•TKMN 09•

109 24 4
                                    

.

.

Sila pasang lagu di atas sebab iya sesuai dengan chapter ini, selamat membaca dengan hati yang riang ʚ♡ɞ

.

.

Sejak kejadian hari itu, Byul banyak mendiamkan diri jika di ajak berbual dia malah menjawab sepatah dua kata. Nurse Joey dan Dr. Park tidak tahu nak menyapa Byul macam mana lagi. Pelbagai cara mereka lakukan supaya Byul berkelakuan seperti dirinya dulu seorang periang, suka menjerit seperti pontianak dan petah bercakap. 



Tapi Byul di hadapan mereka sekarang seorang suka menyendiri, banyak termenung dan suka menggunakan bahasa badan jika menjawab perbualan Nurse Joey dan Dr. Park. Mereka menjangkakan Byul sedang tertekan terhadap kejadian Yoongay hari itu, di mana mereka mencuri dengar luahan hati Yoongay untuk menjadikan Byul sebagai isteri Yoongay.



Mereka agak terkejut tidak menyangka bahawa Yoongay melamar Byul sebagai isterinya tetapi mereka membiarkan Byul dan Yoongay menyelesaikan masalah mereka sendiri. Pada akhir perbualan antara Byul dan Yoongay, Yoongay memberi masa Byul untuk memikirkan permintaan Yoongay jika sudah menemui jawapan Byul harus memanggil Yoongay dengan segera. 



“Byul sampai bila Byul nak mendiamkan diri daripada unnie dan Dr. Park? Kami risau Byul tertekan banyak sangat sampaikan kesihatan Byul terjejas jika berterusan. Tolonglah Byul unnie merayu berbual dengan unnie ok? Sepatah perkataan pun jadilah janji Byul berbual dengan unnie seperti biasa. ”



Luah hati nurse Joey dia tak sanggup melihat Byul seperti mayat hidup tidak bernyawa. Dia nak Byul yang dulu tolonglah. Air mata nurse Joey mengalir kerana tidak tahan menanggung kesedihan yang dialami oleh Byul. 



Kalau dia ada kuasa memutarkan masa dia nak sangat keluarga Byul terselamat daripada kemalangan maka Byul dapat menjalani kehidupan biasa dan bahagia bersama ahli keluarganya. Tapi malang tidak berbau dia tidak memilik kuasa itu hanya tuhan saja memiliki kuasa itu. Mungkin ada perancangan yang terbaik dilakukan oleh tuhan terhadap Byul kita tidak tau apa yang dia rancangkan.



Byul melihat nurse Joey menangis tersesak  merasa sakit hati untuk pertama kali nurse Joey menangis meratapi kesusahan yang dialami oleh Byul sendiri. Byul memberi satu pelukan hangat kepada nurse Joey. Tak sampai hati membiarkan nurse Joey menangis sendirian tanpa pendukung dari belakang. 



Entah kenapa hati Byul terdetik untuk melafazkan semua isi hati yang dia pendamkan selama ini. 



“Byul tidak tahu nak cakap apa tetapi Byul nak unnie tau yang Byul memang tertekan sejak akhir-akhir ini. Mula-mula appa meninggalkan eomma dan Byul sebab kemalangan di tempat kerja. Saat itu Byul masih kecil jadi Byul sangat terpukul kehilangan appa pada masa itu. Eomma pujuk Byul untuk kekal kuat walaupun appa tak ada lagi sebab eomma ada untuk Byul. Siapa tahu lima tahun appa meninggalkan kami berdua eomma pula mengikut jejak langkah appa, Byul tidak tahu bagaimana  menerangkan perasaan pada saat itu marah, sedih, terluka dan bersendirian tiada siapa di sisi Byul sehingga Byul betul-betul depresi pada saat itu. Pada masa yang sama Yoongay hadir dalam hidup Byul sambil memberi kata semangat kepada Byul bahawa jangan sia-siakan hidup meratapi kesedihan pada masa lalu. Byul boleh menangis sekali-sekala kalau merindui kedua-dua ibu bapa Byul sebab Yoongay setia mendengar luahan hati Byul. 



Kehadiran Yoongay dalam hidup Byul membuatkan orang takut mendekati diri dengan Byul hanya kerana Byul boleh bercakap dan nampak Yoongay bukan bermaksud Byul gila atau sakit, Byul percaya Yoongay memang wujud tetapi orang tak pernah percaya bahawa Yoongay itu wujud. Tak sangka pula hampir lapan tahun Byul bersama Yoongay akhirnya orang menyedari kewujudan Yoongay. Byul sangat gembira pada saat itu bolehlah Byul keluar daripada penjara ini tetapi lain terjadi pula Byul masih terperangkap di sini menempuhi cabaran yang besar daripada sebelumnya. Byul betul-betul sangat tertekan orang sering memerhati gerak-geri Byul setiap 24 jam. Boleh tak biarkan Byul hidup seperti orang biasa, ketawa bersama kawan dan menikmati pemandangan semula jadi yang indah. Byul...hiks.... ”



Penerangan panjang lebar diluahan oleh Byul menyebabkan nurse Joey semakin kuat menangis ditemani Byul sendiri. Akhirnya dia mengeluarkan semua masalah yang dia pendam selama ini. Byul gembira sangat, terlampau gembira ada orang sudi mendengar masalah dia selain daripada Yoongay. 



