Sara menyikat rambutnya yang panjang lurus ke pinggang. Dia memakai pakaian tipis sahaja kerana bahang musim panas terasa hingga ke malam. Dia melihat dirinya di cermin. "Mo Li Hua kau ternyata lebih kurus dari mula kau datang ke mari," kata Sara kepada dirinya sendiri.

"Cik muda, Pipit di sini," kedengaran suara Pipit di luar bilik. Sara tersenyum. Dia menyisir rambut ke sisi kanan dan bergerak ke pintu.

"Pipit, Xiao Lian sudah tunjukkan bilik?"tanya Sara kepada Pipit. 'Kau sudah dewasa sekarang Pipit. Masa aku ambil kau, kau baru sahaja berusia 15 tahun sekarang kau dah menjadi anak muda yang kacak,' puji Sara di dalam hatinya.

"Cik Muda, Cik Muda!" panggil Pipit apabila melihat Sara melihatnya tidak berkelip. Sara tersedar dari lamunannya dan ketawa.

"Mari ikut aku ke situ," ajak Sara menarik lengan Pipit. Pipit sudah menjadi sebegitu tinggi kulitnya yang sawo matang dan wajahnya yang bersegi menjadikan dia berperawakan menarik.

"Cik Muda," tegur Pipit sambil melepaskan pegangan Sara. Sara terpempan dengan tindakan itu.

"Kenapa? Kau malu?"tanya Sara. Pipit menggelengkan kepalanya.

"Takut ada salah faham," jawab Pipit.

"Salah faham?"tanya Sara kehairanan. Sara berfikir sejenak. "Oh, kau takut orang bercerita ya?"tanya Sara lagi. Pipit mengangguk. "Uih, dah dewasa Pipit ya," puji Sara lagi. Pipit mengangguk lagi. "Angguk lagi...kalau macam ni orang bercerita tak?"tanya Sara.

"Macamana?"tanya Pipit kehairanan.

"Macam ni!" jawab Sara. Dia melompat dan menampar kepala Pipit. Pipit tertunduk dan dia mengambil peluang mengepit kepala Pipit di celah lengannya dan meluku kepala Pipit berkali-kali.

"Sakit! Sakit! Cik Muda! Pipit salah! Pipit Salah!Aduh!" jerit Pipit kesakitan.

"Ingat sini ya. Kau tu ibarat adik aku je. Kau paham. Biarpun kau segak sekarang ni, kau tetap hanya adik aku, kau faham?" tegas Sara masih lagi mengepit leher Pipit.

"Pipit faham, Cempaka...tolong sakit ni!" rayu Pipit minta dilepaskan. Sara menahan ketawanya. Dia melepaskan Pipit selepas itu. Pipit mengelus lehernya yang kemerahan. Kuat betul pegangan Sara tadi. Sara memandang sahaja Pipit yang mengaduh sendirian. 'Muka lain badan lain, garang masih sama,'desis hati Pipit. Sara mengambil tempat di bangku dan dia dapat melihat kecerahan langit diterangi bintang-bintang.

"Panggil saja Shuang er atau Zheng Xiaojie di khalayak ramai, ya,"kata Sara tersenyum. Pipit berdiri tidak jauh dari situ. "Kau ni kenapa? Duduklah," tegur Sara. Pipit menggelengkan kepalanya. Sara hanya perlu menjeling dan Pipit terus duduk di sisinya.

"Di depan orang?"tanya Pipit lagi. Sara memandang PIpit di sebelahnya.

"Takkan depan lembu, kerbau?"jawab Sara lagi. Pipit terdiam. Reaksi itu membuatkan Sara tersenyum. "Ya depan semua. Zheng gonggong masih lagi menganggap aku sebagai puterinya jadi aku akan mengambil nama itu sebagai nama aku," akui Sara. Pipit kini lebih bersahaja apabila memandang Sara.

"Kalau Li Daren marah bagaimana?"

