Lelaki itu hanya diam tapi dalam hati hanya allah sahaja yang tahu perasaanya sekarang ini.

Dia sampai tertanya tanya macam mana doktor ini boleh cam wajahnya dan macam mana wanita ini tahu nama penuhnya

"doktor salah orang ni" dia cuba menidakkan walhal dia sendiri tidak tahu apa alasannya menidakkan perkara ini.

"jangan tipu saya, saya kenal mata awak walaupun saya tak cam wajah awak" yakin Aaira

"saya rasa doktor ni betul betul dah salah orang" Luth cepat cepat beredar dari situ dan masuk ke dalam bilik pembedahan untuk melihat keadaan ibunya.

Aaira hanya memandang pemergian Luth yang menghilang disebalik pintu bilik pembedahan,

dia mengeluh perlahan

'kenapa dia nafikan sedangkan aku nampak muka dia terkejut tadi bila aku tanya dia pasal kejadian 2 bulan lepas' Aaira berteka teki.

Lalu dia kembali semula ke wad perempuan untuk memeriksa pesakit yang lain













SETELAH sekian lama tidak menjejakkan kaki di wad vip akhirnya Aaira kembali semula ke wad mewah ini untuk memeriksa keadaan puan Haliza yang ditempatkan di sini atas permintaan ahli keluarganya.

Nampak sahaja pintu bilik bernombor 32 terus Aaira memasuki bilik tersebut, dia lihat ramai yang datang melawat puan Haliza,

'mungkin semua ini terdiri daripada ahli keluarga' agak Aaira.

Dia tersenyum sebaik sahaja semua mata sedang terarah padanya, lalu kakinya mendekati katil pesakit untuk memeriksa puan Haliza

"harini puan dah makan?" tanya Aaira

"dah doktor" jawabnya

"makan makanan hospital atau makanan luar?" Aaira risau juga jika puan Haliza makan bekalan yang dibawa oleh ahli keluarganya.

"ya doktor saya makan makanan yang disediakan oleh pihak hospital" Aaira tersenyum mendengar jawapan itu

"bagus lah saya risau kalau puan makan makanan luar takut ada alergik nanti lagi susah" luah Aaira

"tak doktor jangan risau saya sendiri takut kalau kesihatan saya terjejas jadi saya sanggup tahan makan makanan hospital" kata puan Haliza.

dia dan Aaira tersenyum, Aaira faham makanan hospital bukannya sedap semua kena sukat.

"bila adik saya ni boleh keluar doktor" tanya salah seorang lelaki yang agak berusia

"dalam sehari dua lagi kalau tak ada apa apa puan Haliza di benarkan balik" jawab Aaira

"baikla doktor, terima kasih" kata lelaki itu lalu dia tersenyum ramah.

Aaira membalas senyuman itu.

Matanya beralih ke arah Luth Haiyyan yang juga sedang memandang ke arahnya tapi bila Aaira pandang dia, cepat cepat dia larikan mata pandang tempat lain

'takkan malu pula bila aku pandang, kata tak kenal' bisik hati Aaira.

Sedang dia leka tenung anak teruna orang sampai telefon sendiri berbunyi pun dia hampir melompat tapi nasib baik perbuatan itu berjaya di kawal.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now