Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Mak aku ?. Ada je . Ayah aku ?. Yang pasti hidup agi .
Jadi siapa lelaki tinggi pakai apron kuning yang tengah cedok sup dalam mangkuk ni .
Dialah Kim Do Young — mak aku.
Sup ayam tu dihidang depan aku. Aku pandang Doyoung yang amik tempat depan aku . Dia dah mula makan dengan muka tenang . Lepas beberapa suap, dia berhenti dan angkat muka. Pandang aku dengan muka poyo.
" kenapa ? "
Aku silang tangan.
" kau tak cuba bunuh aku kan ?. Sup ni , bersih ke ?. Atau kau bubuh racun ?" .
Do Young tenung aku dengan muka poyo 2.0 dia. Dia amik sup aku dan tukar dengan milik dia . Lepastu , dia selamba meneguknya sampai habis licin. Mulutnya dilap dengan tangan.
" puas ?. Kalau aku nak bunuh kau , aku dah boleh buat lama dulu dah " tutur Do Young dengan jelingan . Dia bangun untuk topup balik supnya.
Aku cuma pandang. Sudu aku amik dan mula hirup sup tadi tu. Sedap .
Malam tadi memang kacau bilau . Mak kena tangkap sebab hutang ayah dan dipaksa kerja bawah mereka sampai hutang ayah selesai . Dan — ex aku— Kim Do Young ni rupanya cuma kapel dengan aku untuk pantau keluarga aku supaya tak lari. Dan sekarang ni , dia ditugas pulak untuk pantau aku secara dekat in case mak lari jugak macam ayah.
" mak aku , dia kerja di mana ?"
" sebuah bar "
" dimana ?"
Do Young berhenti lagi makan. Muka dia nampak bengang.
" kau tak perlu tahu ..makan sekarang "
Aku genggam sudu aku dengan kuat. Rasa kena khianat sangat .
" kau memang tak ada feeling pada aku pun ke selama ni ?"
Doyoung akhirnya menghentakkan chopstiknya ke meja . Okay — dia memang marah.
Dia kemudian keluarkan telefon dari kocek seluar dan paparkan ke aku. Kat wallpapernya , ada gambar seorang perempuan yang pegang bunga sambil senyum.
" ini tunang aku . Aku sepatutnya kahwin dengan dia tapi sebab keluarga kau — aku kena tangguh kahwin dengan dia " dia tarik balik telefon dia dari pandangan aku. " lagi satu , kita cuma kapel sebulan je dan kau tu budak lagi — kau ingat aku nak serius ke ? . Bengong betul " .
Doyoung sambung makan.
" aku serius dengan kau. Aku suka kau "
Nasi tersembur keluar mengena muka aku . Mata Doyoung membutang pandang aku. Dia naikkan kening dia .
" aku gangster tau "
" jadi ?"
Doyoung ketuk dahi aku dengan sudu besi dengan kuat .
"Aduh !. YAH !"
" aku sekarang ni bukan ex kau atau budak nerd kolej yang kau jatuh cinta tu . Aku mak kau "
Aku diam. Sambil pegang dahi yang merah , aku bangun dari kerusi dan terus hentak kaki masuk bilik.