•TKMN 16•

57 11 49
                                    

.
.
.

Target 30 komen for next chapter

Jangan lupa vote

.
.
.

Byul Pov

Pagi subuh sudah menjelang, kami berdua masih berpelukan selepas melakukan aktiviti wajib dilakukan pada malam tadi.

Memang penat tapi berbaloi huhuhu...

Tiada siapa nak bangun daripada posisi ini sangat selesa malas nak dileraikan.

“Abang sampai bila kita nak macam ni?” Soal aku. Lengan sasa Yoongi semakin memeluk erat pinggang rampingku.

“Pagi masih buta baik sambung tidur.” Ujarnya dalam keadaan mata tertutup.

“Sekarang pukul 11 pagi masih pagi buta lagi ke abang?” Tanya aku lagi tetapi Yoongi pekakkan telinga.

“Abang penat sangat sayang semalam abang banyak berolahraga.” Dia memberi alasan tak logik.

Bukan patutnya aku yang penat? Dasar suami tak mithali.

“Abang boleh sambung tidur tapi sayang nak mandi.” Cuba meleraikan lengan sasa Yoongi masih melekat pada pinggang ku.

“Alah jangan mandi dulu, abang memerlukan bantal peluk empuk.” Rengek Yoongi manja.

Bantal peluk? Ingat aku benda ke apa?

“Akkk!” Sakit cubitan hinggap pada lengan Yoongi. Pelukan kami terlerai maka aku mengambil kesempatan ini.

Lari!!!

“Yak Min Byul! Jangan lari!” Jerit Yoongi dengan penuh kekesalan.

Dang!

Pintu bilik mandi dihempas dengan kuat maka selamat aku daripada amukan pakcik tua itu.

_____

Kami berdua sedang makan tengahari bersama kedua-dua ibubapa Yoongi. Agak kekok pada mulanya sebab ayah Yoongi asyik memerhati kegiatan kami beruda dari tadi.

“Semalam apa cerita?”

“Uhuk! Uhuk!” Bukan aku tetapi Min Yoongi. Nasib dia tak tertelan tulang ayam goreng.

Sebagai isteri solehah aku menghulurkan segelas air kepadanya. Perlahan-lahan mengusap belakang badan suami tercinta.

“Aku anggap tu ya. Aku nak cucu banyak.” Selamba badak ayah Yoongi meminta cucu banyak.

Aku boleh je tetapi banyak proses perlu dilakukan huhu...

“Kami baru buat sekali tak semestinya terus jadi.”

“Jadi lepas makan buat lagi.”

“Appa!” Yoongi tak sangka apa yang dikatakan oleh ayahnya tadi.

“Appa Byul ok je nak cucu banyak tetapi Byul masih penat. Nanti ada masa kami sambung balik.”

Agak malu untuk diungkapkan tetapi dapat menghentikan pergaduhan tak moral antara ayah dan anak.

“Baiklah appa bagi masa.” Menyambung semula makanan yang masih tersisa tadi.

“Sayang betul ke nak anak banyak.” Bisik Yoongi. Aku membalas satu anggukan.

Mata Yoongi terus bersinar. Satu kucupan hinggap di pipiku.

Matilah aku lepas ni layan kerenah miang Yoongi dan kotakan permintaan appa. Very Good Byul diri sendiri cari masalah.

____

Selepas makan aku dan Yoongi pergi ke mall untuk membeli barang keperluan untuk honeymoon nanti.

Pada mulanya aku menolak sebab nak honeymoon di rumah (istana) Yoongi. Aku belum sempat lagi nak terokai rumah Yoongi.

Yelah aku baru beberapa hari tinggal di rumah itu. Jadi tak sempat jelajah rumah Yoongi.

Atas pujukan rayu daripada abang sugar hatiku cair terus setuju menerima honeymoon yang dicadangkan oleh appa tadi.

Kami honeymoon di Pulau Jeju je atas permintaan Yoongi. Aku teruja gila kerana sudah lama tak pergi sana.

Kali terakhir aku ke sana semasa mendiang ibuku masih hidup. Memori itu tak boleh aku lupakan.

Tempat pertemuan antara eomma dan appa. Romantik tak mereka berdua?

“Sayang jangan lupa beli sunblock, abang tak suka kulit abang terbakar. ” Pesan Yoongi.

“Selain sunblock abang nak beli apa lagi?”

“Abang nak beli baju renang. Mesti baju renang lama abang tak sesuai dengan saiz badan abang sekarang.”

Kami berdua melangkah ke arah kawasan yang mempamerkan baju renang. Aku akui shopping bersama suami ialah perkara romantik yang diidamkan oleh para isteri.

____

Hampir satu hari kami shopping habis je shopping kami terus balik ke rumah. Yoongi seperti mayat hidup sampai saja di rumah. Dia mengatakan sangat menyesal pergi ke mall tadi.

Excuse me abang sugar... Ingat shopping satu jam cukup ke? Barang kita beli ini kebanyakan kau punya eh... Bukan aku.

“Baru balik? Seronok tak shopping tadi?” Tegur appa yang kebetulan bersantai di ruang tamu.

“Seronok appa. Banyak barang kami beli walaupun kebanyakan tak berfaedah langsung.” Perli aku tanpa sedar.

“Mesti Yoongi punya kerja kan? Budak tu suka boros appa dah banyak kali pesan jangan membazir tapi dia tak nak dengar.” Kata appa dengan savage.

“Malas nak dengar baik aku tidur.” Yoongi mencelah perbualan antara aku dengan appa. Panas hatilah tu hehehe..

“Sebelum kau tidur baik kau tolong isteri kau dulu. Barang kau beli tadi boleh tahan banyak tak kan kau biarkan Byul bawa seorang-seorang.”

“Bak sini!” Bentak Yoongi kesal aku terus menghulurkan barang kepadanya lalu di bawa ke bilik tidur.

Semasa naik atas tangga Yoongi menghentak kaki dengan penuh kekesalan.

Comellah Yoongi marah. Seperti kucing meow...

“Lama tak tengok Yoongi marah.” Ujar appa sayu. Kopi panas dihirup dengan nikmat.

“Appa Byul nak masuk bilik dulu.” Aku meminta izin appa membalas dengan satu anggukan.

.
.
.
.

(ᴏɢ) ᵗᵉᵐᵃⁿ ᵏʰᵃʸᵃˡᵃⁿᵏᵘ ᵐᵉⁿʲᵃᵈⁱ ⁿʸᵃᵗᵃ (ᴍʏɢ)Where stories live. Discover now