...sambungan Bab 32

Start from the beginning
                                    

"Haah, tak macam kau, budak jahat di sekolah." Cantas Fattah laju.

Senyuman Zamani mula meluntur. Zamani terus menjeling Fattah tajam selaku kawan baiknya. Dan kawan baiknya itulah yang sangat suka menghancurkan suasana. Fattah terus tergelak besar.

"Dah, dah. Siapa-siapa boleh mesej atau telefon Muslim tak?" celah Fara laju apabila melihat budak lelaki sebelah kelasnya itu mula melalut.

"Kejap, kejap."

Adam terus menggapai telefonnya dan cuba untuk menghubungi nombor Muslim. Namun, panggilannya itu langsung tidak sampai kepada penerima. Operator menyatakan nombor yang Adam sedang hubungi tiada dalam perkhidmatannya lagi. Adam mengerutkan dahinya.

"Kenapa aku tak dapat telefon dia ya. Zam, kau cuba telefon dia pula." arah Adam. Zamani mengangguk dan terus menghubungi Muslim. Namun, keputusannya tetap sama.

"Samalah..." balas Zamani pelik.

"Mesej aku tak sampai dekat dialah." sampuk Firas pula.

Adam, Zamani, Fattah dan Firas memandang wajah antara satu sama lain. Mazhe mula beriak gusar. Adam turut dapat merasai sesuatu yang tidak kena. Pada sebelum ini pun, Muslim memang berkelakuan aneh sedikit. Adam tidak berputus-asa dan terus mencuba sedaya upaya untuk menghubungi Muslim. Namun, ia tetap tidak berjaya.

"Macamana ni Dam?" soal Fattah dengan wajah risau. Muslim tidak pernah berkelakuan begini.

"Tak apa. Mimi, Fara, Mei, Raudhah dan Mila, awak semua boleh serahkan batu itu kepada Mazhe terlebih dahulu." kata Adam kepada ahli Guardiana dengan wajah serius.

Mimi mengetap bibirnya dan kemudian mengadap ke arah kawan-kawannya itu, dia menadahkan tangan kepada mereka semua supaya mereka memberikannya kepada dia terlebih dahulu. Mila, Mei dan Raudhah memberinya tanpa ragu-ragu. Namun, Fara masih lagi berbelah-bahagi.

"Fara..." panggil Mimi tenang.

"Kejap. Apa jaminan yang Malaysia selamat jika kami berikannya kepada awak? Jika Raidez menyerang lagi, siapa yang akan melindungi Malaysia?" soal Fara tegas.

Adam terus melihat ke arah Mazhe. Dia juga terfikirkan perkara yang sama. Mazhe mendiamkan dirinya buat seketika. Selepas itu barulah dia menjawab.

"Saya akan arahkan pengawal terhandal di Kastelhike untuk memantau keadaan Malaysia, jadi awak tak perlu risau." Balas Mazhe dengan tenang lagi.

Dia sudah lama memikirkan tentang kemungkinan itu. Fara merenung batu itu untuk sementara dan barulah dia memberinya kepada Mimi. Mimi mengambilnya dan kemudian mengambil rantai yang sedang dipakainya ketika itu.

Dia telah melilitkan rantai tersebut kepada batu permata Minda. Mimi menyerahkan kesemua batu-batu Pahlawan Pelindung kepada Mazhe dengan perasaan redha. Dia sudah merelakannya setelah dipujuk oleh Cikgu Rachan tempoh hari.

Mazhe mengambilnya dan terus meletakkan batu-batu itu ke dalam kotak istimewa yang akan menstabilkan batu tersebut. Kotak itu dipanggil sebagai Stabil. Batu itu tidak boleh dipegang oleh orang yang sama selama lebih dari SATU jam atau ia akan berpecah ke udara dan jatuh berselerak.

Jika ia berlaku, maka Mazhe akan mengambil masa yang lama untuk mencari batu-batu itu semula. Fattah, Firas dan juga Zamani turut membuat perkara yang sama. Mereka meletakkan batu-batu itu ke dalam Stabil yang dipegang oleh Mazhe.

"Macam mana dengan batu Api?" soal Firas.

"Tak apa, aku dan Mazhe akan ke rumah Muslim. Korang baliklah dulu. Terima kasih kerana memberi kerjasama." Balas Adam. Firas, Zamani dan Fattah mengangguk.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now