•TKMN 10•

104 17 28
                                    

.
.

Vanpire dah start online class jadi vanpire akan update time free je maaf sekiranya vanpie(readers) menunggu van update nanti😭

Sila baca dengan hati yang tenang dan riang my cutie vanpie ʚ♡ɞ

.
.




“Tuanku.” Panggil salah seorang maid yang berada di istana megah itu. Maid itu menelan air liur apabila  bersua muka bersama majikannya. Tatapan dingin menghiasi wajah orang itu, tiada senyuman terukir di bibirnya.




Tiada sahutan daripada sang majikan itu hanya mendongakkan kepala sambil memberi reaksi 'apa' pada mukanya.




“Tuanku ada seseorang menunggu tuanku. Dia berkata bahawa dia nak cari calon suami baru-”Maid itu baru habis berkata,  sang raja beredar dari tempat tahtanya dengan segera. Tidak perduli jika para maid memandang pelik ke arah baginda. Ada ke seorang raja berlari setempat sebab hal yang seremeh ini?




Sosok yang di cari sedang memeluk tubuh sambil bermuka masam di hadapan pintu utama istana. Dua orang pengawal gagah perkasa setia menjaga pintu utama itu, berusaha menghalang orang tidak dikenali cuba masuk ke istana tanpa kebenaran daripada orang atasan.





“Sayang.”Ujar sang raja dengan nada lembut, bibir terangkat sedikit melihat pujaan hati berseri hari ini. Walaupun pakaian wanita itu agak lunsuh tetapi kecantikan asli dimiliki oleh gadis tersebut tiada tandingan dengan perempuan yang berada di luar sana. 





“Abang tengok pengawal abang ini, sayang nak masuk pun tak boleh.” Adu si gadis manis itu manja. Sang raja pula tersenyum nipis melihat kelakuan pujaan hati berusaha masuk ke dalam istana.





“Biarkan dia masuk.” titah raja itu, kedua-dua pengawal itu mengundur ke belakang selepas mendengar perintah daripada raja. Tidak berani membantah, sekali membantah kepalamu dipancung. Ada yang berani?





Riak wajah wanita itu cerah semula apabila dibenarkan masuk ke istana. Dengan  anggun si gadis itu berjalan ke arah raja kesayangan dia.




Sesampai sahaja di hadapan raja itu dia segera memberi pelukan hangat kepada lelaki dia cintai itu. Yang di peluk turut membalas sambil menghidu aroma wanita yang  dia cintai itu.



Vanilla..




Aroma disukai oleh raja itu. Sangat lembut dan wangi apabila dihidu, menceritakan perwatakan orang itu sangat periang, lemah-lembut dan manja. Dia sangat menyukainya.





“Abang...” Ujar wanita itu perlahan. Raja itu meleraikan pelukan mereka sambil berkata apa walaupun mulut dia tidak mengeluarkan suara.





“Sayang nak ajak abang keluar bersama-sama boleh tak? Sayang rindu sangat nak luahkan masa bersama abang.” Pinta gadis itu, mereka jarang sangat meluangkan masa bersama sejak teman lelaki dia ditabalkan menjadi seorang raja. Nak berjumpa selalu ada halangan menimpa mereka berdua.





Gadis itu bukan anak kerabat diraja ataupun anak bangsawan, dia hanya orang biasa tinggal di kampung. Dia tidak pernah terfikir untuk jatuh hati dengan seorang raja yang sangat dingin, cilik dan kejam itu. Kalau hati dah terpikat tak kan nak biarkan begitu sahaja?




Mereka sudah lama saling mengenali daripada status kawan terus bertukar menjadi pasangan kekasih. Ikatan benang merah telah mereka cipta itu bersama-sama tidak akan pernah terputus sehingga maut menjemput mereka.




“Jom, abang dah lama tak keluar.” Tangan kasar pemuda dingin itu mengenggam jari-jemari kecil buah hatinya dengan lembut. Perlahan-lahan meninggalkan istana tersebut.



〘🐾〙




Yoongi's POV



Mimpi itu lagi....



Benda pertama selepas aku buka mata, aku berada di atas katil. Katil ini sangat besar dan lebar, boleh memuatkan sepuluh orang tidur sekali gus.




Bukan sepatutnya aku berada di luar hospital ke? Kenapa tiba-tiba aku ada di atas katil yang super mewah ini?



Tokk...

Tokk...

Tokk...





Bunyi ketukan pintu menarik perhatian aku, segera menoleh ke arah bunyi tersebut. Pintu dibuka dan menampilkan seseorang maid menjinjing dulang yang berisi makanan dan minuman.





“Maaf menganggu tuanku, hamba hantar makanan untuk tuan.” Katanya ramah sambil berusaha menyembunyikan rasa takut terhadapku.




Tangannya terus bergetar apabila semakin mendekat ke arahku. Sesampai sahaja di hadapan meja lampu dia segera meletakkan dulang itu  di atas meja.




“Aku di mana?” Tanyaku tapi dia tak menjawab. Aku berdecek tak suka, aku paling tak suka jika orang tak menjawab soalan aku.




“T-tuanku berada di rumah sekarang, p-pengawal tuanku yang hantar ke sini.” Susah payah dia menjawab dalam keadaan ketakutan. Nampak sangat aku ini sangat menyeramkan di mata dia.




"Kamu boleh keluar, tolong panggil Jungkook untuk aku." Pintaku dengan sopan. Maid itu mengangguk lalu beredar dari situ. Aku sempat melihat dia menghela nafas lega sebelum dia pergi sepenuhnya dari tempat tidurku.




“Nampaknya kita berjumpa lagi, eomma.” Aku menatap sendu ke arah jendala yang berada di sebelah kiriku. Dapatkah aku membuka hati untuk menerima kehadiran eomma?

















Lebih tepat lagi eomma tiriku....

.
.
.
.

Yoongi hmm😢 jangan lupa tinggalkan jejak 💜

(ᴏɢ) ᵗᵉᵐᵃⁿ ᵏʰᵃʸᵃˡᵃⁿᵏᵘ ᵐᵉⁿʲᵃᵈⁱ ⁿʸᵃᵗᵃ (ᴍʏɢ)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن