"Kau nak kata aku gila?"tanya Li Yang Jian. 

"Kata? Aku bukan kata kau gila...kau MEMANG gila," jawab Sara. Muka LI Yang Jian sudah kemerahan.

"Semasa  itu kau masih isteri aku, aku boleh buat apa saja."

"Oh, tak boleh ke kau minta maaf dengan apa sudah kau lakukan kepada aku?"tanya Sara semula.

"Kalau aku minta maaf, kau aku takkan benarkan meninggalkan rumah ini," ugut LI Yang Jian. Pipit hendak melangkah ke hadapan tetapi ditahan oleh Sara.

"Li Daren, Zheng gonggong sedang menunggu Zheng Xiaojie di rumah penginapan," tegur Ah Chan.

"Ada aku menghalang kamu semua pergi?"sindir Li Yang Jian. Sara mengajak semua pergi dari situ. "Eh, tunggu. Aku berikan ubat ini kepada kau. Selepas ini aku jamin lebam di leher itu cepat sembuh."

"Tak perlu. Li Daren, kami pergi dulu," kata Sara. Mereka berjalan melepasi LI Yang Jian tetapi LI Yang Jian sempat menarik Sara dari kepungan Xiao Lian, Pipit dan Ah Chan. "Li Yang Jian lepaskan," kata Sara cuba menarik tangannya dari pegangan erat Li Yang Jian.

"Kalau tak mahu lepaskan?" Belum sempat Sara menjawab, Shu Wu JI berlari dan menumbuk perut LI Yang Jian lalu menarik Sara kepadanya.

"Kau jangan salahkan aku sekiranya aku bertindak tidak sopan," jawab Shu Wu Ji.  Li Yang Jian berdiri. 

"Aku hanya mahu berdamai. Aku bawakan ubat ini untuk Mo Li Hua." Dia dapat perhatikan betapa Shu Wu Ji begitu melindungi Mo LI Hua. "Nah, Shu Daren, selepas ini akan bertambah seorang gundik lagi di kediaman Shu?"ejek Li Yang Jian. Shu Wu JI yang hilang sabar cuba meluru ke arah LI Yang Jian tetapi ditahan oleh Sara.

"Kau dah melampau LI Yang Jian," kata Shu Wu Ji dalam meronta dipegang oleh Sara dan Ah Chan. 

"Wu Ji, kita masih di kediaman keluarga LI," bisik Sara mengingatkan Shu Wu JI. Shu Wu Ji menenangkan dirinya. 

"Panglima terhebat Shu Wu Ji menjadi penakut apabila ada perempuan cantik di sebelahnya," sindir LI Yang JIan lagi. Sara melepaskan Shu Wu Ji, dan meluru kepada LI Yang Jian.

"Nah, aku bagi hadiah perpisahan," kata Sara sambil menendang perut LI Yang Jian sekuat hatinya. Li Yang Jian terjatuh. Sara mengambil kayu dan membalun belakang Li Yang Jian dan dia tersungkur ke tanah. Sara menghentakkan kakinya ke belakang Li Yang jian sekali lagi. Li Yang Jian terkejut dengan pukulan tiba-tiba.  Sara membalikkan LI Yang JIan dan menekan lutut ke dada panglima itu. Dan dia mencekik Li Yang Jian sebagai balasan kerana terlalu kurang ajar.

"Ha, Shuang er!" jerit Shu Wu Ji. Dia cuba meleraikan mereka tetapi Sara tidak membenarkan sesiapa pun membantunya.

"Li Hua....aku minta maaf," ucap LI Yang Jian sambil memegang tangan yang mencekik lehernya begitu kuat. Sara melepaskan kedua tangannya dan mula menampar muka LI Yang Jian kiri dan kanan sehingga dan Li Yang Jian tidak mempunyai peluang untuk membalas. Shu Wu Ji memeluk Sara dari belakang meleraikan Sara dan LI Yang Jian.  Li Yang Jian yang mengaduh kesakitan masih lagi terlentang di tanah. Ah Chan dan Pipit pergi membantu Li Yang Jian untuk berdiri.

"Ei, kau dengar sini ya, leher aku jadi begini kerana aku membenarkan kau berbuat demikian,"jerit Sara yang masih geram dengan perangai LI Yang Jian.

"Apa maksud kau?" tanya Li Yang Jian mengurut leher dan pipinya. Sara melepaskan dirinya dari Shu Wu Ji dan cuba untuk bertenang.

"Tak perlu untuk berbicara lagi. Li Yang Jian, mulai hari ini, jika kau bertemu aku di mana-mana anggap sahaja kita tidak pernah berjumpa. Kau guna sahaja lah ubat itu ya? Mari!" ajak Sara kepada Xiao Lian. "Tak ingin aku berada di sini sesaat lagi," desis Sara terus berlalu. 

"Li Hua...!"panggil Li Yang Jian. Sara mendengar panggilan itu lalu berpaling, menyentap pedang Shu Wu Ji dan menghunuskan pedang itu ke jantung Li Yang Jian.  Shu Wu Ji, Pipit, Ah Chan dan Xiao Lian terkejut dengan tindakan Sara itu.

"Jangan sesekali kau memanggil nama aku," kata Sara sambil menekan hujung pedang ke dada Li Yang Jian. 

"Shuang er!" panggil Shu Wu Ji.

"Zheng xiaojie!" panggil Xiao Lian pula. Li Yang Jian seperti terpaku melihat Sara begitu. 'Mo Li Hua bukanlah selemah yang aku sangka. Sejak bila dia belajar Wukong?'tanya LI Yang Jian kepada dirinya sendiri. 

"Aku tak perlukan sesiapa untuk mengambil nyawa aku. Kau ganggu hidup aku lagi, kau takkan melihat matahari lagi, faham?"ugut Sara. "Mo Li Hua menyesal menjadi isteri rasmi rumah ini. Kau jagalah keluarga kau selepas ini. Kalau kau berjumpa aku, aku hendak kau melarikan diri kerana jika tidak, aku bersumpah, aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri," sambung Sara. Sara menendang perut LI Yang Jian sekali lagi dan dia jatuh ke tanah. Shu Wu JI cepat-cepat mendapatkan pedangnya dari Sara. 

"Mari," bisik Shu Wu Ji cuba menenangkan Sara. "Qin ai de," panggil Shu Wu Ji. "Mari," ulang Shu Wu Ji menarik Sara untuk berlalu dari situ. Li Yang Jian yang terkejut tidak bersemangat untuk berdiri. Dia melihat sahaja Sara dibawa pergi.  Dia menumbuk tanah dan menjerit semahunya. 

"Mo LI Hua!" Jeritan itu membuatkan langkah Sara terhenti.

"Mari," ajak Shu Wu Ji masih lagi memegang tangannya. Shu Wu Ji belum pernah melihat Sara hilang pertimbangan begitu. Dengan Tun Daim pun Sara masih berlembut. Sara hendak berpaling tetapi dihalang oleh Shu Wu JI.

"Mo LI Hua! Aku tak benarkan kau pergi," jerit Li Yang Jian. 

"Sayang," panggil Shu Wu Ji. Sara memandang Shu Wu Ji. "Kita mesti pergi segera. Tolonglah," rayu Shu Wu Ji.  Sara menganggukkan kepalanya. Langkah mereka lebih pantas kini ke pintu gerbang.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now