Sampai sahaja di aras 7 mereka tercungap cungap sambil dan cuba bernafas dengan tenang,

selepas hampir beberapa minit berdiam Aaira memandang Syafiqah "tula kau kalau nak cerita tu tengok lah dulu keadaan kan tak pasal pasal dah terkena" bebel Aaira

"babe mana lah aku tahu aku ingat okay je kalau aku cerita adoii aii meremang bulu roma aku sampai sekarang" Syafiqah mengosok gosok lengannya untuk menghilangkan rasa takut dan gemuruhnya.

First time dia kena walaupun hanya gangguan bunyi

"mungkin sebab kita curi rehat masa waktu kerja tu yang dia halau kita, dah aku nak buat kerja kau pun pergi lah sambung kerja" kata Aaira.

Semasa dia berjalan menuju ke wad, Aaira mendapat panggilan dari ketuanya iaitu doktor Hisyam untuk segera ke biliknya.

Aaira pantas berjalan ke lif sempat dia beritahu Syafiqah hal ini sebelum dia masuk ke dalam lif,

sampai saja dia di tingkat paling atas terus dia menuju ke bilik doktor Hisyam selaku ketuanya.

Sebaik sahaja dia mendapat izin untuk masuk terus dia berdiri depan meja ketuanya tapi dia ditegur "eh kenapa kamu berdiri duduk lah" Aaira menarik kerusi dan terus melabuhkan punggungnya.

"kamu tahu kenapa saya panggil kamu ke sini?" tanya Doktor Hisyam

"tak, saya tak tahu" jawab Aaira jujur

"awak ingat lebih kurang sebulan lepas awak minta cuti sebab melawat kakak saudara awak di kem?" serius  muka doktor Hisyam menyoal

"ya saya ingat, kenapa doktor?" Aaira tertanya tanya kenapa pula dia ingatkan aku pasal cuti tu

"saya nak awak ke sana untuk bantu doktor di hospital berdekatan kem tersebut, saya dapat panggilan dari salah seorang pegawai mereka untuk menghantar dua orang doktor kita untuk ke sana" terang doktor Hisyam

"boleh saya tahu kenapa mereka minta dua orang wakil doktor kita untuk ke sana?" walaupun takut untuk menyoal tapi dia berhak untuk tahu, kan?

"kebanyakkan doktor dekat sana terpaksa menghadiri kursus yang di jalankan di sekitar Johor, beberapa orang doktor di hospital kita juga ada yang terpilih" baru dia teringat tentang kursus itu kerana Darren juga salah seorang doktor yang terpilih untuk ke sana

"boleh doktor lagipun senang kalau saya ke sana, saya boleh tumpang tidur di rumah kakak dan abang saudara saya" memang itu alasan doktor Hisyam menghantar Aaira ke sana

"ya sebab pihak hospital tidak menyediakan tempat tinggal sebab tu saya pilih awak" Aaira angguk angguk seperti burung belatuk

"baiklah, bila saya boleh pergi dan berapa lama saya di sana?"

"awak bertugas di sana selema 2 minggu dan awak akan pergi...." ayat doktor Hisyam tergantung

"esok jadi harini saya bagi awak pelepasan untuk balik awal, prepare yourself sebelum bergerak ke sana" dengar sahaja ayat tu Aaira rasa macam nak melompat sampai langit ke tujuh

"tapi..." Aaira kembali fokus 'alamak apa pula ni'

"awak kena bawa salah seorang rakan sekerja awak kalau boleh perempuan juga untuk join awak ke sana esok" fuhh lega hati Aaira ingatkan apa lah tadi

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें