01

72 3 0
                                    

"Mak nak apa? Aara penatlah. Aara baru balik keje, kan?" teriak Aara Qayla. Ketika itu, dia baru sahaja pulang dari tempat kerja.

Tidak sempat melabuhkan punggung, suara halilintar Puan Jasmine sudah kedengaran. Hilang sudah kesabarannya. "Kau tu asyik balik lambat je. Kau pergi mana sebenarnya ni?" balas Puan Jasmine. Dia berang dengan sikap anak daranya yang suka pulang lewat ke rumah.

"Aara keje la. Nak g mana lagi?" balas Aara Qayla. Dia cuba membela diri.

"Yelah tu. Kau ingat aku tak tahu kau g mana sebenarnya. Nasib baik abang kau ada. Dia nampak kau..." Belum sempat Puan Jasmine menghabiskan kata-katanya, Aara Qayla terus mencelah.

"Nampak apa? Nampak Aara keluar ngan lelaki?" soal Aara Qayla. Mukanya kemerahan menahan marah.

"Ye. Kau merempit sana, merempit sini. Kau ingat aku tak tahu?" Puan Jasmine panas hati dengan soalan Aara Qayla. Tahap kesabarannya semakin menipis.

Aara Qayla memejam matanya sekejap. Lalu menarik nafas panjang. "Ikut Mak la. Aara malas nak gaduh. Wat serabut kepala otak orang je!" Aara Qayla tarik muka masam lalu berjalan sambil menghentak kaki masuk ke dalam kamar tidur. Kemudian, sengaja dia menutup pintu bilik dengan kuat.

"Kau nak g mana tu? Aku tak abis cakap lagi ni! Aara Qayla!!" panggil Puan Jasmine. Namun, Aara Qayla tidak mempedulikannya.

'Ish! Serabut betul lah! Suka hati aku la nak buat apa pun! Ada orang kisah ke?' bentak hati kecil Aara Qayla. Giginya diketap kuat. Kemudian, dia menghempas beg sandangnya  ke atas katil. 'Kalau Abang Thariq wat hal tak ada pulak nak bising-bising macam ni! Menyampah! Apa beza aku dengan Abang Thariq? Aku anak pungut ke?' bentak hati kecil Aara Qayla lagi. Kesabarannya sudah sampai ke puncak.

Sambil mengomel, Aara Qayla mencapai tuala yang disangkut pada penyangkut baju di tepi almari lalu menuju ke kamar mandi. Dia membuka pancuran air kuat-kuat lalu membiarkan tubuhnya dibasahi air dingin. Sambil mandi, dia menangis. Merah dan bengkak matanya. Dia menangis dalam diam. Selesai menangis, Aara Qayla membersihkan diri. Badan yang lesu terasa segar setelah tubuh disirami air. Aara Qayla melangkah keluar dari kamar mandi lalu mencapai tuala yang disangkut di kepala katil. Dia mengelap rambut pendek separas bahunya itu. Kemudian, dia menyarung baju tidur cotton bercorak kartun ke tubuhnya.

Setelah itu, Aara Qayla melangkah ke meja solek. Dia menyapu krim di wajahnya, lalu menyisir rambutnya yang basah perlahan-lahan ke belakang. Kemudian, dia menatap wajahnya di cermin. Air matanya mula mengalir perlahan. Sedih. Dia berasa cukup sedih. Kepiluan hati yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

'Apa salah aku? Kenapa mak selalu marah aku? Mak benci aku ke?' gumam hati kecil Aara Qayla. Puas dia memikirkan apa kesalahan yang telah dilakukan terhadap ibunya itu. Tidak pula dia menemukan sebarang jawapan melainkan kecelaruan yang semakin menggunung.

'Ah, malas aku nak fikir! Baik aku tidur,' keluh Aara Qayla sambil menutup suis lampu. Kemudian, dia merebahkan tubuhnya ke atas katil perlahan-lahan. Dia mengerling jam yang terletak di atas meja kecil di sisi katil. Jarum jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Lantas, dia menarik selimut lalu menutup mata.

Terlalu MemujaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang