03

50 2 0
                                    

Tok! Tok! Tok!

Terdengar bunyi pintu rumah diketuk bertalu-talu. Ketika itu, Aara Qayla sedang memasak di dapur. Dia lebih suka membawa bekal ke tempat kerja dan itu merupakan tabiatnya sejak dahulu lagi. Tambahan pula, Aara Qayla ialah seorang yang amat sederhana.

Tangan Aara Qayla berhenti mengacau. Dia mengecilkan api. Lalu berjalan menuju ke arah pintu utama rumahnya. Dia membuka pintu rumah lalu melihat teman lelakinya, Huzair sedang berdiri di hadapan rumahnya. Aara Qayla kaget.

"Ish! Buat apa kat sini?" soal Aara Qayla separa berbisik.

"Jemput baby," jawab Huzair.

"Saya tengah masak la. Pergi la dulu. Nanti mak nampak," kata Aara Qayla sambil menoleh ke kiri, kemudian ke kanan. Bimbang jika Puan Jasmine ada di situ.

"Mak, mak, mak. Takut sangat dengan dia tu," rungut Huzair.

"Please... Awak g dulu, ya. Jumpa kat tempat kerja. Bye, see you later." Aara Qayla tidak mahu Huzair berlama-lama lagi di situ.

"Yelah, yelah. Bye." Huzair tidak mahu bertelingkah dan memanjangkan hal di situ.

Aara Qayla menutup pintu rumah dalam keadaan tergesa-gesa. Kemudian, dia menyambung memasak semula. Dia perlu bersiap cepat kerana Huzair telah bergerak ke tempat kerjanya.

Seusai memasak, Aara Qayla membuka pintu kabinet untuk mengambil bekas makanan yang bersih untuk digunakan. Kemudian, dia membuka tudung periuk nasi dan mencedok isinya ke dalam bekas makanan itu. Selepas itu, dia mencedok lauk, lalu menutup kesemua bekas makanan dengan ketat dan kemas. Sesudah itu, dia menukar pakaian.

Selesai menukar pakaian, Aara Qayla mengambil kunci skuter dan helmet yang diletakkan di atas kabinet kasut. Lalu bergegas menuju ke tempat kerjanya.

Setiba di tempat kerja, Aara Qayla terlihat Huzair sudah tercegat di muka pintu Secret Recipe. Berkali-kali dia melihat jam yang melingkar di pergelangan tangannya.

"Hai, awak." Aara Qayla menyapa.

"Lambatnya... Lama tunggu tau. Jom, minum dulu. Ada hal sikit nak bincang," kata Huzair dengan wajah mencuka.

Dada Aara Qayla terasa berdebar-debar. Entah kenapa hatinya rasa tidak sedap. Kakinya melangkah mengikut derap langkah teman lelakinya itu. Selang beberapa minit, mereka tiba di sebuah restoran. Mereka menuju ke satu sudut lalu melabuhkan punggung di situ.

Selepas memesan makanan dan minuman, mereka duduk berdiam diri seketika. Di meja bersebelahan dengan mereka kelihatan sepasang lelaki dan wanita duduk berbual-bual dengan suara yang sederhana.

"Mak tu ada masalah apa ngan baby?" soal Huzair. Aara Qayla tersentak dengan soalan itu.

"Entahlah. Saya pun tak tahu," jawab Aara Qayla perlahan.

"Baby tak bosan ke hari-hari kena bebel, kena marah ngan mak?" soal Huzair lagi.

"Bosan. Tapi nak buat macam mana? Memang perangai mak macam tu," balas Aara Qayla.

Huzair berfikir seketika. "Ha! Baby nak stay dengan biy, tak?" teruja Huzair bertanya.

"Hah?! Stay dengan awak?" Aara Qayla kaget. Dia berat hati untuk menerima pelawaan teman lelakinya itu. Hendak ditolak bimbang pula Huzair akan berkecil hati. Lagipun, dia sudah berjanji dengan dirinya untuk tidak mudah menerima pelawaan mana-mana lelaki walaupun teman lelakinya sendiri. Aara Qayla kebingungan.

Huzair berdecit geram. "Ala, chill la! Biy sayangkan baby."

"Macam tak manis pulak, awak." Aara Qayla cuba menolak dengan cara lembut.

Terlalu MemujaWhere stories live. Discover now