kau. Kau akan menang'

Tzuyu terkejut setelah mendengar bisikan itu. Seolah memberi petunjuk buatnya. Siapa jodohnya?

Setelah beberapa hari terperangkap dalam bilik, akhirnya dia di lepaskan. "Aku lepas kejap je untuk kau pergi tandas" kata Bambam. Tzuyu mengangguk. Dia memasuki tandas dan kunci. Tingkap tandas yang terbuka memberinya peluang untuk melarikan diri

Dia segera berlari ke tempat itu....
Kelab Mencari Jodoh dan bertemu dengan Dahyun

"Saya nak daftar" mintanya pada Dahyun "Baiklah. Sila tulis nama awak dulu dan ideal type awak, nanti kami akan hubungi awak semula" Borang di serahkan pada Tzuyu. Segera Tzuyu menyalin maklumat tentangnya.

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora