"Amirul," kata Qarizh lalu menghulurkan pula anak kunci kereta itu kepada Amirul. Seperti Aralyn, Amirul juga menolak dengan serba salah. Entah apa masalah dua orang kanak-kanak di hadapannya ini, dia tidak tahu.

"Korang ni," kata lagi Qarizh dengan suara tertahan-tahan lalu dia membetulkan postur badannya. Nak marah, anak orang. Salahnya juga tidak mahu memberitahu budak berdua itu akan keadaan dirinya ketika ini. Mahu tidak mahu, dia terpaksa berlagak biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Dengan menggunakan tangan kanannya, Qarizh cuba menzipkan jaketnya dengan susah payah. Waktu macam ini, dia tiada kudrat dah untuk bertekak dengan Aralyn ataupun Amirul melainkan dia mahu segera kembali ke rumahnya. Lagipula, waktu Maghrib sudah lama masuk dan mereka bertiga belum solat Maghrib lagi. Jika mereka bergerak balik ke rumahnya sekarang, waktu akan berbaki 15 minit untuk mereka bersolat. Mengikut perkiraannya, 15 minit itu sudah sangat mencukupi untuk mereka menunaikan kewajipan yang satu itu memandangkan jarak perjalanan untuk ke rumahnya sendiri hanya mengambil masa setengah jam sahaja dari sini.

"Jom balik," kata Qarizh lalu menapak laju keluar dari rumah dengan langkah yang agak goyah.

Aralyn dan Amirul yang memerhatikan tingkah pelik Qarizh hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa. Qarizh ni betul-betul okey kan? Dia nampak macam okey je siap boleh berjalan lagi. Jadi, apa sebenarnya yang lelaki misteri tadi buat kepada Qarizh? Oh, mungkin lelaki itu kawan Qarizh yang datang lebih awal. Kalau ya, sia-sia saja mereka berdua menjerit sehabis kuat sehingga keluar anak tekak tadi.

Tanpa sepatah kata, mereka berdua masing-masing berpandangan sesama sendiri lalu turut melangkah keluar menyaingi jejak Qarizh yang berjalan laju meninggalkan mereka seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku walaupun sesekali nampak macam 'seksa' je berjalan. Serius, Qarizh ni sebenarnya okey ke tak?

Dalam merasa pelik dengan keadaan Qarizh yang tidak banyak bunyi seperti kebiasaan, mereka memilih untuk diam memandangkan Qarizh ni setelah diperhatikan perangainya selama bekerjasama dengannya, anginnya itu seperti ribut taufan. Silap hari bulan, dengan mereka berdua sekali terbang diamuk amarah! Qarizh kini sudah jauh meninggalkan langkah mereka lalu tanpa bicara sesama sendiri, mereka berdua terus berlari-lari anak untuk menyaingi lagi langkah Qarizh.

Klik.

Punat anak kunci kawalan jauh kereta ditekan laju oleh Qarizh. Peluh yang merenik di dahinya diseka lagi lalu dengan bersusah payah, dia menerobos masuk ke kerusi pemandu lalu mengaktifkan GPS dan alat kawalan jarak jauh yang menghubungkan keretanya kepada komputer Sarah. Langkah Aralyn dan Amirul yang terkedek-kedek berjalan mengejar langkahnya yang laju tadi dipandang sekilas lalu dia menekan kembali butang earbudnya.

"Sarah, kau pandu kereta aku. Emergency-C," kata Qarizh lalu menyandarkan badannya ke kerusi pemandu. Lampu dalam kereta sengaja dimatikan sebelum Aralyn dan Amirul sempat masuk ke dalam kereta bagi menjadikan ruangan kereta itu gelap tanpa cahaya.

"Abang!" panggil Sarah dengan gusar. Emergency-C sentiasa menjadi sesuatu yang ditakutinya jika kod itu disebut kerana ia bermaksud Qarizh abangnya akan balik ke rumah mereka dalam keadaan cedera.

"No need," jawab Qarizh dengan suara tertekan. Dia tidak memerlukan hospital atau apa semua tu. Dia tidak suka hospital!

"Tapi... okey tak apa Sarah uruskan yamg tu. Apa yang berlaku sebenarnya, Abang?" tanya Sarah dengan suara dua kali tertekan dari Qarizh.

"Black. Dia dah muncul kembali, Sarah. Aralyn adalah target baru dan Amirul ialah chain, jadi nak tak nak aku kena lindungi mereka berdua," jawab Qarizh dengan kepalanya disandarkan ke kerusi dan mata dipejam rapat.

Sarah melepaskan keluhan kasar di hujung talian. Dia juga tertekan sama seperti abangnya dengan berita kemunculan Black. Black tega mencederakan abangnya sebagai amaran pertama untuk tahun ini, jadi adakah akan ada lagi ketenangan buat mereka selepas ini terjadi? Tetapi... apa pula perkaitan Aralyn dan Amirul dalam hal Black ni?

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now