Setelah puas menangis bersama mereka mengelap air mata menatap muka kemerahan, sebam dan hingus meleleh antara satu sama lain,kemudian tergelak tanpa sebab. Nurse Joey mengambil tisu dalam saku bajunya mengeluarkan beberapa helai tisu lalu dibahagikan bersama Byul.



“Byul merasa lebih okay daripada sebelumnya?” Byul mengangguk sambil menghembus hingus meletak dalam rongga hidung.



“Jadi lamaran yang Yoongay katakan hari itu Byul terima tak?”Soal nurse Joey membuatkan Byul terdiam seketika. 



“Byul rasakan.....”



〘🐾〙



Yoongay's POV



Will you marry me Byul? Be my queen?



Ayat itu masih terngiang-ngiang dalam kepala otak aku. Tak ke bodoh tanya soalan begitu? Hilang terus swag aku merayu meminta Byul berkahwin dengan aku.  Betapa malunya aku pada masa itu. 



Sibuk mengenang kebodohan diri sendiri datanglah seseorang menghampiri diriku. Sosok itu selalu bersamaku ke mana saja aku pergi. Memang agak rimas juga kalau selalu diikuti oleh dia itu. Muka innocent ditayangkan apabila aku menatap muka dia.



“Hyung sampai bila nak duduk di sini. Jungkook bosan gila....”Rengek dia seperti anak kecil. Mulut dimuncungkan ke depan sambil menyilangkan tangan di dada. Mesti dia merajuk ni.



“Tunggu Byul panggil hyung baru kita boleh beredar daripada tempat ini. ” Ujar aku perlahan. Jungkook semakin cemburut mendengar jawapan aku. Dah banyak kali dia menanya soalan sama dari tadi aku menjawab soalan dia dengan jawapan sama. 



“Kalau Byul tak panggil hyung? Mereput aku di sini.”Kata Jungkook dramatik. Aku mengabaikan kata-kata yang terkeluar daripada mulut Jungkook. 



“Hyung...”Panggil Jungkook manja dengan malas aku menoleh ke arah dia sambil menjongketkan kening.



“Katakan Byul panggil hyung kemudian menjawab lamaran hyung hari itu..... ”Aku semakin berminat mendengar omelan Jungkook.



“Jadi?”



“Byul tolak lamaran hyung. Hyung nak buat apa lepas itu?” Perkataan yang terkeluar daripada mulut Jungkook membuatkan aku terkelu sekejap. Kenapa aku tak terfikir pasal itu?



“Hyung jangan risau ok aku yakin sangat Byul dapat memberi jawapan yang tepat.” Lanjut Jungkook lagi.



“Amboi yakinnya kamu, hebatnya kamu.” Sindirku terus. Jungkook lalu mengangkat punggung seterusnya menepuk punggungnya dipenuhi oleh rumput. 



“Kalau hyung tak nak percaya tak apalah bukan Jungkook kesah pun.”Perlahan-lahan beredar dari tempat ini. 



“Hyung jangan lupa yang hyung itu seorang putera di raja Jungkook pasti Byul terima lamaran hyung!”laung Jungkook dari kejauhan. Aku mengelengkan kepala mendengar kata-kata Jungkook. 



Putera?



Ya aku memang seorang putera....





Atau dikenali sebagai putera paling dingin di dunia yang di beri nama Min Yoongi.....





Tetapi aku tidak suka dianggap sebagai putera sebab?





Aku sangat benci....





Eomma aku.....

.

.

.

.

Seperti ditunggu-tunggu akhirnya terungkap juga siapakah Yoongay sebenarnya. Ada tak korang meneka bahawa Yoongay itu sebenarnya seorang putera sebelum ini? Cuba share sedikit. Oh ye boleh tak aku panggil readers sebagai vanpie? Gabungan nama vanpire dan pie. Comel tak? ฅ'ω'ฅ

(ᴏɢ) ᵗᵉᵐᵃⁿ ᵏʰᵃʸᵃˡᵃⁿᵏᵘ ᵐᵉⁿʲᵃᵈⁱ ⁿʸᵃᵗᵃ (ᴍʏɢ)Where stories live. Discover now