"LI Daren tak berhak untuk marah. Sememangnya ku anak Zheng gonggong sekarang," jawab Sara. Pipit mengangguk tanda dia memahaminya. "Lagi 3 hari kita akan berangkat ke Hang Zhao. Sampai di sana, semua orang akan mengenali aku sebagai Zheng Shuang bukan MO LI Hua,"terang Sara. Pipit mengangguk tanpa bertanya lebih lanjut. "Kau masih boleh memanggil aku Cempaka jika kau mau," sambung Sara lagi. Pipit mengangguk. "Kau asyik mengangguk dari tadi ek?"tanya Sara.

"Tugas Pipit ialah melindungi Cempaka. Apapun selain itu tidak penting," jawab Pipit.

"Kau percayakan aku sebanyak itu PIt?"tanya Sara. Pipit mengangguk.

"Demi Allah, Pipit akan berkhidmat setulus mungkin," jawab Pipit. Sara menghela nafas panjang. Sesungguhnya semua latihan yang dia berikan kepada Pipit semasa menjadi Cempaka tidak sia-sia.

"Boleh kau ceritakan apa jadi pada malam itu setelah Cempaka ditikam?"tanya Sara.

"Shu jiangjun, koma begitu juga Cempaka. Shu xiaoye meninggal di tempat kejadian. Yong Qi Pipit bunuh dan kesemua askar upahannya ditahan oleh tentera maharaja. Cempaka tidak bangun selama 7 hari 7 malam. Taiyi mengatakan Cempaka hanya ada sedikit harapan untuk hidup. Zheng gonggong datang dan membawa Cempaka pulang ke Nanjing. Semua taiyi datang untuk cuba membangunkan Cempaka tetapi hanya seorang yang berjaya. Pak Syeikh. Pak Syeikh bersolat hajat dan berpuasa dan memberikan air yang dibacakan ayat suci Al-Quran."

Sara mendiamkan diri sahaja mendengarkan cerita Pipit.

"Selepas 7 hari 7 Malam, Cempaka bangun tetapi dia langsung tidak mengingati apa yang terjadi sebelum itu dan tidak mengenali sesiapa pun kecuali Kembang dan Tun Daim. "

"Oh, begitu ceritanya. Habis tu, Wang Li Bao gongju pergi ke Melaka bersama Cempaka?'"tanya Sara.

"Ya, Pipit dan Kembang Cina juga mengiringi bersama Pak Syeikh dan Zheng gonggong. "

"Cempaka bernikah dengan Tun Daim tak?"tanya Sara. Pipit mengangguk. "Alhamdulillah," balas Sara tersenyum. "Syahida pula bagaimana?"tanya Sara.

"Tuan muda Ishak mengambil Syahida sebagai isteri kedua," jawab Pipit.

"Abang Ishak tentu bahagia," ucap Sara.

"Cik Muda, hampir kesemua orang yang Cempaka lupakan merasa sedih seketika kerana tiada lagi gelak ketawa, gurau senda seperti selalunya," beritahu Pipit. 'Bagaimana mungkin ia berterusan kami dua orang berbeza, dari zaman yang berbeza,'bisik hati Sara. Sara mengambil nafas panjang dan berdiri.

"Aku di sini," kata Sara seumpama memberikan harapan kepada Pipit. "Dah malam aku penat, aku nak tidur. Selepas Subuh tunggu aku kita berlatih di tanah lapang di belakang. Sejak aku balik ke sini, aku tiada pasangan untuk berlawan pedang."

Pipit ikut berdiri dan memberi hormat.

"Kita bersarapan bersama dan mulai esok di mana ku kau mesti di situ, faham?"kata Sara mengingatkan Pipit.

"Khadam akan berlatih bersama Cempaka," jawab Pipit.

"Kau bukan khadam. Aku bagi gaji kan?" tegur Sara. Pipit tersenyum. "Aku akan buat surat kebebasan untuk kau. Dan mulai esok kau bukan hamba tapi pembantu aku," beritahu Sara. Pipit mengangguk.

"Marilah Pipit hantar Cempaka ke bilik," ajak Pipit. Sara melangkah ke biliknya dan Pipit mengikutinya dari belakang.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now