...sambungan Bab 32

29 5 0
                                    

...

TIGA hari kemudian, Mazhe sudah sampai di jeti. Dia melemparkan pemandangan ke arah lautan yang membiru itu dan melihat sampan-sampan serta bot yang berteraburan di atas permukaan laut tersebut. Sejurus selepas dia mendapatkan batu-batu itu daripada kawan-kawannya, dia akan pulang ke Istana Kastelhike semula. Tidak lama selepas itu, seseorang memanggil namanya. Seseorang itu merupakan Mimi Nazira.

"Hai, Mazhe." Sapa Mimi terlebih dahulu dengan wajah gembira. Dia, Mila, Fara, Raudhah dan Mei memakai baju kasual biasa.

"Hai." Balas Mazhe ringkas.

Walau pun mereka selalu berjuang bersama-sama sewaktu Raidez muncul, Mazhe masih berasa kekok dengan kumpulan wanita yang digelar sebagai Guardiana itu.

"Adam dan yang lain tak sampai lagi ke?" soal Fara pula. Mazhe menggelengkan kepalanya.

"Jadi, awak akan terus ke um...apa dah nama tempat tu. Ya Allah...um. Ha, Olenpek! Awak akan ke Olenpek terus ke lepas ni?" celah Raudhah pula.

"Olienpiecelah, bukan kerepek." tegur Mei dengan wajah berkerut seribu.

"Aku sebut kerepek ke tadi. Macam lain aje dengan apa yang aku sebut tadi. Ha, yalah Olienpiece, maaf."

"Ya. Saya akan terus ke sana." Balas Mazhe ringkas dan bersahaja.

"Ala, tak dapatlah kami tengok wajah kacak awak lagi." Sahut Raudhah laju.

"Ish, gatal tu jangan tunjuk sangat. Malu dekat orang." tegur Mila sambil bercekak pinggang.

"Hahahahahahahaha!"

Raudhah hanya ketawa besar setelah melihat reaksi Mila. Di dalam kumpulan mereka, perwatakkan Mila lebih keibuan berbanding dengan yang lain. Manakala, Fara seperti kakak sulong kerana kegarangan dan ketegasannya itu. Mimi pula seperti nenek tua yang suka membuat eksperimen, membebel dan beremosi. Ng Mei seperti jiran sebelah yang berwajah redha sepanjang masa walaupun ribut melanda kediamannya. Manakala, Raudhah seorang yang happy-go-lucky dan suka menyakat orang lain.

"Assalamualaikum, maaf lambat." Laung Adam dari belakang. Dia berlari anak untuk ke tepi jeti itu dan kemudian mendapatkan Mazhe.

"Kau sihat ke Mazhe?" soal Adam dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Sihat. Kau?"

"Sihat jugalah. Cuma selsema sikit. Hai, korang dah sampai dah. Awalnya."

"Awak yang lambat." Balas Fara cepat.

"Er, hehehehe."

"Hai semua. Hai..." tegur seseorang lagi atau Zamani. Dia datang bersama-sama Firas dan Fattah.

"Eh, Zam, Fat, Firas korang datang sekali ke? Tak ajak aku sekali."

"Rumah kau jauh, rumah kitorang dekat-dekat. Mak ayah kitorang pun kawan. Kaulah duduk jauh sangat." Bidas Zamani laju.

"Dah mak ayah aku sewa rumah dekat situ. Takkanlah nak pindah sebab korang aje." Sangkal Adam. Zamani mencebik. Kemudian, dia memandang wajah setiap ahlinya termasuklah ahli Guardiana dan Mazhe.

"Mana Muslim? Dia tak sampai lagi ke? Dah 6.15 petang ni, dia tak pernah datang lambat. Selalunya dia awal 10 minit sebelum waktu perjumpaan. Ini kes jarang-jarang sekali berlaku. Aku rasa bukan jarang, rasanya tak pernah berlaku. Hehe, dia sampai aje aku terus nak sakat dialah. Bukan selalu dapat sakat budak baik dalam kumpulan kita. Tak, tak, budak baik di sekolah kita." Zamani berseloroh. Adam tergelak kecil.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang