Aaira mengangguk tanda faham 'dah nak datang bulan rupanya'

"dah habis kan? jom lah balik risau pula aku tinggalkan kak Afiya sorang sorang dekat rumah" Syafiqah membalas dengan anggukan.

Mereka mengambil handbag dan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran













"ASSALAMUALAIKUM" Aaira mengetuk pintu rumah kakak saudaranya

"waalaikumusalam" jawab kak Afiya

"ya allah Aaira dah sampai dah" mereka bersalam dan berlaga pipi kemudian Afiya memeluk Aaira

"baru haritu kata nak teman akak, tak sampai berapa bulan dah datang balik" Afiya teruja campur gembira melihat adik saudaranya,

kemudian dia beralih pada Syafiqah yang dari tadi leka melihat mereka berdua.

Mereka bersalam dan berlaga pipi

"ouh ni lah kawan Aaira tu ya, Syafiqah kan?" kata Afiya ramah

"haah kak panggil Iqa je" Syafiqah tersenyum senang

" jom la masuk kita berbual dekat dalam" Aaira dan Syafiqah mengangkat beg mereka yang nampak agak berat tapi memang berat pun.

Macam setahun nak duduk sini melihat gaya mereka bawa beg.

"ha Aaira pergi la masuk bilik no 2 tu letak barang barang korang dekat dalam sana" Aaira yang memang sudah biasa dengan rumah ini membawa begnya diikuti dengan Syafiqah di belakang

"ha ni la bilik kita untuk 2 minggu aku harap kau selesa lah tidur berdua dengan aku satu katil" Aaira sibuk menyusun begnya di tepi meja solek

"kau punya cakap macam kita tak pernah tidur sekatil pula sebantal pun kita pernah tidur Aaira Nasrin" jawab Syafiqah,

dia kemudia merebahkan badannya di atas tilam

"wah ni bukan tilam biasa biasa ni selesa macam dekat rumah aku" Syafiqah teruja sambil melompat lompatkan badannya

"memang lah rumah je kuartes tapi tilam kena tip top tapi itu abang saudara aku yang beli sebab tilam yang ada dalam rumah ni keras plus tak selesa tu yang dia beli tilam lain" jawab Aaira yang sibuk meletakkan barang makeupnya di atas meja solek

"jangan lupa simpankan ruang untuk aku letak barang aku" sempat lagi Syafiqah berpesan bila tengok Aaira punya barang makeup macam nak penuh satu meja solek

"iyaa aku tahu lah" jawab Aaira yang masih leka menyusun barang makeupnya di atas meja

"dah la aku nak tidur sekejap, dah nak masuk waktu asar nanti kejut aku tau" kata Syafiqah kemudian Aaira nampak wanita itu sudah terlelap keletihan,

Aaira jadi tertanya tanya siapa yang bawa kereta ni.

Kepala di geleng kemudian dia sambung mengemas barang.

Setelah berpuas hati melihat barang makeup nya yang cantik tersusun di atas meja solek

Aaira terus menuju ke ruang tamu, dia melihat kak Afiya sedang leka menonton drama

"mana Iqa?" tanya kak Afiya bila melihat hanya Aaira sahaja yang keluar dari bilik

"hmm... tidur kak macam dia pula yang bawa kereta" perli Aaira.

Afiya hanya tersenyum sahaja

"alahh biasa lah tu jalan jauh keras punggung duduk dalam kereta lama lama" Afiya membela Syafiqah yang sedang tidur di dalam bilik

"ni akak dah makan belum?" tanya Aaira

"dah pagi tadi punya nasi goreng ada lebih akak panaskan jela, nak masak korang semua dah makan dekat luar" kata Afiya tapi matanya fokus pada televisyen.

Aaira yang melihat kakak saudaranya itu fokus menonton drama tak jadi nak borak lebih lebih takut menganggu  kosentrasi kak Afiya












"CEPAT lah Aaira Nasrin kita kena gerak awal" jerit Syafiqah yang ketika itu berada di dapur membuat air milo

"ye ye dah siap ni" Aaira keluar dari bilik dan pergi ke dapur untuk mengambil cawan untuk mereka bertiga sarapan

"mana kak Afiya" tanya Aaira

"tu dekat luar beranda sidai baju" Syafiqah memuncungkan mulutnya itu

"kak, sarapan jom" ajak Aaira

"ha korang sarapan dulu akak nak sidai baju kejap, sikit je lagi" jerit kak Afiya.

Aaira yang mendegar perkataan makan dulu terus menarik kerusi untuk duduk,

dia membuka nasi lemak yang dibeli di gerai berdekatan dengan kem dan mengambil sudu

"pergh sedap betul pandai aku pilih gerai nak beli nasi lemak ni" Aaira puji diri sendiri

"eleh angkat bakul sendiri lah kau ni bukan ke kak Afiya yang bagi tahu kedai mana yang sedap"

"memang lah tapi aku ni bab bab nak ingat kedai mana memang fail aku pilih random je tadi" kata Aaira yang tak senonoh makan sambil bercakap,

sampai tersembur nasi dalam mulutnya tapi si Syafiqah ni tak perasan sebab leka membuka bungkusan nasi lemak

"dah korang jangan membebel lagi, cepat makan nanti lambat habis kena sound dengan doktor dekat sana" kak Afiya yang entah bila datang terus duduk bersebelahan dengan Aaira

"ouhh haah laa cepat sikit Iqa nanti lambat aku tak nak kena sound first day bertugas" kata Aaira kemudian dia makan lebih cepat daripada tadi tapi tetap berhati hati takut tersedak

"aku dah habis, aku tunggu kau dekat bawah ehh jangan lambat tau" kata Aaira selepas dia selesai minum secawan milo panas yang dibuat oleh Syafiqah.

Dia kemudian mengambil handbag yang berada di dalam bilik dan menuju semula ke arah meja makan.

Tangan dihulur untuk bersalaman dengan kak Afiya kemudian kakinya terus menuju ke arah kereta honda crv miliknya dan memanaskan enjin sementara menunggu Syafiqah.

Dalam beberapa minit menunggu akhirnya Syafiqah muncul dan masuk di bahagian penumpang

"dah jom gerak"

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now